PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

30 November 2011

FELT CRAFT WORKSHOP : FELT T-SHIRT 2 DISEMBER 2011

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sem0 pembaca blog SUS.. Minta maaf yea.. 2-3 hari lepas SUS dan INA oustation untuk menyetelkan website baru kitorang yang akan di'launch' tak lama lagi.. So, tak sempat la nak update blog ini.. Rasanya belum terlambat kalau SUS nak iklankan felt craft workshop pada hari Jumaat ini.. Masih ada 4 tempat kosong lagi.. Jika berminat boleh la mendaftar sekarang yea..

 Workshop pada hari Jumaat ini akan diajarkan bagaimana untuk jahit felt pada t-shirt korang.. Semasa workshop ini SUS akan kongsikan tips bagaimana nak jahit felt ni dengan mudah pada t-shirt.. SUS juga akan ajar korang macam mana nak mudahkan gambar-gambar yang korang suka  untuk dijahitkan pada t-shirt..

 T-shirt dalam gambar ni korang boleh sentuh, rasa dan lihat dengan lebih dekat semasa workshop ni nanti k.. 

 Minta maaf la banyak-banyak di atas keadaan t-shirt ni yang agak berkedut.. Tak sempat nak iron sebab nak buat iklan ekspres untuk hari ni.. Hahaha.. Malas giler nak menapak balik umah semata-mata nk meng'iron' baju kecik ni.. T-shirt ni SUS dan INA kelek bawak gi sana sini masa kat KL.. Kononnya nak amik gambar kat sana.. Mac Book, i-pad, hard disk, pend drive, D-SLR camera bagai sem0 bawak.. Tapi tak nyempat jugak nak update blog.. Kui3x.. Jangan marah yea.. Terutama sekali customer KEDAI SUS.. SUS dan INA tak terkejar dengan aktiviti seharian yang sememangnya pack.. Balik 'kondo mewah' ALIF je terus pengsan.. *_* Tapi SUS berusaha jugak menjawab pertanyaan korang di fb masa dalam kereta.. Tu je la masa yang ada sebab ALIF jadi drebar.. Bahagia betul gi sana sini ada drebar.. Lalalala..

TARIKH :
2 Disember 2011

MASA :
9.00 am - 12.30 pm

LOKASI :
Workshop SUS, Kota Bharu, Kelantan
Untuk peta sila klik DI SINI..

YURAN :
RM80
 
 
 

24 November 2011

ORDER FARA & NISA

 Okiey.. Hari ini SUS nak update mengenai order yang telah disiapkan.. Ini merupakan order dari Fara.. Jiran rumah SUS je ni.. Hahaha.. Before ni Fara ada nak order jugak dengan SUS tapi tak dapat nak terima sebab jadual keje terlampau pack.. So, sebulan lepas Fara ada nak order sesuatu lagi tak sampai hati pulak nak tolak.. Huhuhu.. Nama pun jiran kan.. ^_-

 Fara telah order casing untuk handphonenya dan dua bijik keychain untuk abangnya..

 Ni sem0 INA yang jahit.. Sejak kebelakangan ni memang INA yang banyak menjahit.. SUS poning kepala nak mengimport barang.. Wawawa.. Macam la buat bisnes import export besar-besaran.. Poyo jerkk..

 Fara tak tetapkan nak kereta apa.. Tapi INA telah pilih mini cooper sebab ianya CUTE!!!

 Untuk buat casing handphone dan keychain seperti ini INA telah gunakan polyester felt keras.. Jahitan tangan 100% digunakan untuk menyiapkan order ini.. Terima kasih kepada Fara diucapkan..

 Burfday card ni pulak adalah order dari Nisa.. Nisa telah order 2 keping card.. Card-card ini sudah pun dipos siang tadi.. Harap-harap sampai la sebelum 28 hb ni..

 Bunga-bunga dan huruf-huruf ni SUS potong guna big shot je.. Order yang senang-senang dan tak perlu pikir banyak-banyak boleh bagi SUS buat.. Yang susah-susah SUS bagi kat INA je.. Hahaha..

