PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

30 March 2013

HARD DISK CASING BUATAN SENDIRI

Selamat Hari Sabtu sem0!
Alhamdulillah.. Pada entry yang lepas SUS dah tunjukkan macam mana nak gunakan Vario Plier untuk memasang snap button.. Mesti korang tertanya-tanya yang snap button tu dipasang pada 'mende' kan? Snap button tu dipasang pada sarung hard disk ni.. Ni sarung hard disk INA.. Maklum la.. Hard disk baru beli.. Rajin la nak buat sarung bagai.. Hahaha..

Simple je sarung hard disk ni tapi tetap sweet apabila dihiasi dengan taburan butang daripada Koleksi Simfoni..

Pandangan dekat snap button pada penutup hard disk ini.. Sangat mudah untuk dibuka dan ditutup.. Tutorial cara-cara untuk memasang snap button ini boleh klik DI SINI..

Sarung ni memang diukur muat-muat untuk hard disk kepunyaan INA..

Dua layer felt digunakan untuk lebih tegap dan tahan lama..

Tunggu apa lagi? Jom! Kita sama-sama buat sarung untuk barang-barang peribadi kita.. Kalau dah sayang mesti la kita belikan baju bagi melindungi permukaan hard disk or handphone korang daripada calar kan?.. Ianya lebih bernilai peribadi jika sarungnya dibuat sendiri oleh tuannya.. Kompem! Lain daripada yang lain giteww.. Takde jual kat kedai punye!

Enjoy!


SUPPLIES :



25 March 2013

TUTORIAL MEMASANG SNAP BUTTON

Assalamualaikum sem0!
Hari ini SUS akan tunjukkan bagaimana untuk menggunakan Vario Plier daripada PRYM ni.. Produk PRYM merupakan produk daripada German dan berkualiti tinggi.. Vario Plier ini bukan sahaja boleh memasang eyelat, tapi boleh jugak memasang snap button.. Apa yang korang perlukan adalah tapak snap button yang berwarna putih seperti dalam gambar di atas..

Untuk dapatkan tapak tersebut, korang perlu membeli starter pack untuk snap button mengikut size yang korang kehendaki.. Tapak ini boleh ditukar-tukar pada plier mengikut size snap button korang..

 Sebelum menggunakan plier ini, buka dahulu besi yang memegang plier ini.. Kegunaan besi ini adalah untuk menetapkan kedudukan kepala plier.. Takde la terkangkang je nanti.. Jimat space untuk disimpan.. Ekekeke..^^

 Kemudian, pasangkan tapak snap button pada kepala plier seperti dalam gambar di atas..

 Letakkan snap button pada ruang tapak yang disediakan.. Untuk permukaan tapak yang rata, hendaklah diletakkan snap button yang permukaannya rata jugak dan begitu la sebaliknya..

Untuk mengelakkan button yang dipasang nanti senget, korang dinasihatkan untuk menanda dahulu kedudukkan button yang ingin diletak terlebih dahulu..

Setelah selesai menanda, korang boleh la terus 'ngap' button tersebut pada bahagian yang ditanda tadi.. SUS harap gambar di atas jelas dan mudah difahami oleh korang..

Begini lah hasil snap button yang telah siap dipasang.. Mudah kan?? Selamat mencuba!


SUPPLIES :



24 March 2013

PENDAFTARAN BENGKEL ASAS KRAFTANGAN FELT DIBUKA SEKARANG!

Assalamualaikum sem0!
Pada 29 MAC 2013 ini akan dianjurkan Bengkel Asas Kraftangan Felt bersama SUS.. Tempat adalah terhad kerana SUS hanya menerima 10 orang peserta sahaja.. Jika korang berminat untuk menyertainya, boleh la hubungi Bella di talian 09-7470852 untuk booking tempat dan deposit RM10 diperlukan..

Di dalam bengkel ini nanti akan diajarkan 4 jenis asas jahitan bersama 3 pattern iaitu Keychain Love, Brooch Burung Hantu dan Hairclip Bunga.. Setiap peserta juga akan diberikan modul bercetak untuk rujukkan selepas bengkel..

Jangan lambat-lambat daftar tau.. Nanti melepas! ^^

Have a nice day!



