PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

29 April 2012

CARA-CARA MEMBUAT FRIDGE MAGNET ICE CREAM

 Selamat malam Isnin sem0! SUS tau ramai yang dah tak sabar nak belajar macam mana nak buat fridge magnet ice cream ni kan? Mula-mula seperti biasa la.. Trace dan guntingkan pattern ice cream tersebut seperti dalam gambar.. Bahagian konnya gunakan felt keras, manakala bahagian atas ice cream pula gunakan felt lembut..

 Setelah siap digunting, pasangkan brad pada bahagian atas ice cream mengikut citarasa.. Untuk cara-cara memasang brad dengan lebih terperinci lagi sila klik DI SINI..

 Setelah brad siap dipasang, tangkupkan kedua-dua felt bahagian atas ice-cream ini dan dijahit sekelilingnya dengan jahitan backstitch.. 2 layer benang digunakan untuk jahitan ini.. Kepada yang belum mahir jahitan backstitich ini, korang boleh belajar melalui Buku Tutorial Starter Kit.. ^ ^

 Tinggalkan sedikit ruang sebelum jahitan dihabiskan untuk memasukkan fiber.. Fiber hendaklah diisi jangan sampai terlalu kembung.. Hanya sedang-sedang sahaja kerana kita tak mahu ianya terlampau gemuk sehingga bulat..

 Selepas bahagian atas ice cream siap dijahit, ambil benang cross-stitch dan ikatkan pada button seperti dalam gambar di atas.. Masukkan benang tersebut dari bahagian bawah button.. Korang tidak semestinya menggunakan benang cross-stitch.. Apa sahaja jenis benang yang tebal atau tali boleh digunakan untuk menjadi penyeri button ini..

 Ini merupakan bahagian atas button..

 Begini la hasilnya setelah benang tadi dimasukkan dari bahagian bawah button.. Ikatkan benang tersebut untuk membentuk bow.. Caranya sama sahaja seperti mengikat tali kasut korang.. =P

 Setelah ikatan bow siap.. Guntingkan bahagian hujungnya yang lebih dan jangan biarkan panjang seperti di dalam gambar ini.. Hahaha..

 Untuk bahagian konnya pula.. Lukiskan garis-garis kon menggunakan erasable marker sebagai penanda untuk menjahit corak kon ice cream..

 Jahitkan jelujur mengikut tanda garisan yang telah dibuat dengan empat layer benang untuk efek tebal..

 Apabila sudah siap dengan jahitan untuk corak kon, tangkupkan kedua-dua felt untuk bahagian kon tadi dan jahitkan pula sekelilingnya dengan jahitan backstitich.. SUS gunakan 2 layer benang sahaja..

 Panaskan glue gun dan gamkan bahagian kon ice cream dan bahagian atasnya..

 Gamkan bula button tadi yang telah siap diikat bow..

 Magnet pula digamkan di bahagian belakang ice cream..

Begini la fridge magnet SUS yang telah siap.. Korang boleh pelbagaikan lagi hiasan untuk topping ice cream ni.. SUS tunjuk yang simple je sebab SUS tak berapa pandai cam korang.. ^__-

Selamat mencuba!! SUS dah masuk tido ni.. Ngantooookkksss.....


SUPPLIES :



25 April 2012

FELT CRAFT WORKSHOP PADA 4 & 5 MEI 2012


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada 4 & 5 Mei 2012 ini akan diadakan bengkel felt craft bersama SUS di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan. Jika anda berminat boleh la mendaftar dengan pihak penganjur iaitu Cik Fa'izah di no. telefon 014-5201703. Harga istimewa akan diberikan kepada pelajar USM. Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 29 April 2012.. Deposit sebanyak 50% diperlukan untuk booking tempat.. Jika peserta gagal menghadirkan diri pada hari bengkel dijalankan, deposit tersebut tidak akan dipulangkan.