 Harap-harap Nisa suka la yea..

 ~~~ <3 <3 <3 ~~~

 Bahagian dalamnya SUS guna teknik stamping je.. ^_-

 Yang ini masih dalam proses untuk disiapkan oleh INA.. Nak tau apa dia??? Tunggu entry akan datang setelah mende alah ni siap k..

 Yang ini pun dalam proses untuk disiapkan juga.. SUS tukang jahit bunga-bunga je.. Hahahaha..

Yang ni pun dalam proses untuk disiapkan juga.. Sebenonya ini adalah untuk dijahit pada t-shirt untuk workshop akan datang.. SUS tukang potong-potong dan design jerkk.. Proses menjahit diberikan kepada INA supaya matanya menjadi lebih besar dari biasa yang sememangnya dah besar.. Ekekeke.. Jangan marah yea adikku!!!!

Kepada peserta workshop angry bird kita jumpa esok pagi k.. Ada juga beberapa orang peserta yang tak dapat datang disebabkan banjir.. Huhuhu... SUS salah timing buat class ke? Adakah class tak patut diadakan pada hujung tahun? Hurmmmm..

21 November 2011

SALE CUTI SEKOLAH DI KEDAI SUS!!!

Hye Readers! Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sem0.. Hari ini SUS ada berita baik.. ^_^ Sempena cuti sekolah ini  KEDAI SUS akan mengadakan potongan sebanyak 10% untuk setiap item yang dibeli di KEDAI SUS.. Potongan 10% ini tidak termasuk kos penghantaran.. Potongan 10% ini akan bermula mulai 21 Nov - 26 Nov 2011.. Kepada customer yang belum membuat payment dan inginkan potongan 10% ini diminta untuk mengisi order form baru bagi mengelakkan kekeliruan.. Minta maaf di atas kekurangan pihak kami ini..  So, apa tunggu lg?? Boleh la start shopping mulai pukul 12 tengah hari ini!!! ^_-

TERMA & SYARAT :
1. Order yangg dibuat hendaklah dalam tempoh sale iaitu 21 Nov hingga 26 Nov 2011.
2. Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 3 hari selepas tarikh order diconfirmkan dari pihak KEDAI SUS.



19 November 2011

SEKITAR FELT CRAFT WORKSHOP : COIN PURSE 18 NOV 2011

 Alhamdulillah.. Felt craft workshop semalam berakhir dengan jayanya.. Terima kasih kepada sem0 peserta kerana sudi meluangkan masa untuk menyertai workshop ini bersama SUS.. Kesem0nya ada 9 orang peserta yang telah menyertai felt craft workshop ini untuk belajar teknik-teknik yang betul menghasilkan coin purse..

 Peserta workshop sem0nya kreatif-kreatif dan mempunyai idea mereka tersendiri untuk menghias coin purse masing-masing..

 Adik-adik comel kita.. Sekolah-sekolah lagi dah pandai buat bisnes felt craft ni.. Tak segan silu juga untuk datang belajar bagi melengkapkan kemahiran diri..

 Masing-masing khusyuk meyiapkan coin purse mereka.. ^_^



 Material dan peralatan disediakan sepenuhnya oleh SUS n d FELT PRODUCT..


 Olololo.. Comeynya adik Elin kita.. Regular customer SUS ni.. Baju sekolah tak salin lagi dah datang beli-beli kat workshop SUS ni.. ^_-

 Cikgu Mira kita..

Ajar.. Jangan tak ajar.. Untuk lihat lebih gambar lagi boleh la ke fan page SUS n d FELT PRODUCT.. Kepada yang berminat untuk menyertai felt craft workshop pada hari jumaat depan 25 Nov 2011 boleh la mendaftar sekarang sebelum hari Rabu 23 Nov 2011.. Pattern yang akan diajar adalah keychain angry bird..



16 November 2011

FELT CRAFT WORKSHOP : KEYCHAIN ANGRY BIRD 25 NOV 2011

 Hi readers! Selamat hari Rabu sem0! Hari ini SUS nak update mengenai felt craft workshop pada 25 November ini nanti.. Pattern yang akan diajar adalah keychain angry bird.. Adik-adik yg cuti sekolah tu boleh la datang join workshop ni yea.. SUS tau adik-adik kat luar sana sem0nya minat angry bird kan? Mak-mak budak pun sama jugak jerr.. Tak payah nak tunggu adik-adik.. Makcik-makcik pun kenal angry bird ni.. Hahaha.. Begitu la penangan angry bird sekarang ni.. Budak tak pandai bercakap lagi pun kenal angry bird ni.. Nampak angry bird je terus jadi excited.. Kelaaaass budak-budak kecik sekarang ni..

 Begini la rupa angry bird yang akan diajar nanti.. Pendaftaran boleh dibuat selewat-lewatnya pada 23 November 2011.. Material dan peralatan sem0nya disediakan oleh pihak SUS n d FELT PRODUCT.. Minum-minum pagi juga akan disediakan.. Untuk download jadual perjalanan workshop untuk design lain boleh la klik DI SINI..

TARIKH :
25 November 2011

MASA :
9.00 am - 12.30 pm

LOKASI :
Workshop SUS, Kota Bharu, Kelantan
Untuk peta sila klik DI SINI..

