PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

28 June 2012

JUNE FELT KIT

 Hye sem0!
Minta maaf banyak-banyak kerana dah lama tak update di sini gara-gara kecurian kabel telefon.. SUS pun tak dapat la nak online dengan tenangnya.. Buat keje pun melepak di kopitiam malam-malam buta.. Masa pun sangat terbatas sebab dah malam.. Masa hanya diperuntukkan untuk memberi servis kepada customer terchenta! Wahh! Gituuu... Hehehe..

Masing-masing pun duit gaji dah masuk kan? Kan? Kan? Apa kata korang beli June Felt Kit dan join photo contest yang dianjurkan oleh SUS n d FELT PRODUCT.. Hadiahnya pula tersangat la menggiurkan.. ^ ^

 Dalam June Felt Kit ini korang berpeluang untuk belajar bagaimana untuk menghasilkan hairclip yang sangat comel!

 Cepat-cepat la beli felt kit ini kerana ianya adalah terhad.. Jangan lepaskan peluang untuk jadikannya sebagai koleksi peribadi korang..

 Felt kit ini juga adalah di'design' oleh Miezcraft dan SekocieNorlie.. Sangat-sangat special kerana ianya adalah cetusan idea dari crafter terkenal.. ^__-


 Pattern yang diberikan boleh juga dijadikan keychain, fridge magnet, hp charm atau apa sahaja mengikut kreativiti korang..

Jeng! Jeng! Jeng! Hadiah utama photo contest kali ini lebih menarik kerana ada hadiah tambahan dari Miezcraft yang merupakan tukang design felt kit kali ini.. Untuk syarat-syarat penyertaan sila klik DI SINI..



Hadiah utama :
100 point dikreditkan ke dalam account pemenang untuk shopping di SUS n d FELT PRODUCT.

Hadiah Sampingan :
20 point dikreditkan ke dalam account tiga pemenang pilihan Cik SUS.


Kepada yang masih belum menghantar penyertaan korang tuuu.. Cepat-cepat la hantar yea.. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah yang menarik ini.. Enjoy!



17 June 2012

CAWANGAN SNDFP DI TESCO KOTA BHARU

Selamat Malam Ahad sem0nya!
Alhamdulillah kerana SUS n d FELT PRODUCT telah pun membuka sebuah cawangan kecik di Tesco Kota Bharu.. Lepas ni, sambil-sambil shopping di Tesco boleh la korang singgah di kiosk SUS yea.. ^^
Kiosk SUS bertempat di tingkat atas dan berhadapan dengan Parkway.. Walaupun ruang kiosk ni agak terhad, SUS cuba sedaya upaya memenuhkannya dengan supplies dan ready made di kiosk tersebut..
 
Antara ready made yang ada di kiosk..

Harga yang ditawarkan adalah sangat istimewa..

Handmade kad pun ada jugak.. ^^

Antara jenis ribbon yang ada dijual..

Pilihan button yang ada di kiosk..

Customer juga boleh menempah keychain nama di sini dan akan disiapkan dalam masa 3 hari.. ^__-

Sempat buat sekor je plushie burung hantu ni dan sudah terjual pun.. ^_____^

Terdapat jugak pelbagai brooch ribbon dengan color-color yang menarik dijual di sini.. SUS berharap dengan adanya cawangan kecik ni dapat memberi jalan dan peluang SUS n d FELT PRODUCT untuk melangkah lebih maju ke hadapan sehingga boleh membuka cawangan yang lebih besar di seluruh Malaysia.. Wahh!! besar sungguh angan-angan.. Hahaha..

Enjoy!


 

11 June 2012

HANDMADE CARD ~lalalalala~~~

 Selamat Hari Isnin sem0!
Buat masa sekarang ni SUS agak giler buat handmade card.. Sangat seronok menyuai padankan kertas yang bercorak beserta hiasan lain untuk memenuhi ruang depan kad.. Hahaha.. Tak lama lagi pun Hari Bapa akan tiba.. Apa kata korang cuba buat kad untuk dihadiahkan kepada bapa tersayang.. Kalau korang ada Big Shot, macam-macam korang boleh potong untuk mrnghiasi kad korang mengikut tema yang dikehendaki.. Di sini SUS gunakan Die-namics Decorative Doily dan Die-namics Butterflies..

