PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

15 May 2011

JOM BUAT SENDIRI BUNGA KEMBOJA BERSAMA MISZ LU'LU

 Assalamualaikum & Hye kpd semua rakan2.. Hari ni MISZ LU'LU nak ajar anda semua bagaimana nak menghasilkan bunga kemboja yg sgt simple tapi cantik.. Bunga kemboja ini kite boleh jadikan sebagai brooch atau hair clip.. Atau pun penyeri hijab anda supaya nampak lebih manis dengan kuntuman bunga kemboja di atas kepala di samping mengekalkan imej sopan dan menutup aurat..

Bahan2 yg diperlukan :
1. Arcrylic felt jenis lembut
2. Button
5. Tracing pencil
6. Gunting
7. Benang
8. Jarum

 Okiey.. Langkah pertama kite adlh menyediakan acuan atau template berbentuk bulat.. Di sini, MISZ LU'LU membuat bulatan yg mempunyai radius 1.8 cm atau pun berdiameter 3.6 cm.. Size adlh terpulang pd individu masing2.. Jika anda mahukan bunga yg lebih besar, maka lukislah bulatan yg mempunyai radius yg lebih panjang.. MISZ LU'LU telah menggunakan jangka lukis utk membantu melukis bulatan yg cantik pd size yg dikehendaki..

 Kemudian, gunting bentuk bulatan tadi.. Selapas itu boleh la dilkarkan atas felt mengikut acuan bulatan tadi menggunakan tracing pencil..

Setelah siap dilakarkan.. Anda perlu gunting sebanyak 5 kepingan felt berbentuk bulatan tadi..

 5 keping felt yg telah siap digunting tadi perlu disusunkan dan dilapiskan utk digunting serentak seperti dlm gambar.. Anda perlu menggunting sedikit di bahagian bawahnya.. Utk melakukan seperti ini, sebilah gunting yg tajam diperlukan..

 Beginilah rupa hasil yg anda perlukan setelah siap digunting.. Ini adalah kelopak2 bunga kemboja anda..

 Kemudian, anda perlu jahit jelujur di bahagian hujung kelopak yg telah anda gunting tadi.. Gunakan 2 lembar benang supaya lbh kukuh..

 Hasilnya akan kelihatan seperti ini utk kelopak yg pertama..

 Kemudian, teruskan lagi dgn kelopak yg lain sehingga habis.. Setelah siap boleh la disusunkan seperti dlm gambar..

 Sekarang apa yg perlu anda lakukan adlh menarik benang sehingga kelopak2 bunga anda tercerut seperti dlm gambar di atas..

 Apabila kesemua kelopak bunga sudah tercerut.. Anda perlu susunnya cantik2 dan catumkan kelopak yg pertama dan terakhir tadi dgn mematikan jahitan anda..

 Kini, bunga kemboja anda telah siap.. Langkah seterusnya adalah utk menghiasnya dgn button kegemaran anda.. Glue gun perlu digunakan utk menggam button di bahagian tengah bunga kemboja..

 Bunga kemboja yg telah siap diletakkan button..

 Memandangkan MISZ LU'LU mahu jadikan bunga kemboja ini sebagai hair clip + brooch.. MISZ LU'LU gamkan di bahagian belakang bunga kemboja ini dgn 2 in 1 alligator clip and brooch..

 Bunga kemboja yg telah siap!

 Di bahagian belakang bunga kemboja..

 Utk menghasilkan bunga kemboja ini.. CIK SUS kite telah mengunakan kumpulan warna felt dr pack AQUA MARINE dan SPRING ORCHID..

 Button yg digunakan adlh koleksi peribadi CIK SUS yg merupakan pilihan terbaik dan berkualiti..

 Bunga kemboja ini juga boleh dijadikan sebagai penghias headband anda..

 Bunga kemboja yg simple ini sgt cantik jika anda pandai gayakannya dengan aksesori yg menarik mengikut kreativiti anda..
 
 Siapa kate tiada bunga yg berwarna hijau.. HEHE..

 MISZ LU'LU harap anda dapat mengikuti tutorial ringkas ini..

Kepada anda semua MISZ LU'LU ucapkan SELAMAT MENCUBA!!! Stepnya sgt mudah dan boleh dijadikan aktiviti sampingan pd masa lapang..

Bunga kemboja yg digayakan oleh CIK SUS kite..
Pesanan dr CIK SUS : Sy bukanlah sorg model.. Tidak pandai utk bergaya di hadapan camera.. Apatah lg ada rupa seorg model.. Jauh sekali!! Huhu.. Gambar ini dicandid oleh adik sy.. Diharap gambar ini dpt mencuit hati dan menghiburkan para follower blog SUS yg setia mengikuti perkembangan SUS n d FELT PRODUCT..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...