PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

31 December 2011

BANTAL INI SUS YANG PUNYERR..

 Fuhhh!! Lega rasanya dapat habiskan workshop tiap-tiap minggu selama 2 bulan ni.. Lepas ni boleh la SUS & INA fokus buat mende lain pulak.. Yeay!!! Workshop yang akan datang insyaAllah SUS akan buat sekali pada bulan February nanti.. Pape hal SUS akan inform dari masa ke semasa okiey.. ^__^

Bantal ni saje-saje je buat untuk jadi hiasan di workshop SUS bagi menceriakan suasana.. Untuk body bantal ni SUS guna kain cotton biasa je.. Selain kain cotton boleh jugak guna kain flannel (actually flannel ni pun sejenis kain cotton jugak..cuma jenis lain..), fleece, felt lembut atau apa sahaja fabric yang difikirkan sesuai untuk kegunaan bantal ini.. Kalau digunakan untuk peluk-peluk buat bantal mucuk haruslah menggunakan fabric yang tahan lasak, selesa dan sejuk untuk digomol-gomol.. Ekekeke..

 Untuk hiasan bantal ni pulak SUS gunakan felt keras (polyester) kerana sifatnya yang tahan lasak dan mudah untuk dipotong mengikut kehendak kita seperti huruf.. Huruf-huruf ni hanya dijahit tangan sahaja.. Kalau guna mesin tak boleh dapat hasil setepat dan sekemas ini melainkan guna mesin jahit berkomputer yang diprogramkan.. Hanya sekeliling body bantal je SUS jahit guna mesin jahit.. Oooopss!!! Silap-silap.. Bukan SUS yang jahit sebenonya.. INA yang jahit sem0 ni.. SUS bagi idea je.. Hehehehe..

 Taraaaaa!!! Kekura ni je yang SUS jahit.. Ngeh3x..

 SUS ada la siapkan sikit-sikit headband bunga crochet untuk dijual di bahagian handmade di e-store SUS.. Ni je yang sempat buat masa ni.. Design-design lain tungggguuuu yea..

 Diingatkan sekali lagi.. Bunga-bunga crochet ni bukan SUS yang kait okiey.. SUS tak pandaiiii!!! SUS hanya attachkan pada headband je..^__-

Bunga-bunga crochet yang cantik ini dikait oleh Kak Aiysah Helga dari My Tinker Space..


SUPPLIES :
Kain cotton love-love boleh beli di IKEA



28 December 2011

JOM BELAJAR MELALUI MAJALAH DARA.COM

 Hi all!!!
Syukur alhamdulillah.. Dua ajaran SUS mengenai  felt craft telah pun keluar dalam majalah Dara.com untuk edisi 115 - Jan 2012.. Cepat-cepat la gi beli kat kedai sebelum kehabisan stock.. Hehehe.. Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Kak Ima kerana sudi memanggil SUS untuk memenuhi ruangan Buat Sendiri kelolaan beliau..

 Untuk memudahkan korang untuk mencuba dan mencari materialnya, SUS akan tolong senaraikan di bawah ini yea.. ^__^

SUPPLIES (Magnet Oreo) :

 SUPPLIES (Cekak Cinta Hati) :

 Jangan jewles yea korang.. Masa SUS gi studio karangkraf untuk penggambaran kitorang terserempak dengan Lisa Surihani.. Chumel je orangye..

 Ni pulak sesi bergambar untuk kenang-kenangan bersama Kak Ima dan juga abang cameraman..
Dari kiri : Mr. Alif, INA, Hikmah, SUS, Kak Ima dan abang cameraman (tak tau nama abang ni..ngeh3x..)..

Tak cukup kat dalam studio.. Luar studio pun kitorang tibai bergambar jugak.. Hahahahaha..

Enjoy!



27 December 2011

BUTTON COMEY-COMEY

 Happy Tuesday!
Hari ni SUS nak kongsi sedikit dengan korang mengenai minat SUS dengan button.. SUS sangat-sangat teramat la suka kumpul button yang comey-comey.. Kalau korang perasan di e-store SUS button la yang paling banyak sekali ada kat bahagian supplies.. Ekekeke..

