PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

28 May 2012

BANTAL UNTUK ANAK-ANAK SEPUPU

 Selamat Hari Isnin sem0nya!
Baru-baru ni MAMA SUS telah menyiapkan 3 biji bantal untuk cucu saudaranya.. Oooppss!! Silap-silap.. Bukan MAMA yang siapkan.. Tapi INA yang siapkan.. Hahahaha.. MAMA bagi idea je.. Nak jahit sendiri mata MAMA dah tak nampak.. Keh3x.. Bantal nama Putera ni untuk anak sepupu SUS yang lelaki..

 2 biji bantal color pink ni pula untuk anak sepupu yang perempuan.. Banyak pulak dapat anak sepupu tahun ni.. Nak dapat anak sendiri entah bila la pulak kan.. Hihihi..

 Body bantal ni dibuat dari kain flannel.. Untuk beli kain flannel sila ke Cantek Kraft.. Hurufnya pula menggunakan felt keras.. Huruf-huruf tersebut juga dipotong menggunakan Die-namics By The Letter..

 Bantal-bantal ni memang dibuat untuk tido sebab tu nama dijahit di hujung sebelah tepi.. Tak nak kepala baby-baby chumel tu sakit la pulak tertido atas button yang chumel-chumel tu.. ^__-

Plushie burung hantu ni pulak projek dan hobi terbaru SUS & INA dalam mengasah skill menggunakan mesin jahit.. Hahaha.. Body burung hantu ni SUS gunakan kain cotton sahaja.. Untuk beli kain cotton yang cantik-cantik boleh la beli di Little-iro-iro.. Untuk kepak, mata dan hidung burung hantu ni, SUS gunakan felt keras.. ^__-


Happy Reading!



21 May 2012

HANDMADE CARD COMEY!!!

Selamat Hari Isnin sem0!
Hari ni SUS nak kongsi handmade card yang dihasilkan oleh seorang crafter lelaki yang tidak asing lagi iaitu Namizam.. Kalau korang nak tengok pelbagai hasil kreativiti beliau sila-sila la ke blog beliau di http://miezam.blogspot.com/

Kompem mata korang tak berkelip walau sesaat pun melihat hasil kreativiti beliau.. Dan yang pompuan pulak kompem-kompem gigit jari disebabkan tahap kejelesan yang amat tinggi.. Hahaha.. 

Kad-kad yang dibuat oleh Namizam pulak biasanya adalah dibuat khas mengikut tempahan customer.. Kalau korang teringin nak tempah satu boleh la roger-roger Namizam k.. ^__^

Yang bergulung-gulung tu jangan tanya SUS.. SUS pun tak pandai.. Hahaha.. Kalau nak belajar kena belajar dengan yang pakar la yea.. Cuma, kalau nak buat rama-rama yang cantik tu boleh la gunakan Die Vivienne Butterfly dari Memory Box.. Boleh dapatkannya di e-store SUS.. ^__-

Takde orang yang nak bagi SUS kad ke? Hurmmm...

Happy Reading!!!



20 May 2012

BENGKEL MENJAHIT MESSENGER BAG

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada 25 May 2012 ini SUS n d FELT PRODUCT akan menganjurkan bengkel menjahit messenger bag.. Kepada yang berminat boleh la mendaftar sekarang sebelum 23 May 2012.. ^__^

TARIKH :
25 May 2012

MASA :
8.30 am - 1 pm : Bahagian 1
1 pm - 2 pm : Rehat
2 pm - 6 pm : Bahagian 2

TEMPAT :
Workshop SUS
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.

YURAN :
RM120
(Discount 10% diberikan kepada peserta yang telah menyertai bengkel sebelum ini)

TENAGA PENGAJAR :
Puan Nomaliza Azman
dari
Creative Cocoon Studio

Bahan-bahan adalah disediakan oleh pihak penganjur termasuk makan tengah hari. Peserta hanya perlu membawa :
- Gunting kain
- Jarum peniti
- Pen
- Mesin jahit portable jika ada


Cara-cara mendaftar :
1. Deposit RM60 untuk booking tempat diperlukan dan jika gagal hadir, deposit tersebut tidak akan dipulangkan.
2. Sila hubungi IDA di no. telefon 09-7470852 atau emailkan ke susndfeltproduct@gmail.com untuk mendaftar.
3. Sebarang pertanyaan juga boleh dibuat dengan menghubungi IDA di no. telefon 09-7470852 atau emailkan ke susndfeltproduct@gmail.com.