YURAN :
RM15

11 November 2011

FELT CRAFT WORKSHOP : COIN PURSE 18 NOV 2011

 
Assalamualaikum & salam sejahtera.. Felt Craft workshop akan bermula pada 18 November 2011 ini hingga hujung bulan December.. Untuk jadual perjalanan workshop boleh klik DI SINI untuk download jadual.. Kepada yang berminat untuk menyertai workshop pada 18 November ini boleh la mendaftar sekarang.. Pattern yang akan diajar adalah COIN PURSE..


Material dan peralatan disediakan sepenuhnya oleh SUS n d FELT PRODUCT.. Minum-minum pagi juga akan disediakan.. Untuk mendaftar boleh la hubungi SUS di no telefon 09-7470852 atau email ke iddamelisa@gmail.com.. Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempat..

TARIKH :
18 November 2011

MASA :
9.00 am - 12.30 pm

LOKASI :
Workshop SUS, Kota Bharu, Kelantan
Untuk peta sila klik DI SINI..

YURAN :
RM20



07 November 2011

TIPS UNTUK MEMANASKAN MANIK IRON-ON DENGAN LEBIH MUDAH

 Assalamualaikum sem0.. Selamat Hari Raya Aidil Adha SUS ucapkan kepada korang sem0 yang beragama Islam.. Makan daging korban tu jangan berlebih-lebihan pulak.. Nanti naik darah susah nanti.. Hehehe.. Kali ini SUS nak kongsi sedikit tips bagaimana untuk melekatkan manik berlian iron-on dengan lebih mudah dan kemas.. Untuk tugas ini kita perlukan hot fix applicator seperti yang ada dalam gambar di atas..

 Hot fix applicator ini disertakan dengan 7 tip yang boleh ditukar mengikut size manik yang dikehendaki.. Hot fix applicator ini perlu disambung ke sumber elektrik untuk memanaskannya..

 Setelah panas boleh la tekan manik tersebut di atas felt atau apa2 jenis fabric yang dikehendaki dengan hujung tip yang telah panas..

 Kalau SUS pulak hanya suka menggunakan tip yang hot spot ni.. Sebabnya SUS xpayah nak tukar-tukar tip tersebut mengikut size manik.. Apa-apa sahaja size manik boleh dipanaskan dengan menggunakan tip hot spot ini..

 Di sini ada beberapa contoh idea menggunakan manik iron-on sebagai hiasan pada hasil felt craft.. Dengan adanya hot fix ni korang tidak perlu lagi memanaskan seterika semata-mata hanya untuk lekatkan beberapa biji manik sahaja..

 Hot fix applicator ini bukan sahaja boleh digunakan untuk memanaskan manik pada felt tetapi boleh juga digunakan untuk melekatkan manik pada baju kurung atau pun tudung korang.. Alat ini memudahkan lagi kerja kita untuk merancang penyusunan manik dengan lebih teratur dan tepat..

Hot fix applicator ini boleh didapati di KEDAI SUS pada harga yang sangat berpatutan.. Jadi, apa tunggu lagi? Lengkapkan tool box korang dengan adanya alat ini.. ^_^



04 November 2011

ORDER AYSHAH

 Terlebih dahulu SUS nak ucapkan terima kasih kepada Ayshah kerana sudi order dengan SUS.. Ayshah request untuk jahit Mr. Froggy beliau yang telah hilang disebabkan terlampau sayang dengan Mr. Froggy ni.... Ayshah email gambar Mr. Froggy ni untuk SUS tiru sebijik macam Mr. Froggy beliau yang telah hilang..

 Tapi SUS tak dapat la nak tiru sebijik sejiban sebab tangan yang membuatnya lain dengan orang yang sebelum ni buat.. Berpandukan gambar yang diberikan SUS print je gambar tu.. Pastu pass kat INA suwoh dia jahit.. Wawawa.. Dah print tu pe lagi.. Gunting dan tekap je la kat atas felt.. Ramai yang tanya SUS macam mana nak buat pattern kartun contohnya cam angry bird.. Prosesnya sama jugak.. Macam ni jugak SUS dan INA buat.. Ada yang siap mintak dengan SUS nak pattern angry bird.. SUS memang tiada pattern sendiri.. Tiap kali nak buat SUS akan google je gambar-gambar kartun ni.. Bila SUS cakap camni je caranya siap ada yang tak percaya pulak.. Siap cakap SUS kedekut la.. Tipu la.. Takde maknanya okiey..
 SUS harap kenyataan ni dapat menjawab persoalan di minda korang mengenai pattern kartun yang SUS dapat.. Kepada yang pandai melukis tu adalah satu kelebihan kerana anda boleh melukis sendiri pattern tersebut.. Yang tak berapa pandai melukis tu boleh la tiru cara SUS ni yea..

 Yang hilang sekor je.. Tapi Ayshah request dua ekor untuk diberikan kepada seseorang yang istimewa..
 ^_-

Pasangan froggy ni telah pun diambil sendiri oleh Ayshah di workshop SUS semalam.. Terima kasih banyak-banyak diucapkan..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...