Assalamualaikum sem0!
Akhirnya digagahkan jua diri ini untuk meng'update' blog kesayangan ini.. Macam mana la penyakit 'M' ni boleh datang.. 'M' adalah sejenis penyakit malas akibat kekurangan vitamin 'M'.. Banyak yang nak share dengan korang tapi tersekat-sekat perjalanan untuk mengadap lappy yang sebijik ni.. Hahaha.. Nasib baik keje sendirik.. Kalau tak memang dah kena bambu dengan boss.. Adeh! Tapi masalah jugak kalau keje sendirik tapi time management berterabur dan tidak berdisiplin.. Bab ni memang kena jaga betul-betul.. Time management memang kena mantopss! Ramai yang beranggapan keje sendirik ni boleh sesukati je nak keje time bila.. Rata-rata juga beranggapan mereka berada di zon selesa dan akibatnya ramai yang bertahan sampai separuh jalan sahaja..
Alhamdulillah kerana setakat ni SUS boleh menguruskan masa sebaik mungkin untuk menguruskan bisnes keluarga ni.. Cuma kalau penyakit 'M' ni datang hanya melibatkan sesi nak meng'update' blog je.. Ekekeke.. Cabaran bekerja sendirik di rumah ni memang besar tau.. Sebab ramai yang menganggap kita boleh diganggu pada bila-bila masa sahaja.. Tak kira siang atau malam kerana mereka menganggap kita ni kejenya rilex je sebab buat kat rumah.. Orang di sekeliling rumah kita juga berharap pada komitmen kita kerana kita berada di rumah.. Terutamanya wanita-wanita yang mempunyai anak.. Cabaran mereka lebih besar kerana perlu pandai membahagikan masa dari segi komitmen kerja dan menjaga anak.. Di sini ada kelebihan pulak kepada wanita yang bekerja sendirik kerana mereka boleh membahagikan masa dengan lebih flexibel untuk meluangkan masa bersama anak-anak..
Bagi SUS yang belum ada anak ni.. Waktu kerja sama sahaja seperti orang lain yang bekerja di ofis.. Pukul 9 pagi - 1 petang keje.. 1 petang - 2 petang pulak rehat.. 2 petang - 6 petang sambung balik keje.. Malam-malam tu boleh la buat overtime sambil tengok tv.. Hahaha.. Kalau En. Suami balik waktu bekerja SUS ada sedikit berubah la.. Sebab tengah hari nak kena masak.. Jadi, SUS akan gantikan pada sebelah malam sehingga pukul 10 malam.. Lepas tu kena layan En. Suami la pulak.. Ooooppsss!! Dah ada anak nanti mungkin jadual SUS ni akan berubah jugak.. Ecececeh.. Sudah berangan nak ada anak ni.. Memang kena pulun time anak tido.. Hahaha..
Huh! Panjang pulak entry ni dalam keadaan berpenyakit.. Hahaha.. Tak silap dalam 2 minggu lepas SUS siapkan Bella Hairclip ni bersama INA.. Nak buatnya pun sangat mudah kerana skill yang korang perlu ada hanya pintal-pintal dan tepek-tepek sahaja..
Peralatan keramat yang korang perlu ada adalah mesin Big Shot.. Hehe.. Peralatan dan bahan lain yang diperlukan akan SUS senaraikan di penghujung entry ini..
Untuk bunganya SUS gunakan felt lembut.. Tapaknya pulak SUS gunakan felt keras.. Kalau korang nak guna felt lembut pun tiada masalah.. Ikut pada keselesaan korang..
Sampai di sini sahaja dahulu.. Jumpa lagi.. Enjoy!
SUPPLIES :