23 March 2013

BANTAL MUCUK-MUCUK BABY

 Selamat Hari Sabtu sem0!
Alhamdulillah.. Bantal-bantal mucuk ni telah pun selamat dihadiahkan kepada Baby Akid & Baby Inas.. Baby-baby ni merupakan anak sepupu SUS.. Kedua-dua bantal ini adalah hasil jahitan INA.. Moga-moga baby-baby yang comel ini menjadi anak yang solehah dan berbakti kepda kedua ibu-bapa mereka..

 Disebabkan ramai yang bertanya bagaimana dan bahan apa yang digunakan untuk menghasilkan bantal ni, SUS akan ceritakan serba ringkas hari ni.. Sarung bantal ni menggunakan kain cotton je.. Cuma hiasan nama pada bantal ini menggunakan felt keras kerana ianya lebih tahan lasak untuk kegunaan harian dan dibasuh selalu.. ^^

 Semuanya menggunakan jahitan mesin jahit.. Kecuali huruf-hurufnya tu INA jahit menggunakan tangan satu-satu.. Sama jugak dengan butang.. Hehehe..

 Huruf-huruf ni dipotong menggunakan dies Memory Large Parker Uppercase Alphabet Set.. Dies ini perlu digunakan bersama mesin Big Shot yea.. Dies ni bukannya pattern atau template untuk korang main tekap-tekap.. BUKAN! BUKAN! dan BUKAN! Dies ni merupakan acuan mata pemotong mesin Big Shot..

 Untuk nampak lebih sweet lagi bantal ni, INA bubuh ribbon pada pintu masuk sarung bantal ni.. Hahaha..

 Butang-butang yang digunakan adalah dari koleksi Butang Simfoni..

Tak susah mana pun jahit sarung bantal ni.. Patternya kotak-kotak je.. Korang boleh buat ukuran mengikut kesukaan korang.. Kemudian, cantumkan dan jahit! Untuk bantal kecik kat dalam tu pun INA ibuat sendiri mengikut size yang dikehendaki.. Korang cari je kain cotton putih, lepas tu sumbat fiber sampai kembung dan muncit-muncit.. Senang kan??? INA yang jahit bantal ni.. Nape aku pulak yang kena bercerita ni.. Hish! Tak boleh jadi ni.. Kena ada slot untuk INA membebel sendirik kat sini..

Sampai sini sahaja dulu.. Enjoy!


SUPPLIES :


21 March 2013

MAC FELT KIT 2013 ~ DONUT COMEL



Assalamualaikum sem0!
Untuk pengetahuan anda, Mac Felt Kit telah pun mula dijual di e-store SUS.. Mac Felt Kit kali ini merupakan hasil kolaborasi SUS n d FELT PRODUCT bersama Sekocinorlie.. Pemiliknya Puan Norliza Samingon menrupakan krafter yang tidak asing lagi di Malaysia.. Hasil kraftangan beliau sememangnya menjadi dambaan ramai terutamanya bagi pasangan-pasangan yang akan melangsungkan hari bahagia mereka.. Korang boleh menempah bunga tangan dengan beliau mengikut design dan tema perkahwinan korang.. Menarikkan?? Jangan lupa untuk singgah di blog beliau ok! Kompem korang akan menjadi rambang mata untuk memilihnya.. Siapkan kopi  sekali tau.. Memang tak cukup 1 malam untuk menerjah blog beliau.. Hahaha.. ^^

Ini adalah antara bahan yang diberikan di dalam Mac Felt Kit.. Bahan-bahan yang diberikan cukup untuk membuat 2 biji donut.. Tutorial yang lengkap bergambar beserta pattern juga turut termasuk dalam pakej Mac Felt Kit..

Comel kan donut ni?? Sangat gebu pulak tuuu.. Rasa nak ngap~ngap je! Jangan risau sebab donut ni takde kalori.. So, korang boleh makan banyak-banyak.. Ekekeke.. Kalau korang nak mengetahui rahsia bagaimana untuk menghasilkan donut comel dan sangat gebu seperti ini, cepat-cepat lah dapatkan Mac Felt Kit!

Enjoy!



20 March 2013

SELAMAT DATANG KE KELUARGA SUS!