JOM!!! Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad!

 Bahagian dalam bag..

Tali bag yang akan diajar adalah adjustable.. ^ ^



16 May 2012

KELAS MENJAHIT PATCHWORK BAG 11 MAY 2012

 Hye sem0! Alhamdulillah kerana kelas menjahit patchwork bag pada Jumaat lepas telah pun selesai dengan jayanya walaupun kelasnya tamat hampir pukul 12 malam.. Hahaha.. Disebabkan bilangan mesin jahit yang terhad, peserta terpaksa berkongsi-kongsi menggunakan mesin jahit.. ^__-

Apa-apa pun cikgu yang mengajar sangat sempoi.. Segala tips dan rahsia menjahit beg dengan kemas telah dicurahkan kepada kami para peserta.. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Kak Liza kerana sanggup datang dari jauh untuk menjayakan kelas menjahit bag ini..

 Kak Mie merupakan peserta pertama yang berjaya menyiapkan beg beliau..

 Proses menggosok interfacing.. ^__-

 Kak Za kite potong-potong pattern atas interfacing.. Kalau nak tengok pameran mesin jahit mahal-mahal sila la ke rumah Kak Za kite ni.. Kak Za merupakan pengumpul mesin jahit untuk memenuhi minat beliau dalam hobi jahit-menjahit.. Ahaks!

 Ni la cikgunya.. Kak Nomaliza Azman atau lebih mesra dengan panggilan Kak Liza.. ^__^

 Min tengah tunggu turn.. Bila nak bawak mesin jahit baru kamu ke workshop SUS ni? Hehehe..

 Pattern-pattern beg yang telah siap dipotong..

 Sampai ke malam kelas kami.. Sanggup habiskan setiap ajaran untuk dapatkan ilmu menjahit beg ni.. Bukan senang nak belajar jahit beg ni.. Cikgunya pun datang dari jauh.. Jadi, kami perlu ambil kesempatan ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin yang dapat.. ^ ^

Wristlet yang berjaya dijahit oleh SUS & INA.. Hahaha.. Tak berapa kemas lagi.. Akan cuba untuk jahit sekali lagi bagi memperkemaskan jahitan kami.. Beg patchwork kitorang pun dah siap.. Tapi tak ambil gambar lagi la.. Rajin-rajin la intai fan page SUS n d FELT PRODUCT untuk melihat beg yang berjaya dijahit oleh INA.. SUS tukang potong je.. Tu pun tak habis.. Wawawawa..

Harap-harap Kak Liza dapat turun Kelate lagi untuk ajar jahit beg design lain pula yea.. ^__-



15 May 2012

PEMENANG APRIL FELT KIT 2012

 Selamat Hari Selasa sem0!
Hari ini SUS akan umumkan pememang April Felt Kit 2012.. Pemenang adalah Noriema Yahya dari Raub, Pahang.. ^__^
Tahniah diucapkan dari kami team SUS n d FELT PRODUCT.. 100 point akan dikreditkan ke dalam account anda.. Boleh la guna untuk shopping-shopping nanti.. ^__-

 Untuk pemenang photo pilihan SUS pula dimenangi oleh Hidayah Subakir dari Yong Peng, Johor.. Cantik kan burung-burung hantu ni?? Rajin sungguh akak kite ni buat pokok-pokoknya sekali.. Memang carrrreeee la!!! ^__^

 Pemenang seterusnya pula adalah Che Rosdiana dari Klang, Selangor.. Sangat kreatif memanupulasikan jenis burung hantu dari design asal..