 Mende simple yang SUS paling suka buat dengan button ni adalah buat cincin.. Sangat mudah untuk disiapkan.. Hanya perlu gam-gam dan main mix & match dengan button yang pelbagai bentuk dan color.. Ini juga merupakan salah satu terapi yang cukup bagus kalau ada rasa tensen-tensen.. Kenapa? Tak percaya ke? Kalau tak percaya sila cuba try test.. Kompem korang akan berada di alam korang sendiri dengan bermain dengan button-button tersebut..

TIPS : Pastikan button yang digunakan adalah yang chumel-chumel dan mempunyai color menarik.. Hahaha..



 Tangan model yang paling mahal ni.. Hahahahahaha..

 Ramai yang bertanya pada SUS ada jual ballchain tak? Sebenarnya ada cuma dah lama SUS tak restock sebab susah nak dapatkan stock.. Tapi sekarang ni SUS sudah pun restock dan boleh dibeli di e-store SUS.. Best kan??

 Dengan bermain dengan susunan button, pokok yang simple ini menjadi lebih sweet gitu..

 Button-button seperti ini boleh dapatkannya di e-store SUS okiey! ^__^

Button-button ni sem0 SUS import dari US.. Kalau rasa ter'inspire' dengan hasil keje SUS yang tak seberapa ni korang boleh dapatkan material-materialnya seperti yang SUS linkkan di bawah.. Hihihihi..

Terima kasih kerana membaca pada hari ini!!!


SUPPLIES :



21 December 2011

ORDER SIU UAN

 Ini lah dia pencil case angry bird yang diorder oleh Siu Uan.. Terima kasih banyak-banyak diucapkan kerana tabah menunggu order disiapkan.. Siu Uan merupakan customer setia SUS yang sangat sweet.. Kalau datang workshop SUS mesti ceria je dan tak lokek dengan senyuman.. ^____^

 Kalau nak belajar buat pencil case seperti ini boleh la beli E-BOOK VOLUME 1..

 Untuk mengetahui bahan-bahan atau jenis felt yang SUS gunakan untuk hasilkan pencil case seperti ini boleh rujuk senarai supplies di bahagian bawah sekali yang SUS telah siap linkkan ke e-store..

 Untuk button seperti ini pulak tiada stock buat masa sekarang.. Tapi dalam range color yang lain masih ada stock lagi..

Pencil case ini dilining dengan kain cotton.. 
SUS akhiri entry hari ni dengan SALAM CERIA!!!


SUPPLIES :



20 December 2011

WEBSITE SUS n d FELT PRODUCT SUDAH DILANCARKAN

Alhamdulillah.. Website SUS n d FELT PRODUCT telah pun dilancarkan hari ni.. Kepada pelanggan yang mahu membeli kena la join sebagai member dulu yea.. Pembelian melalui website ini sangat mudah.. Pelanggan tidak lagi perlu nak tunggu kitorang reply email ke apa.. Boleh bank in terus setelah check out.. Kalau nak order pukul 2-3 pagi pun takpe sebabnya memang korang akan dapat total harga terus dan boleh bayar terus.. Best kan? Cuma kalau ada apa-apa pertanyaan melalui email dan telefon kitorang hanya jawab pada waktu pejabat sahaja.. Hari cuti workshop kitorang kosong.. Takde yang sanggup nak buat overtime sebab kompem SUS takkan bayar.. Hahahaha.. Dalam seminggu tu mesti la kena rehat sehari kan? Kalau berterusan keje je tak produktif jugak.. Betol tak? Disebabkan SUS beroperasi di negeri Cik Siti Wan Kembang makanya hari Jumaat adalah hari tutup kedai.. Penghantaran juga tidak dilakukan pada hari Jumaat dan Sabtu..

Untuk mengetahui cara-cara membeli dan membayar di e-store SUS ini boleh la ke CUSTOMER SUPPORT.. Jika nak hubungi pihak SUS boleh la email ke sales@susndfeltproduct.com atau telefon terus ke workshop SUS di no. telefon 09-7470852..