Peserta boleh memilih untuk menyertai 1 bengkel atau pun 2 bengkel.. Jika anda memilih untuk menyertai 2 bengkel, harga istimewa akan diberikan.. ^ ^

Tarikh :
4 & 5 Mei 2012

Tempat :
Bengkel Pengajaran 1
(berhampiran Kedai Che Din)

Hari Pertama :
Keychain lollipop & brooch bunga kemboja

Hari Kedua :
Sarung telefon bimbit

Yuran :
PELAJAR USM
1 bengkel RM30
2 bengkel RM50

STAFF & ORANG LUAR
1 bengkel RM40
2 bengkel RM70


Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh hubungi workshop SUS : 09-7470852 atau Cik Faizah : 014-5201703..

Bahan-bahan adalah disediakan.. Peserta hanya perlu datang menghadirkan diri sahaja.. Makan tengah hari juga akan disediakan..

JOM!!! Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad.. ^__^



23 April 2012

MAY FELT KIT OTW ~~~

 Hi sem0 dan selamat malam!
Team SUS sekarang ni bekerja keras untuk menyiapkan May Felt Kit yang akan mula dijual pada 25 April ini.. Jadi, korang sem0 jangan ketinggalan untuk memiliki felt kit ini kerana ramai yang gigit jari tak dapat nak beli April Felt Kit.. Hehehe.. Felt kit keluaran SUS n d FELT PRODUCT setiap bulan ini adalah stock terhad yea.. Sekiranya stock dah habis, ianya tidak akan direstock lagi.. ^ ^

 Button yang kiut miut sudah pastinya menjadi pelengkap eksesori felt kit ini..

 Semuanya dipacking dengan teliti..

 Apakah kegunaan tali-tali ini?? Tunggu tutorialnya keluar yea kawan-kawan.. ^__^

 Antara material yang terdapat dalam May Felt Kit..

 Yummy!!! Simpan siap-siap wang korang untuk May Felt Kit pada harga hebat..

 Beberapa jenis button baru juga telah dibawa masuk ke e-store kami..

Headband pattern baru juga akan dibawa masuk ke e-store kami.. SUS harap korang sem0 enjoy dengan item baru dan program yang pihak kami jalankan bagi memenuhi keperluan korang sem0.. Terima kasih di atas sokongan yang telah korang berikan..



19 April 2012

WEDDING PHOTOGRAPHER MINI EXHIBITION 2012

 Hi sem0! Minggu lepas SUS baru sahaja selesai menjoinkan diri dengan Wedding Photographer Mini Exhibition 2012 di Hotel Rebana, Kota Bharu.. Sememangnya sesuatu pengalaman yang menyeronokkan kerana dapat berkenalan dengan ramai kawan baru dan berkongsi ilmu dengan photographer profesional di sana.. Dapat la SUS cedok sikit-sikit tips untuk mengambil gambar yang cantik.. Hahaha..

 Contoh pelamin yang dipamerkan di sana..

 Suasana di pameran tersebut.. Pagi-pagi takde orang lagi.. ^__-

 Model-model yang menggayakan pakaian pengantin..

 Bunga tangan yang berjaya disiapkan dalam 1 malam je.. Khas untuk pameran ni bagi memenuhkan meja kitorang.. Hahahahaha..

 Editor dari majalah Pesona Pengantin berkenan untuk masukkan headband-headband yang dihasilkan ke dalam majalah beliau.. Tak sabar rasanya nak tengok hasilnya nanti.. Lalalala..

 Model tak berbayar menggayakan bunga tanganku..

Sorang lagi model tak berbayar menggayakan bunga tangan SUS.. Terima kasih Payya Comel sebab sudi post gambar ni di wall fan page SUS n d FELT PRODUCT.. Memang chumel sangaaaaaattt!!! Boleh la SUS bagi job untuk gayakan produk-produk SUS pada masa akan datang.. Lagi pun hubby Payya ni seorang photographer.. Sonang keje SUS! Hahahaha..

Terima kasih juga kepada Khaziah Omar yang sudi offer meja untuk SUS join pameran ni.. Dan terima kasih juga kepada pihak Hotel Rebana dan kawan-kawan yang memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan pameran ini..

