PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

26 January 2012

JOM BELI MAJALAH DARA.COM FEBRUARY 2012!!!

 Hi pembaca blog SUS sem0! Selamat hari Khamis diucapkan.. Di sini SUS nak inform kepada korang sem0 yang majalah Dara.com keluaran February 2012 pada ruangan Buat Sendiri ada diajarkan 2 pattern felt craft oleh SUS untuk dicuba sendiri oleh korang.. SUS akan senaraikan materialnya di sini bagi memudahkan korang untuk dapatkan bahan-bahannya yea.. Cewah! Macam main masak-masak pulak.. Memang kelass!! Bahan-bahannya sem0 ada jual kat pasar SUS n d FELT PRODUCT ok.. 

Kelip-kelip Cinta
SUPPLIES :
Benang (boleh beli di workshop sahaja)


Bingkai Kasih Tercipta
SUPPLIES :
Benang (boleh beli di workshop sahaja)


Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Kak Ima dari majalah Dara.com.. Kalau rasa nak panggil kitorang sila-silakan la yea.. Kitorang ok jerrr.. Hehehe..

Selamat mencuba!



21 January 2012

FRAME GAMBAR SIMPLE

 Hi sem0!
Baru-baru ni SUS ada siapkan frame yang sangat simple.. Disebabkan SUS memang suka ambil dan print gambar-gambar, terpaksa la memikirkan idea supaya gambar tersebut boleh dipamerkan dengan cantiknya di sudut-sudut workshop SUS ni.. Takde la gambar yang dah siap print tu terselit je kat mana-mana selepas SUS boring tengok gambar tersebut.. Hahahaha.. Hurmmm.. Salah satu hobi SUS yang sudah pastinya akan menyemakkan laci-laci dan almari di rumah.. Endingya SUS akan buang jugak kalau rasa dah agak menyemak.. Hehehehe..

 SUS buat simple-simple je sebab memang takde masa nak mengadap lama-lama.. Sem0 keje potong-memotong dibantu dengan big shot.. Sangat membantu dalam projek-projek ekspres seperti ini..

 Tarrraaaaaa...!!! Ada fan yang request kat fesbuk SUS nak tengok kat bahagian belakang.. Begini la rupa di bahagian belakang frame SUS ni..

 Kalau nak belajar buat frame seperti ini jangan lupa dapatkan SUS's FELT KIT keluaran Mac 2012 nanti.. Felt kit ini adalah terhad yea.. Kalau dah habis stock tidak akan direstock lagi buat selama-lamanya.. Tunggu untuk keluaran lain pada bulan April pulak yea.. SUS akan cerita lebih lanjut pada entry akan datang nanti mengenai felt kit ini ok.. Nanti dah nak dekat-dekat la.. Sekarang ni baru dalam proses nak hantar printing.. ^__-

 Hehehe.. SUS pun nak letak gambar sendiri jugak.. Takkan INA jerrr.. Dulu berangan nak jadi petroleum engineer.. Sebab tu frame color hijau putih.. Kalau tak dapat keje dengan company minyak lain, Petronas pun jadi lerr.. Ahaks!

Ni bunga ros fevret.. Jangan marah eh.. Wink.. Wink..

Have a nice weekend!


SUPPLIES :




14 January 2012

SIAP JUGAK AKHIRNYA...

 Hi Readers!
SUS excited nak share mende ni hari ni sebabnya sem0 dah siap dan boleh dipos pada bila-bila masa sahaja.. YEAY!!! Lapang segala otak dan dada ni.. Hahahaha.. Fridge magnet huruf-huruf dan brooch bunga rose ni adalah untuk suvenir Karnival Karangkraf.. Kalau ada sesape nak beli.. Tungggguuuuu!!! Nanti SUS jual kat bahagaian handmade di website SUS k..

 Chumel kan kalau dah susun banyak-banyak macam ni? ^___^

 Magnetnya tampal je di bahagian belakang guna glue gun.. SUS lupa la nak ambil gambar.. Hehehe..

 Pada tahun baru cina tiada penghantaran tau.. Kepada para customer sem0 boleh rujuk NEWS untuk info lanjut..

 Brooch bunga rose yang simple sahaja.. SUS tak sempat nak buat banyak-banyak kalau susah cara nak membuatnya.. Kat workshop ni sem0 pun SUS nak kena control ngan INA.. Biasa la.. Meniaga kecil-kecilan kata orang.. Kita la bos.. Kita la kuli.. ^_-



Di bahagian belakang bunga dilekatkan brooch..