Assalamualaikum sem0!
Apa khabar korang? Buat apa hari Rabu macam ni? Yang kerja tu teruskan lah bekerja.. Akak-akak yang surirumah pun sibuk bekerja jugak menguruskan rumah dan keluarga.. Adik-adik pulak sudah pastinya kena study!! Hehehe.. SUS dan team seperti biasa dengan kehidupan di workshop melayan pelanggan-pelanggan yang kami anggap cukup istimewa.. Kalau takde pelanggan yang datang rasa seperti tak lengkap je hidup hari ini.. Team SUS juga amat rindukan panggilan-panggilan telefon daripada pelanggan kami.. So, korang jangan malu-malu untuk contact team SUS melalui telefon jika mengalami sebarang masalah dengan order anda.. Jangan tinggalkan komen-komen di FB kerana SUS khuatir korang mendapat respon yang lambat dari SUS.. Sebab SUS layan FB time ada kelapangan sahaja.. SUS dah tubuhkan satu team di bahagian sales untuk menjaga order anda.. Jika ada sebarang masalah boleh la cari diorang.. Mereka sedia berkhidmat untuk anda.. ^^
Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah di sebalik tabir SUS n d FELT PRODUCT.. SUS akan update satu-satu yea.. Hari ni SUS mulakan degan co-crafter SUS dahulu iaitu Nurul Hikmah..

Nurul Hikmah merupakan seorang anak muda yang sangat berbakat dalam bidang kraf ini.. Beliau baru sahaja berumur 19 tahun.. Mula bersama team SUS sejak setahun yang lalu.. Beliau banyak membantu SUS menyiapkan kerja-kerja kraftangan sama ada untuk tempahan mahu pun jualan ready made.. Kali ini beliau tampil dengan design sendiri iaitu keychain SI BANI yang teramat comel dan kiut-miut..

Ini lah tuan empunya badannya.. Yang di sebelah kanan ni ok.. Cantik kan?? Yang gigi besi dan tak cantik tu INA.. Jangan tertukar yea.. Ekekeke.. Kalau ada yang nak berkenalan tu boleh la jenguk-jenguk FB beliau.. Rasanya masih single.. Tak tau la Hikmah nak approve ke tak.. Akak ko dah tolong promote ni.. Pilih yang hensem-hensem tau.. Ekekekeke..

Enjoy!



18 March 2013

HAIRCLIP SIMPLE & CUTE

Assalamualaikum sem0!
SUS sangat enjoy buat hairclip sebenarnya sebab ianya sangat mudah dan simple.. Lagi-lagi kalau korang ada Big Shot.. Sejak dua menjak ni SUS amat sukakan dengan ton warna seperti ini.. Iaitu smokey black, biru turqoise, peach dan cream.. Mungkin juga disebabkan faktor warna baru yang baru je masuk ke e-store SUS.. Ekeke.. So, mesti lah ada rasa gatal-gatal nak mencuba kan?? Hahaha..

Apa-apa pun, warna smokey black ni korang dah boleh mula dapatkannya di e-store SUS.. Memang cantik warnanya sebab tak terlalu gelap seperti warna hitam mati yang sedia ada.. Amat sesuai untuk digabungkan dengan pelbagai warna lain..

Untuk buat hairclip seperti ini korang tidak memerlukan skill yang tahap tinggi.. Adik-adik kat rumah pun boleh cuba sebab hanya tampal-tampal sahaja.. ^^

Kuntuman bunga pusing ni pun SUS potong dengan bantuan dies dan mesin Big Shot.. Untuk mengetahui pattern dies yang mana, SUS akan senaraikan di hujung entry ini..

Di Bahagian belakang bunga ni SUS tampalkan alligator clip.. Aisehh!! Camne boleh lupa nak ambil bahagian belakang.. Tapi korang boleh refer pada entry lepas.. SUS ada buat hairclip yang lebih kurang macam ni.. Cuma design bunga je yang lain..

Moga-moga korang mendapat sedikit inspirasi daripada entry SUS kali ini..
Enjoy!