Untuk cuci-cuci mata dengan lebih banyak gambar lagi.. Rajin-rajinkanlah diri korang untuk menjenguk fan page SUS n d FELT PRODUCT.. Enjoy!




15 April 2012

PEMENANG MAC FELT KIT PHOTO CONTEST

Assalamualaikum sem0! Dengan berbesar hatinya SUS ingin umumkan pemenang Mac Felt Kit pada malam ini.. Pemenangnya jatuh kepada Siti Aishah Nabihah Othman dari Kota Bharu, Kelantan.. Ni bukannya disebab beliau orang KB, SUS pun pilih beliau sebagai pemenangya k.. Pemenangnya adalah ditentukan oleh korang sendiri melalui undian 'LIKE' yang dibuat di fan page facebook SUS n d FELT PRODUCT.. ^__^

Tahniah diucapkan kepada Ecah.. 100 point akan dikreditkan ke dalam account anda.. Nanti boleh la shopping banyak-banyak yea.. YEAY!!!

SUS juga telah memilih 3 photo pilihan untuk menjadi pemenang dan layak menerima 20 point yang akan dikreditkan ke dalam account pemenang.. Photo pilihan pertama adalah dari Zulaily Hanim Bt Zulkifli dari Kubang Kerian, Kelantan.. Haaaa.. Ni pun bukan dipilih sebab orang Klate k.. Sebabnya adalah lain dari yang lain kerana Puan Lilly kita ni jadikan frame ni sebagai fridge magnet.. Untuk pengetahuan korang sem0, Puan Lilly ni seorang tokey cokelat yang termahsyur.. Coklat beliau sangat lazat sehingga menjilat jari.. Baru-baru ni SUS dah cuba cheese tart air tangan beliau.. Perghhhh!!! Memang sedaaaappppp!!! Kalau nak tempah boleh la contact beliau dan ke blog beliau di http://lillyciouss.blogspot.com/ .. Ok tak aku promote ko?? Jangan lupa bagi cokelat percuma yea.. Keh3x..

Photo kedua pula adalah dari Siti Fairos binti Jaafar dari Kuala Lumpur.. SUS sangat suka dengan hasil frame beliau yang simple dan pandai menggunakan sem0 color yang ada dalam felt kit tersebut..

Photo ketiga pula adalah dari Ummu Naqibah Ayub dari Klang, Selangor.. SUS sukakan bunga color hijau anda!!! Satu percubaan yang berani.. Musti suka color hijau ni.. Hehehe..

Apa-apa pun.. TAHNIAH!! Sus ucapkan kepada sem0 pemenang.. Kepada yang tidak bernasib baik pula jangan kecewa yea.. Terima kasih SUS ucapkan kepada korang sem0 kerana sudi meluangkan masa untuk menyertai photo contest ini sambil dapat mengumpul ramai kenalan baru di alam maya ini..



12 April 2012

PERSIAPAN UNTUK PAMERAN ESOK

 Hello pembaca sem0! Hari ni SUS & INA sibuk dengan persiapan akhir untuk pameran photography perkahwinan.. Korang sem0 dijemput hadir bagi memeriahkan lagi pameran ini.. Pameran ini akan berlangsung pada 13 & 14 April 2012 di Hotel Rebana.. Hair clip rama-rama ni adalah antara bahan pameran SUS dan jugak untuk dijual.. Ngeeee..

 Nak buat rama-rama ni SUS gunakan die Darla Buttefly dari Memory Box..

 Berminatkah??? Kena la datang pameran esok untuk beli pada harga promosi gituuu.. ^__-

 SUS dah letak label cantik-cantik ni.. Korang sem0 mesti datang beli tau..

 Brooch bunga-bunga..

 Brooch bunga-bunga yang cute mute.. Temapahan juga boleh dibuat semasa pameran tersebut.. Tetapi hanya tempahan untuk hand bouquet, bantal cincin dan brooch sahaja yang diterima..

