PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

28 October 2011

ORDER ADIK OWANGE

 Hye kepada pembaca blog SUS sem0! Ini adalah Turbozilla order dari ADIK OWANGE a.k.a. MR. ALIF.. Kepada yang biasa COD area Wangsa Maju kenal la siapa MR. ALIF ni.. Kesian kat dia sebab dah lama order macam-macam dari SUS dan INA baru sekarang kitorang layan.. Dah alang-alang kitorang nak ke KL malam esok terus kitorang siapkan order adik manja ni.. Ngeh.. Ngeh.. Ngeh.. Besar tau Turbozilla ni.. Ada la sebesar tapak tangan MR. ALIF.. MR. ALIF nak gantung haiwan ni dalam kereta beliau.. Terima kasih kerana order tak berbayar dari kami yea..

 Ni pulak jenis button yang sudah direstock dan ada pertambahan design baru telah dibawa masuk ke KEDAI SUS.. Kepada yang suka mencari kelainan dalam penggunaan button boleh la beli di KEDAI SUS..

 Ini pula frame yang simple dan mudah untuk dibuat sendiri oleh korang sem0.. SUS akan ajar dalam majalah DARA.COM nanti.. Malam esok SUS dan INA akan naik bus untuk ke KL bagi menjalani penggambaran cara-cara untuk menghasilkan frame sperti ini dan 3 design lain iaitu headband, hair clip dan fridge magnet..

 
Dua ekor katak ni pula dalam proses untuk disiapkan.. Designnya telah diberikan oleh pemilik katak ni.. Nak tau cerita lebih lanjut mengenai katak ni kena la tunggu entry SUS yang akan datang k.. YEAY!!

 Ni pulak SUS cuba-cuba dari hasil pembelajaran class online membuat card.. Teknik stamping dan embossing digabungkan dengan penggunaan felt.. Maklum la.. SUS ni tak berapa expert nak main dengan kertas.. SUS lebih suka dengan felt.. Hehe..

 Baru nak belajar main cop-cop.. Harap-harap skill cop-mengecop dapat dipertingkatkan lagi dengan latihan ynag tanpa henti.. Ada ke masa nak buat latihan tanpa henti? Hahaha.. Order customer pun masih beratur panjang ni.. Uwaaaa!!!

Terima kasih kerana kerana sudi meluangkan masa membaca blog SUS ini.. SUS harap blog ini dapat memberi inspirasi kepada korang untuk menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif.. Jumpa lagi nanti!



25 October 2011

ORDER MUMTAZ

 Happy Deepavali diucapkan kepada sem0 penganut agama Hindu di Malaysia SUS ucapkan.. Kepada customer Kedai SUS esok tiada penghantaran yea.. Tapi workshop SUS buka seperti biasa.. Yang berdekatan boleh la ambil kesempatan di hari cuti untuk singgah di workshop SUS untuk shopping2..

 Kali ni SUS nak update order kad hari jadi yang diorder oleh Mumtaz.. Terima kasih Mumtaz kerana sudi order dengan SUS.. Rasanya dah sampai kepada tuannya.. SUS dah pos dua hari lepas.. Lupa nak email tuan empunya tanya dah sampai ke blum..Ngeee.. Sowi..

 Mumtaz mahukan di bahagian dalam ada hiasan tambahan dan tulisan.. Untuk tambah hiasan di dalam kena caj lain yea.. Jangan ada yang terkeliru.. Harga basic RM12 hanya untuk hiasan di luar sahaja..

Terima kasih sekali lagi kepada Mumtaz.. SUS harap awak suka lah yea.. PEACE!!!



23 October 2011

HARI KEUSAHAWANAN DI HUSM KUBANG KERIAN

 Firstly, SUS nak ucapkan ribuan terima kasih kepada student medic USM Kubang Kerian iaitu Izzati, Amira, Reezal, Jane, Jocellyn dan Jaeson kerana sudi invite SUS untuk menjayakan Hari Keusahawanan korang pada 21 Oktober 2011 lepas.. SUS harap korang sem0 lulus dengan jayanya yea.. (^_^)v..

 Alhamdulillah.. Dengan berkat usaha korang booth ni jadi antara yang terhot gituu..

 Banner? Bunting? Pape je la.. Tapi yang penting memang dibawa ke mana saje untuk promosi.. 