SUPPLIES :



11 March 2013

PENDAFTARAN KELAS MENJAHIT COIN PURSE

Assalamualaikum sem0!
Pada 16 Mac 2013 ini akan diadakan Kelas Kraftangan Felt bersama SUS di USM Kubang Kerian.. Kalau korang berminat untuk menyertainya diharap dapat mendaftarkan diri secepat mungkin kerana tarikh tutup pendaftaran adalah pada 13 Mac 2013.. Modul yang akan diajar adalah 'Coin Purse' yang sangat comel untuk kegunaan harian.. ^^

Maklumat lanjut boleh la refer pada poster di atas.. Kalau ada yang kurang jelas dan korang ingin bertanya mengenai kelas ini boleh la hubungi krew yang bertugas iaitu Faizah dan Bella..

Terima kasih & enjoy!



06 March 2013

BELLA HAIRCLIP

 Assalamualaikum sem0!
Akhirnya digagahkan jua diri ini untuk meng'update' blog kesayangan ini.. Macam mana la penyakit 'M' ni boleh datang.. 'M' adalah sejenis penyakit malas akibat kekurangan vitamin 'M'.. Banyak yang nak share dengan korang tapi tersekat-sekat perjalanan untuk mengadap lappy yang sebijik ni.. Hahaha.. Nasib baik keje sendirik.. Kalau tak memang dah kena bambu dengan boss.. Adeh! Tapi masalah jugak kalau keje sendirik tapi time management berterabur dan tidak berdisiplin.. Bab ni memang kena jaga betul-betul.. Time management memang kena mantopss! Ramai yang beranggapan keje sendirik ni boleh sesukati je nak keje time bila.. Rata-rata juga beranggapan mereka berada di zon selesa dan akibatnya ramai yang bertahan sampai separuh jalan sahaja.. 
Alhamdulillah kerana setakat ni SUS boleh menguruskan masa sebaik mungkin untuk menguruskan bisnes keluarga ni.. Cuma kalau penyakit 'M' ni datang hanya melibatkan sesi nak meng'update' blog je.. Ekekeke.. Cabaran bekerja sendirik di rumah ni memang besar tau.. Sebab ramai yang menganggap kita boleh diganggu pada bila-bila masa sahaja.. Tak kira siang atau malam kerana mereka menganggap kita ni kejenya rilex je sebab buat kat rumah.. Orang di sekeliling rumah kita juga berharap pada komitmen kita kerana kita berada di rumah.. Terutamanya wanita-wanita yang mempunyai anak.. Cabaran mereka lebih besar kerana perlu pandai membahagikan masa dari segi komitmen kerja dan menjaga anak.. Di sini ada kelebihan pulak kepada wanita yang bekerja sendirik kerana mereka boleh membahagikan masa dengan lebih flexibel untuk meluangkan masa bersama anak-anak..
Bagi SUS yang belum ada anak ni.. Waktu kerja sama sahaja seperti orang lain yang bekerja di ofis.. Pukul 9 pagi - 1 petang keje.. 1 petang - 2 petang pulak rehat.. 2 petang - 6 petang sambung balik keje.. Malam-malam tu boleh la buat overtime sambil tengok tv.. Hahaha.. Kalau En. Suami balik waktu bekerja SUS ada sedikit berubah la.. Sebab tengah hari nak kena masak.. Jadi, SUS akan gantikan pada sebelah malam sehingga pukul 10 malam.. Lepas tu kena layan En. Suami la pulak.. Ooooppsss!! Dah ada anak nanti mungkin jadual SUS ni akan berubah jugak.. Ecececeh.. Sudah berangan nak ada anak ni.. Memang kena pulun time anak tido.. Hahaha..

Huh! Panjang pulak entry ni dalam keadaan berpenyakit.. Hahaha.. Tak silap dalam 2 minggu lepas SUS siapkan Bella Hairclip ni bersama INA.. Nak buatnya pun sangat mudah kerana skill yang korang perlu ada hanya pintal-pintal dan tepek-tepek sahaja..

Peralatan keramat yang korang perlu ada adalah mesin Big Shot.. Hehe.. Peralatan dan bahan lain yang diperlukan akan SUS senaraikan di penghujung entry ini..

Untuk bunganya SUS gunakan felt lembut.. Tapaknya pulak SUS gunakan felt keras.. Kalau korang nak guna felt lembut pun tiada masalah.. Ikut pada keselesaan korang..

Sampai di sini sahaja dahulu.. Jumpa lagi.. Enjoy!


SUPPLIES :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...