 Ni pula contoh bantal cincin kawen-kawen.. Kalau nak tempah boleh request color mengikut color tema korang..

 Letih jugak nak membuat bunga ni walaupun 3 kuntum je.. Alasan orang malas.. : P

 Rama-rama tomey mesti ada.. Hehehe..

 Ni pulak salah satu hand bouquet yang ada.. Ada lagi 2 jenis.. Nanti SUS amik gambar banyak-banyak kat pameran esok yea.. 

Jeng.. Jeng.. Jeng.. Jom intai-intai sikit apa yang ada untuk May Felt Kit.. Rasanya korang boleh agak kot ni mende kan? Boleh la simpan duit siap-siap untuk beli felt kit ni yea.. Jangan lupa jugak untuk membeli di www. susndfeltproduct.com kerana ada promosi 24 jam sehingga pukul 12 malam ini.. Yeay!!!

Happy reading dan mencuci mata dengan gambar yang tak seberapa ini.. Hahaha.. Jumpa esok di Pameran Photography Perkahwinan!

Alamak!! Lupa nak amik gambar burung-burung hantu INA.. Huhuhu.. Habis la..


SUPPLIES :




08 April 2012

BERUSAHA DAN TERUS BERUSAHA

 Selamat malam semo!
Minta maaf sebab ambil masa yang lama untuk update blog ini.. Akhir-akhir ni agak busy menyiapkan barangan ready made dan beberapa tempahan.. Buat masa ni SUS berusaha untuk menyiapkan barangan ready made untuk jualan di tapak booth dan di workshop SUS sendiri.. SUS juga berusaha untuk memberikan inspirasi kepada korang sem0 dengan menghasilkan tutorial ringkas atau pun menghasilkan sesuatu yang simple dan cute untuk korang refer bagi menghasilkan sesuatu yang lebih cute dari yang SUS hasilkan..

 Ada beberapa lagi design headband baru yang akan dibawa masuk ke e-store SUS.. Cuma tak sempat nak ambil gambar je lagi.. Jangan marah yea.. ^__^

 SUS dan INA juga telah menyiapkan 3 jambangan bunga tangan kawen untuk dipamerkan di pameran photoghrapher perkahwinan pada 13 & 14 April ini.. Adakah jambangan bunga ini akan bertambah? Kita sama-sama tunggu dan lihat je la eh.. SUS pun tak pasti dapat siapkan banyak lagi atau pun tak.. Stamina dah takde ni.. Hahahaha..

 Bantal cincin kawen ni pun baru siap takat ni jugak.. Belum dihias dengan bunga-bungaan lagi..

 Yang ni pulak keychain memek-memek muka yang tomey akan dijual di pameran tersebut..

 Keychain love ni pun adalah bahan pameran yang akan dijual kalau ada orang nak beli.. Hahaha..

Yang ni pula adalah brooch bunga-bunga.. Brooch bunga ni akan dijual pada harga promosi di pamaeran nanti..

 Nak tengok apa lagi yang ada di sana.. Jom! Ramai-ramai ke Hotel Rebana untuk ke pameran tersebut.. Kebanyakkan barangan handmade SUS akan dijual pada harga promosi.. Kepada bakal-bakal pengantin memang amatlah sesuai untuk korang datang ke sini.. Yang tak bakal pengantin pun boleh datang jugak tau.. Sila-sila la datang ke booth SUS yea.. Tu yang paling penting.. Keh3x..

Nampaknya demam keychain burung hantu masih belum surut lagi.. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh korang sem0.. Kepada korang yang sudah order felt kit ini.. Kit anda akan diposkan pada 14 April 2012 ini.. Kalau nak masuk photo contest pula sila klik DI SINI untuk syarat-syaratnya..

Lalalalala.. May Felt Kit dah on the way.. Simpan siap-siap duit untuk kit ni pulak yea.. Hari masuk gaji je team SUS akan launch! Wink! Wink! Wink!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...