 Untuk hiasan bunga ni pula SUS gunakan Die-namics Prima Donna Petals dan Die-namics Mini Rolled Roses..

Rasanya seperti nak buat kad untuk Hari Bapa jugak la.. Tetiba ada idea dengan die yang baru sahaja masuk store SUS.. Masculine Graphic Tee Die-namics! ^__-

Rasanya elok sangat la die ni dibeli oleh peminat-peminat bola sebab korang boleh buat keychain jersey bola!!! Demam  EURO 2012 pun dah start ni.. Wink! Wink! Wink!

Enjoy!



06 June 2012

HEADBAND BUNGA- BUNGA ^__-

 Hi sem0!
SUS sangat-sangat suka dan jatuh cinta dengan die Rolled Mum dari MFT.. Gabungan dengan bunga ros jadikannya sangat-sangat sweet!

Rolled Mum Die-namics ni boleh dibeli di e-store SUS.. Die ni boleh digunakan dengan Big Shot, Big Kick dan Cuttlebug..

 Headband color pink ni SUS buat khas untuk mak saudara SUS yang tinggal di Rawang. Katanya nak hadiahkan kepada cucunya yang baru lahir.. SUS pun memang niat nak bagi hadiah headband jugak.. Kira sekali la tu.. Hahaha..

 Manik berlian di tengah bunga Rolled Mum ni adalah manik iron-on yang dipanaskan dengan menggunakan hot fix applicator.. Kalau nak guna iron macam mane pulak la gayanya yea.. Terselit kt tengah-tengah bunga tu.. Tak pasal-pasal ada jugak yang terbakar jari.. Ngeee..

Ada macam-macam color lagi SUS buat.. Sem0nya ada dijual di kiosk SUS n d FELT PRODUCT.. Kiosk SUS ni terletak di Tesco Kota Bharu.. Kalau jalan-jalan ke Tesco, jangan lupa singgah yea.. ^__-


SUPPLIES :




02 June 2012

BENGKEL MENJAHIT MESSENGER BAG 25 MAY 2012

 Assalamualaikum sem0!
Minggu lepas workshop SUS telah selesai menjalankan bengkel menjahit messenger bag.. Kali ini cikgunya dijemput secara paksarela untuk menjayakan bengkel ini di atas permintaan Kak Nana.. Hahaha.. Nak tahu mana satu Kak Nana? Yang paling tinnggi sekali dalam gambar ni la Kak Nana.. Hahaha..

 Ni la Cikgu menjahit beg kami iaitu Kak Liza dari Little-iro-iro..

 Kali ni bengkel selesai dengan cepat dan setiap peserta dapat menyiapkan beg yang dipelajari pada hari tersebut.. ^__^

 Mesin jahit semuanya adalah milik peserta dan dibawa sendiri dari rumah..

Kak Nana bersama begnya yang hampir siap.. Kak Shida dari Cantek Kraft dah rilex-rilex sebab beg dia siap.. Ahaks!

 Hikmah seorang tukang jahit yang lemah gemalai dan juga seorang yang sangat pakar jahit seluar koyak.. Lalalala..

 Min dan mesin jahit barunya.. Hehehe..

Ni la beg SUS yang telah siap dijahit.. Sangat best dapat siapkan beg sebijik! Puas hati sangat! Terima kasih  kepada Cikgu Liza kerana sangat sabar mengajar kami yang baru terkedek-kedek nak belajar jahit beg.. Harap-harap suatu hari nanti boleh menjadi pakar seperti Kak Liza.. ^___-

Untuk lihat lebih gambar perjalanan bengkel ini sila ke fanpage SUS.. Tata..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...