 Tempahan keychain nama sememangnya mendapat sambutan yang luar biasa.. Tak sempat nak duduk budak-budak ni..

 Kempen dik.. Jangan tak kempen.. Ngeee..

 Antara barangan yang dijual..

 Happy dan bersemangat je dorang ni.. Siapkan tempahan sampai tak nak balik walaupun dah kena tutup kedai..

 Gambar kenang-kenangan.. Untuk lihat lebih banyak gambar lagi korang boleh la ke fan page SUS k..

 Turun padang jap.. Hehehe..

 SUS sangat senang hati bekerjasama dengan korang.. Kalau ada ape2 program lagi nak invite SUS.. SUS tak akan teragak-agak untuk join ngan korang lagi.. Tersangat la ENJOY!!! Terima kasih sekali lagi diucapkan..

Antara keychain yang berjaya disiapkan oleh mereka..

 Ni pulak antara ready made yang disiapkan oleh SUS dan INA seminggu sebelum event..

 Nak tahu tips macam mana nak lekat diamond blink-blink dengan senang dan kemasnya??? Tunggu entry SUS yang akan datang setelah stock barangnya sampai.. Ada barang baik punya akan masuk kedai tak lama lagi.. ^_^

 Sempat la buat sikit-sikit..

 
~~ LOVE ~~




~~ LOVE ~~

 Headband pun ada..

Rama-rama yang jadi rebutan..



18 October 2011

BURUNG YANG MARAH ~~~

 Nampaknya angry bird betul-betul popular sekarang ni.. Inbox email SUS penuh dengan order untuk buat angry bird dalam macam-macam versi.. Tapi mintak mahap banyak-banyak yea.. SUS dan INA tak dapat memenuhi order tersebut.. Que pun memang dah panjang.. Kitorang pun busy dalam nak menyusun jadual class felt yang akan diadakan.. Kitorang juga dalam usaha untuk menambah lagi banyak e-tutorial, e-book dan set-set felt kit beserta tutorial..

 Oooppss!!! Lupa la pulak.. Angry bird dan kereta Hilux ni merupakan order Rahaya.. Sudah selamat sampai pun ke destinasinya.. Terima kasih banyak-banyak kepada Rahaya kerana sudi order dengan kami..

 Angry bird dan kereta Hilux ni INA yang jahit.. Sanggup ambil order banyak-banyak sebab nak menabung duit untuk beli cover Mac Book dia.. Hahaha.. Kalau ikut kan kitorang ni cepat muak dan boring buat benda yg sama banyak-banyak.. Kitorang lebih suka mencuba sesuatu yang baru dan mencabar.. Jadi, sesiapa order yg telah kami terima teramat-amat la beruntung.. Ngeee.. Jangan marah yea yang lain-lain.. (^_^)v

 Dah siap simpan dalam tong dulu sebelum pos..

 Kereta Hilux ni betul-betul mencabar kewibawaan INA setelah nak muntah-muntah tengok angry bird tu banyak-banyak.. Hahaha.. Padan muka!! Cover Mac Book punya pasal.. Sanggup tuuuu....

 Untuk seseorang yang istimewa..

 Minggu ni SUS dan INA memang busy siapkan barang-barang untuk dijual di Hospital USM.. Kitorang ada buka gerai sempena Hari Keusahawanan student USM.. Kepada yg berdekatan tu datang-datang la singgah yea.. Mana la tau ada yang berkenan dengan hasil kerja kami ni.. Boleh la beli banyak-banyak.. Satu-satu tak jual.. Kena beli banyak-banyak.. Ekekeke.. Takde la.. SUS gurau je..

 Cantik pulak dah susun macam ni yea..

 Brooch rerama tecik-tecik.. Sangat cantik pakai pada shawl..

SUS gunakan berlian supaya nampak mewah sikit.. Orang kelate memang suka pun yang bermanik-manik berlian bagai.. Nak jual sesuatu tu mesti la kena ikut selera customer.. Betul tak???

Kepada customer yang memerlukan supplies felt craft urgent boleh la order siap-siap minggu ni.. Kabinet workshop SUS dijangka masuk minggu depan.. Time tu kitorang tak dapat nak buat kerja bungkus-membungkus untuk proses mengepos.. So, order la siap-siap supaya bekalan tak terputus k..



