PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

30 October 2013

RANA HEADBAND

 Selamat Hari Rabu sem0!
Alhamdulillah.. Dua minggu lepas umat Islam telah pun selesai mengerjakan ibadat qurban.. Mood cuti pun dah takde.. Sudah tiba masanya untuk kita bekerja keras! Hehehe.. Kata-kata semangat untuk diri sendiri..^^ Tapi sebelum cuti Hari Raya Qurban hari tu INA ada siapkan RANA HEADBAND ni.. Kepada yang berminat boleh dapatkannya di kiosk SUS yang bertempat dalam Tesco KB.. Untuk pembeli online pula SUS akan masukkan dalam e-store dalam beberapa hari lagi dan kuantitinya sangat limited.. 1 pcs je untuk setiap warna..

 Simple je Rana Headband ni tetapi menawan.. Sekuntum bunga besar dan sebijik bow besar beserta daun.. Sangat cantik untuk digayakan oleh baby yang baru lahir sehinggalah 4 tahun..

 Untuk headband ni felt lembut digunakan.. Potongan bunga, bow dan daun sem0nya dibantu oleh mesin Big Shot dan dies..

 Untuk mengetahui jenis dies mana yang digunakan, macam biasa SUS akan listkan supplies di bawah sebelah kiri entry ini untuk rujukkan korang sem0.. ^^

Antara stok jualan yang berjaya disiapkan..

 Bagi korang yang masih tercari-cari dies huruf yang fancy-fancy seperti ini, Sizzix Bigz XL Alpha Die - Word Play adalah pilihan yang tepat.. Dies ini boleh memotong 2-3 helai felt sekaligus..

 Menarikkan? Korang tak perlu lagi bersusah payah untuk gunting satu-satu jika memerlukan production yang cepat dan banyak.. Huruf-huruf ini juga boleh dijadikan alat bantu mengajar di rumah dan juga di sekolah-sekolah..

Sizzix Bigz Die - Petals, Dogwood/Rose ini pula boleh menghasilkan pelbagai design bunga yang menarik mengikut kreativiti korang.. Untuk bengkel hujung minggu lepas, SUS ada ajarkan cara-cara untuk buat bunga Naila Headband seperti dalam gambar di atas.. Kepada yang tak join bengkel melepas la.. Hehehe..

Enjoy!

SUPPLIES :



10 October 2013

PENDAFTARAN BENGKEL BIG SHOT TELAH DIBUKA!


Assalamualaikum sem0!
Alhamdulillah.. Pendaftaran Bengkel Big Shot Kraftangan Felt telah pun dibuka sekarang ini.. Tarikh akhir pendataran adalah pada 20 Oktober 2013.. Untuk pendaftaran boleh la hubungi Bella di talian 09-7470852 atau emailkan ke sales@susndfeltproduct.com.. Berikut adalah detail bengkel..

TARIKH : 26 Oktober 2013
MASA : 8.30 pagi - 1.00 petang
YURAN : RM50
TEMPAT :
RTC Kota Bharu, Batu 4,
Lebuhraya Pasir Mas Salor,
15150 Kota Bharu, Kelantan.

Bahan-bahan dan peralatan adalah disediakan sepenuhnya oleh pihak SUS.. Akak-akak dan adik-adik boleh datang lenggang-lenggang kangkung je.. ^^

Minum pagi juga disediakan.. Kalau tak sempat nak breakfast boleh makan-makan dulu sebelum bengkel bermula..


Patter-pattern yang akan diajarkan nanti adalah :
1. Mayra Headband
2. Deena Hairclip
3. Naila Headband
4. Keychain Nama
5. Pengenalan dan cara-cara menggunalan Big Shot dengan betul beserta tips tambahan.

Cepat-cepat la daftar yea.. Sebab tempat adalah terhad.. Adik-adik sekolah rendah pun boleh join bengkel ni dengan syarat dah pandai pegang jarum dan mempunyai minat terhadap kraftangan..

JOM! DAFTAR SEKARANG!



