PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

18 March 2013

HAIRCLIP SIMPLE & CUTE

Assalamualaikum sem0!
SUS sangat enjoy buat hairclip sebenarnya sebab ianya sangat mudah dan simple.. Lagi-lagi kalau korang ada Big Shot.. Sejak dua menjak ni SUS amat sukakan dengan ton warna seperti ini.. Iaitu smokey black, biru turqoise, peach dan cream.. Mungkin juga disebabkan faktor warna baru yang baru je masuk ke e-store SUS.. Ekeke.. So, mesti lah ada rasa gatal-gatal nak mencuba kan?? Hahaha..

Apa-apa pun, warna smokey black ni korang dah boleh mula dapatkannya di e-store SUS.. Memang cantik warnanya sebab tak terlalu gelap seperti warna hitam mati yang sedia ada.. Amat sesuai untuk digabungkan dengan pelbagai warna lain..

Untuk buat hairclip seperti ini korang tidak memerlukan skill yang tahap tinggi.. Adik-adik kat rumah pun boleh cuba sebab hanya tampal-tampal sahaja.. ^^

Kuntuman bunga pusing ni pun SUS potong dengan bantuan dies dan mesin Big Shot.. Untuk mengetahui pattern dies yang mana, SUS akan senaraikan di hujung entry ini..

Di Bahagian belakang bunga ni SUS tampalkan alligator clip.. Aisehh!! Camne boleh lupa nak ambil bahagian belakang.. Tapi korang boleh refer pada entry lepas.. SUS ada buat hairclip yang lebih kurang macam ni.. Cuma design bunga je yang lain..

Moga-moga korang mendapat sedikit inspirasi daripada entry SUS kali ini..
Enjoy!


SUPPLIES :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...