Happy reading!


SUPPLIES :



11 January 2012

SUS BUAT CARD LAGI.. ^__^

 Selamat hari Rabu!!!
Apa khabar sem0 pembaca blog SUS? SUS harap sem0 pun sihat-sihat jerr.. Hari ni SUS nak kongsi lagi  dua hasil kad yang baru SUS hasilkan.. Keje-keje membuat kad ni adalah aktiviti malam-malam SUS.. Hehehe.. Siang-siang hari SUS busy menguruskan workshop.. Pada malam hari je la baru boleh buat hobi sampingan ni.. Tetapi masih ada kena mengena dengan felt ok! Kata tokey felt.. Musti la kena bagi laku felt.. Wawawa..

 Bunga felt tetap menjadi pilihan untuk menjadi penyeri hasil keje SUS.. Wink..Wink.. Bunga ni SUS potong guna big shot jerr.. Boleh rujuk bahagian supplies untuk lihat jenis die yang mana SUS gunakan.. Kalau takde stock tu mintak mahap la yea.. Stock memang agak limited.. Terpaksa la tunggu SUS restock pada masa akan datang k.. Korang dinasihatkan untuk subscribe newsletter untuk menerima info terbaru mengenai stock dan promosi yang diadakan di e-store SUS n d FELT PRODUCT.. So, takde la terlepas dengan promosi-promosi yang menarik pihak kami adakan untuk customer terchenta!

 Uwaaaaa.. Windu dengan MR. ALIF.. Dah tak dapat buli dia lagi.. MR. ALIF dah balik KL sambung belajar.. Belajar rajin-rajin yea adikku.. Jangan nak tengok TV ngan main game jerrrkk!!

 Hehehehe.. Yang ni macam biasa la.. Kad untuk bagi kepada En. Abang SUS.. Blushing-blushing.. Malu.. Kad ni kena pos minggu depan.. Setiap minggu SUS akan pos sebijik kad untuk En. Abang.. Untuk potong rama-rama kecik kemetot tu SUS guna big shot yea.. Agak mustahil untuk SUS potong kecik-kecik macam tu.. Big shot ni bukannya boleh guna potong felt je tau.. Kertas dan plastic pun dia boleh potong.. Big shot ni selalunya pembuat card dan scrapbooking yang gunakan secara meluas.. Macam-macam mesin ni boleh buat.. Nanti SUS tunjuk pada episod akan datang pulak yea.. Ekekeke..

 Rama-rama color merah tu dari FELT yea.. Hahaha.. Nak highlight jugak tu perkataan felt..

 Perkataan yang putih-putih tu SUS cop sendiri.. Color pink tu pun SUS colorkan sendiri jugak.. ^___^ Ececeh.. Nak bangga terlebih pulak kat sini.. Orang lain dah buat lama kot..

Hahahahaha.. Cop perkataan sama jugak dengan kata-kata kat frame tak berapa nak frame gambar yang kat atas tu.. Ni je cop yang SUS ada.. Nak beli banyak-banyak harganya boleh tahan jugak.. SUS ingat pada suatu hari nanti nak gi tempah kata-kata dalam Bahasa Melayu kat kedai cop.. Jimat la sikit dan lain daripada yang lain gitu.. Betol tak???



SUPPLIES :



10 January 2012

ALAHAI.. CHUMELNYA NUR ADELIA ARISSA..

 Hello! Hello!!! Nama saya Nur Adelia Arissa bt Ashadi.. Chumel tak saya?
Hahahaha.. Lucu pulak rasa bila teringat kisah headband yang baby chumel kita ni pakai.. Nur Adelia Arissa Adehh.. Panjangnya nak sebut nama.. ni anak kawan SUS.. Kak Hanim namanya.. 2 hari lepas Kak Hanim ada datang workshop SUS bawak anaknya yang baru berusia 3 bulan ni.. Kedatangan Kak Hanim memang ditunggu-tunggu.. Kalau Kak Hanim sampai memang gamat suasana sekeliling disebabkan keramahan beliau.. Ada saja je cerita yang nak diborakkan.. Yang bestnya Kak Hanim siap bawak barang yang SUS nak beli kat website beliau.. Ingatkan nak suwoh Kak Hanim pos je.. Mendenya pun kecik je iaitu 10 pack rempah sauna.. Ekekeke.. Sekarang ni SUS sibuk nak bersauna.. Nak jaga badan la konon.. Wawawa..