16 October 2011

JAMBANGAN BUNGA MY HEART

Timbulnya idea nak buat jambangan bunga ni setelah perasaan stress melanda SUS dan INA.. Kitorang sesaje je masuk kedai bunnga.. Konon-kononya nak tengok-tengok je untuk hilangkan stress.. Last sekali sebakul bunga kitorang borong.. Hahaha..

Tahan la sehari bunga-bunga ni.. Esoknya dah nak layu.. Untuk buat gubahan ni guna sikit je bunganya.. Sebenonya ada banyak lagi bunga kat belakang tu.. Wawawa.. Mama kitorang pun dah pot-pet-pot-pet pasal bunga ni.. Dah nak mati la.. Membazir la.. Nyamuk bertelur la.. Ingatkan dapat hilangkan stress.. Rupanya menambahkan stress lagi ada lerr.. Dengar syarahan mama.. Ekekeke..

Bunga ni kitorang main susun je ikut sesukati.. Memang mudah sangat.. Kalau korang nak try buat jugak sila-sila kan la try yea.. Main hentam je.. Tak susah pun.. Tak perlu ada basic gubahan bunga bagai..

Nak buat love macam ni pun caranya macam biasa jugak.. Cuma tak bubuh keychain je..

Cuma last sekali kitorang cucuk love ni dengan lidi sate.. Pastu balut lidi dengan ribbon satin.. Baru la cun kan??? 

 Love ni jugak boleh dijadikan fridge magnet.. Korang lekatkan je magnet dengan menggunakan glue gun kat belakang love ni.. Memang SUS nak jadikan fridge magnet pun pasni.. Bunga pun dah kering tapi lovenya masih boleh pakai.. Lidi sate tu pun SUS main cucuk je.. Xde letak gam pape.. So, tiada masalah untuk keluarkan balik lidi sate tersebut.. Kalau suka, jom la cuba buat gubahan seperti ini.. Amat sesuai untuk dihadiahkan kepada seseorang yang istimewa..



14 October 2011

ORDER KAK ANA

 Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Ana kerana sudi order dengan SUS.. Order ni telah pun sampai kepada Kak Ana.. Alhamdulillah sebab Kak Ana puas hati dengan hasil order ni.. Kak Ana telah mengorder keychain nama dan bookmark untuk dihadiahkan kepada kawan-kawannya di US.. Entry kali ni sem0 ejaan perkataan SUS akan tulis penuh.. Tiada lagi short form okiey.. Tujuannya adalah untuk melatih diri ini menulis di website baru nanti.. Baru la nampak profesional sikit kan? Tak de la nampak website yang cam carca marba jek.. Cewahh!! Koya (perasan) je lebih.. Hahaha..

 Pening jugak mula-mula masa terima order dari Kak Ana ni.. Kak Ana nak bookmark yg melambangkan Malaysia.. Pikir punya pikir terlintas nak buat bunga raya.. Tapi rasa macam tak cukup la pulak.. Tu yang ada corak kain batik sebagai penyeri.. Kain batik ni bukannya diambil dari kain batik yang telah dipakai yea.. Memang dibeli baru khusus untuk siapkan order Kak Ana ni.. Lagi pun murah je kain batik ni.. SUS beli kat Wakaf Che Yeh dengan harga 10 hengget je.. Ekekeke..

 Di sini SUS gunakan eyelet yang ada color.. Eyelet yang bercolor-color ni boleh beli di KEDAI SUS.. Tiny button yang cinonet tu pun ada jual jugak di KEDAI SUS..

 Ini la kesem0 keychain nama yang banyak menguji kesabaran SUS untuk menyiapkannya.. Buat sikit-sikit sambil reply order korang.. Sikit-sikit.. Lama-lama jadi bukit.. Betul la kata pepatah tu.. Jangan tak buat langsung.. Memang tak siap la jawabnya.. :P

 Untuk gurlz SUS letak rama-rama..

Yang boyz SUS letak button je.. Kalau ada tertype short form tu minta maaf banyak-banyak la yea.. Masih dalam sesi penyesuaian diri.. Biasa la zaman sekarang ni.. Cara menulis/menype telah dipengaruhi dengan gaya kita berSMS.. Sem0nya nak cepat dan pantas.. Tapi cara penulisan SUS tetap dalam keadaan santai.. Tak mau skema-skema.. Tak pandai pun nak tulis dengan gaya bahasa yang betul.. Hahaha..(^_^)v


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...