Hari ni juga SUS berasa sangat happy sebab dapat keluar paper Sinar Harian di ruangan Niaga Online.. Terima kasih diucapkan kepada wartawan Sinar Harian iaitu Kak Salwani kerana sudi menemuramah SUS.. ^__^









Hahaha.. Tak muat scanner pulak nak scan 1 page.. Terpaksa la ada 2 kerat camni.. Kui3x.. Layankan je la eh..












19 December 2011

FELT CRAFT WORKSHOP : HEADBAND BUNGA2 161211

 Wahh!!! Lega rasanya dapat habiskan workshop jumaat lepas.. Ada dua kali je lagi workshop akan diadakan bagi penutup tahun 2011.. Penat jugak buat workshop tiap-tiap minggu ni.. Tahun depan boleh la rehat sket.. Sket-sket jerrr.. Rehat-rehat banyak-banyak tak dapat lerrr.. Banyak lagi keje yang perlu dibereskan.. Ekekeke..

 Sila-sila la menjamu mata dengan gambar-gambar aksi peserta semasa workshop dijalankan..

 Adik Masyitah..

 Cikgu Miera..





 Peserta berpeluang menggunakan big shot untuk potong-potong felt menjadi kepingan kelopak bunga.. Kepada yang berminat nak beli big shot ni boleh datang beli di workshop SUS yea.. Ada macam-macam design die/mata yang baru sampai..



 Sweetnya pasangan adik-beradik ni.. Eza & Eja.. ^___^

 Kak Alia & Siu Uan..

 Tu dia.. Cikgu Miera kite..

 Izyan & Ruby..

SUS & adik Aina.. Terima kasih yang tak terhingga SUS ucapkan kepada peserta sem0.. Jumpa lagi di lain masa!!



15 December 2011

FELT CRAFT WORKSHOP SUS

 Wellow kawan-kawan!! Seperti yang dijanjikan SUS akan update mengenai felt craft workshop pada dua minggu lepas yang telah berlalu.. Ini la peserta-peserta workshop SUS pada 9 December 2011 yang lepas.. Mata pelajaran yang diajar adalah jahit felt pada t-shirt..

 Setiap peserta nampaknya bersungguh-sungguh nak siapkan t-shirt ni.. Akhirnya terpaksa mnengalah juga dengan hanya dapat menyiapkan rama-rama sekor je.. Ingat senang ke nak siapkan sehelai t-shirt dlm masa beberapa jam sahaja.. Ketelitian dan ketekunan yang tinggi amat la diperlukan yea.. Jika korang dapat menjaga kualiti jahitan felt pada t-shirt ni memang boleh letak harga baik punyerr.. ^___^


 Anak murid SUS yang paling muda sekali.. Masyitah ni baru darjah 4 yea.. Esok kita jumpa lg yea dik..

 Hish! Garangnya muka cikgu ni.. Takot la nak gi class camni.. Wawawa..
 Kombinasi color yang menarik dapat menaikkan lagi seri t-shirt korang walaupun designnya simple jerr..

 Min siap sarung terus t-shirt dia.. I loiiike!!!

 Terima kasih kepada sem0 peserta  SUS ucapkan.. Untuk part nama pada baju tu harap-harap dah siap jahit kat rumah yea.. Hehehe..

 Yang ni pulak workshop pada 16 December 2011 minggu lepas.. Mata pelajarannya adalah asas jahitan felt craft..



 Masuk workshop asas jahitan felt ni akan diberikan buku yea..

 Hasil yang dah siap oleh peserta-peserta..

 Kak Alia..

 Dik Eza..

Siu Uan..

Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada sem0.. Kepada yang join workshop SUS esok kita jumpa lagi yea.. Balik-balik muka SUS jugak korang jumpa.. Mesti bowink kan.. Keh3x.. Tak pe la.. Nanti SUS ngan INA cari idea pattern lain pulak untuk buat workshop.. Supaya korang akan jumpa lagi muka SUS ni di hujung-hujung minggu.. PEACE!!!

Di sini SUS nak ambil kesempatan nak inform kepada korang sem0 yang URL blog SUS ni dah tukar kepada http://susndfeltproduct.blogspot.com

Nantikan juga pelancaran website SUS yang merupakan e-store rasmi SUS n d FELT PRODUCT pada 20 December 2011 nanti..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...