07 October 2013

PHOTO CONTEST KEMBALI LAGI! ^^

Assalamualaikum sem0!
SUS di sini cuma nak war-warkan mengenai photo contest yang dianjurkan SUS n d FELT PRODUCT masih berjalan dan korang belum terlambat lagi untuk menyertainya.. Tarikh akhir untuk menghantar gambar adalah 30 Oktober 2013.. Untuk info lebih lanjut sila klik DI SINI..

 Hadiah yang ditawarkan pada kali ini sangat menarik iaitu Mesin Sizzix Big Shot Starter Kit yang bernilai RM650.. SUS dapati sem0 krafter pun berlumba-lumba menghantar hasil kraftangan mereka yang menarik.. Masing-masing juga berlumba menjalankan kempen untuk mengumpul bilangan 'LIKE' untuk photo mereka.. Kalau SUS pun tak kan lepaskan peluang untuk menyertai photo contest seperti ini.. Siapa tak nak kan?? Big Shot tuuuuu.. Tapi apakan daya.. SUS tak boleh nak join contest ini.. Sob3x..

TETAPI....!!!! Photo contest yang dianjurkan ini telah dicemari dengan insiden yang tak patut berlaku oleh insan-insan yang tidak bertanggungjawab dengan mencuri photo krafter lain bagi menyertai photo contest ini.. Kalau yea kot pun teruja sangat nak join contest ni, janganlah sampai ambil jalan singkat sebegini.. Perbuatan ini sangat memalukan SUS sendiri walaupun bukan SUS yang buat.. Sebabnya yang membuat kerja ini adalah orang Islam.. Kalau la menang, macam mana dengan status hadiah tu? Fikir-fikirkan la yea.. 

Mungkin insan ini beranggapan yang tembelangnya tak kan pecah.. Mungkin juga dia beranggapan pihak penganjur photo contest ini tak kan perasan sebab ramai yang join.. Mungkin juga dia beranggapan mana orang tahu tu gambar siapa kan? Mungkin juga dia tak tahu yang krafter-krafter saling berhubung dan mengenali antara satu sama lain baik dalam negara atau pun luar negara.. Mungkin juga dia beranggapan rakyat Malaysia tak kan ambil tahu.. Bermakna insan ini silap besar kerana rakyat Malaysia sememangnya kepoh lebih-lebih lagi dalam hal mencari silap orang lain.. SUS bukannya nak kata yang rakyat Malaysia ni jahat.. Tapi sebagai manusia biasa kita memang suka mencari silap orang dari memperbaiki diri sendiri.. Bukan sahaja di Malaysia, tapi di mana-mana sahaja..

SUS harap krafter-krafter dan korang di luar sana sama-sama memberi kerjasama untuk melaporkan kegiatan ini.. Pihak SUS tidak akan aibkan mana-mana pihak kerana ingin photo contest ini dijalankan dengan aman, adil dan telus.. Kepada sem0 peserta yang join contest ini, SUS ucapkan SEMOGA BERJAYA & SELAMAT BERKRAF!

Minggu lepas aktiviti SUS adalah menyiapkan barang jualan untuk kiosk je.. Adalah SUS buat sikit-sikit hairclip dan brooch..

 Bow ni sem0 SUS gelek guna Big Shot je.. ^^

Brooch ni senang sangat nak membuatnya.. Ramai yang tanya SUS macam mana nak buat.. Kelopak-kelopak bunga ni sebenarnya bentuk love je.. SUS bantai gelek dengan Big Shot jugak.. Hahaha.. SUS gunakan dies Sizzix Bigz Hearts.. Tutorial cara-cara nak cerut bunga ni sila klik DI SINI..

 Hairclip Wafa ni pula SUS gunakan felt tema oren dan senada dengannya.. Tetiba nampak banyak sangat felt color oren kat rak.. Terus je sambar tanpa fikir panjang..

 Hairclip Wafa ni pun SUS gelek dengan Big Shot jugak.. Tak kuasa nak gunting satu-satu.. Muehehe.. Kesimpulannya, kalau korang nak memudahkan kerja lagi-lagi kalau nak buat kelopak bunga seeloknya korang ada Big Shot sebijik kat rumah.. Sangat-sangat membantu dalam pelbagai jenis kerja pemotongan yang rumit..

Enjoy!


SUPPLIES :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...