Dan pemenang seterusnya adalah Maslinda Ednii Mohamad dari Jertih, Terengganu.. Burung-burung hantu naik buaian ni memang sangat memikat hati SUS.. ^__^

TAHNIAH!!! SUS ucapkan kepada sem0 pemenang.. Semoga korang sem0 mempunyai idea yang lebih hebat lagi untuk dijadikan inspirasi kita bersama.. Point yang dimenangi akan dikreditkan ke account pemenang dan boleh la digunakan untuk shopping-shopping di e-store SUS n d FELT PRODUCT..

P/S : Tarikh tutup penyertaan untuk May Felt Kit adalah pada 28 May 2012.. Jangan ketinggalan untuk menghantar penyertaan korang kepada kami.. ^ ^



14 May 2012

FELT CRAFT WORKSHOP DI USM KUBANG KERIAN

 Assalamualaikum sem0! Minta maaf kerana agak lama jugak tak update blog ni.. Akhir-akhir ni team SUS agak busy dengan pembukaan kiosk kami di Tesco Kota Bharu.. Kepada yang berdekatan dengan Tesco boleh la terus ke sana untuk dapatkan supplies dan ready made handmade.. ^__^

Pada 4 & 5 Mei lepas, SUS telah pun menjalankan bengkel felt craft di USM Kubang Kerian di atas undangan pihak student di sana.. Seramai 10 orang peserta telah menyertai bengkel ini..

 Pattern-pattern yang diajar adalah keychain lolipop, handphone case dan brooch bunga kemboja..

 Ini adalah peserta termuda SUS pada hari tersebut.. Adik ni baru je darjah 4..

 Shafiqa dan sarung handphone beliau.. Hahaha..

 Ni pulak Kak Mie tokey tudung tersohor..

 Adik Nabila menerima cenderahati dari SUS kerana menjadi peserta pilihan.. Baru darjah 4 tapi jahitannya sudah kemas.. Kalah dengan akak-akak USM lain.. Hehehe..


 Hari terakhir bengkel..

Adik-adik dan akak-akak yang join bengkel ini.. ^__^

 Ni pulak pada hari pertama.. Peserta dan keychain lolipop..

Terima kasih yang tak terhingga kepada pelajar-pelajar USM Kubang Kerian kerana sudi menganjurkan bengkel felt craft seperti ini.. Kalau ada rezeki lagi boleh la kita bekerjasama lagi.. ^__^



05 May 2012

KELAS MENJAHIT PATCHWORK BAG

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera sem0!
Pada 11 May 2011 ini workshop SUS akan menganjurkan kelas menjahit patchwork bag seperti dalam gambar di atas.. Kelas menjahit ini akan diajar oleh Puan Nomaliza Azman dari Little-iro-iro.. Semasa kelas itu juga, anda berpeluang untuk melihat demo mesin jahit berjenama Elvira yang pertama di Malaysia! Rugi tau tak datang join class ni.. Puan Nomaliza merupakan ibu muda yang mempunyai pengalaman selama 4 tahun dalam bidang jahit-menjahit beg..

TARIKH :
11 May 2012 (Jumaat)

MASA :
2.30 pm - 6.00 pm

TEMPAT :
WORKSHOP SUS, KOTA BHARU

YURAN :
RM120

BAHAN-BAHAN YANG DISEDIAKAN :
-Fabrik
-Interfacing
-Cotton/nylon webbing (handles untuk beg)
-Cotton string untuk drawstring
-Wooden beads
-Zip
-Mesin jahit 
-Iron
-Nota buat beg


BAHN-BAHAN YANG PERLU DIBAWA SENDIRI :
-Mesin jahit (kalau ada)
-Gunting
-Benang (light brown) : kalau tiada boleh beli di workshop SUS
-Jarum peniti
-Snipper

** Minum petang adalah disediakan.

 Bahagian tali beg..

 Bahagian dalam beg ada poket berzip..

 Demonstrasi mesin jahit Elvira akan diadakan semasa kelas tersebut..

**Peserta juga akan diberikan bonus untuk belajar menjahit matching wrislet..

Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 8 May 2012.. Jom! Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad..

Untuk pendaftaran sila hubungi workshop SUS di no. telefon 09-7470852..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...