Cop3x!!! Berbalik pada asal mengenai cerita headband baby Arissa ni.. Sesuka hati je panggil Arissa.. Mak dia panggil apa pun SUS tak tau.. Lalalala.. 3 bulan lepas semasa nak menunggu hari je untuk melahirkan, Kak Hanim telah datang ke workshop SUS untuk belajar jahit felt pada t-shirt.. Mengidam katanya.. Disebabkan Kak Hanim ni ibu mengandung.. SUS layankan ajerrr.. Hik3x.. Masa tengah mengajar tu SUS pun tanya la Kak Hanim ni.. Dah scan ke tengok baby boy ke baby gurl.. Kak Hanim cakap dia tak pergi scan pun biar surprise katanya.. Okiey.. SUS layankan je lagi.. Maybe dah anak ketiga takde la excited semacam nak pergi scan setiap sudut perut tu kan.. Pastu siap tayang-tayang gambar anak yang dalam pewot tu kat fesbuk.. Oooopss!! Bukan nak mengata.. Kemungkinan besar SUS pun akan buat macam ni jugak kot.. Hahahahahahahaha...

Buat perenggan baru pulak la yea.. Cam dah panjang bebeno plak rasanya.. Tengah-tengah syiok Kak Hanim duk menjahit.. Mulut SUS ni pun gatal gi cakap yang kalau Kak Hanim dapat baby gurl SUS akan buatkan headband untuk anak Kak Hanim.. Hamek kaww!! 2 hari lepas tu SUS dapat SMS dari Kak Hanim yang beliau telah terberanak baby gurl.. Hahahaha..

Auntie SUS harap baby Arissa suka dengan headband ni yea.. Olololo.. Mucuk-mucuk.. Meh auntie nak cium-cium sikit.. Mmmmuacks! Mmmmmuaahhhh!!!

Kalau korang nak shopping-shopping barangan kecantikkan boleh la ke website Kak Hanim di www.rahsiacantik.com..


SUPPLIES :



08 January 2012

SEDANG MENYIAPKAN INI...

 Hi korang!
Sekarang ni SUS & INA tengah menyiapkan sepit rambut, hp charm, fridge magnet n brooch untuk sponsor suvenir sempena Karnival Karangkraf pada 27-29 January ini.. Kepada yang berdekatan boleh la pergi ke karnival tersebut yea..

 Tu la.. padan muka SUS.. Tetiba baik hati nak sponsor kan.. Terpaksa la bertungkus-lumus menyiapkan mende ni sem0.. Pada hal ada dateline penting pada 23 January ni.. Huhuhu..

 Tadi terang gambarnya.. Tetiba gelap pulak.. Hahaha.. Manik-manik iron-on yang cinonet tu SUS guna hot fix apllicator untuk lekatkannya..

 Untuk hair clip ni SUS gunakan felt lembut..

 Snap clip dibalut dengan felt berbentuk love.. SUS buat simple-simple dan cepat siap je.. Banyak kot.. Nanti tak terkejar pulak.. Sekarang ni pun tengah pening cari label untuk packaging.. SUS belum print lagi untuk SUS n d FELT PRODUCT berwajah baru.. Harap-harap sempat la siap printing.. Klu tak siap jugak print sendiri la jawabnya guna printer Canon ni.. Ekekeke..

Hp charm love yang telah disiapkan oleh INA.. Sekarang ni INA tengah siapkan fridge magnet berhuruf pulak.. SUS pulak nak buat brooch.. Nanti SUS update lagi kalau dah siap nanti yea!

Workshop SUS sekarang ni tengah kelam kabut duk mempacking button yang baru sampai.. Rasanya hari-hari pun workshop SUS kelam kabut ngan penuh barang-barang.. Hahahahahaha.. Nasib lerr.. Nama pun workshop tempat orang duk buat kerja.. Sisa-sisa label Kedai SUS pun masih banyak lagi.. Perlulah dihabis guna dulu baru boleh print yang baru.. ^__^


SUPPLIES :



05 January 2012

KAD UCAPAN UNTUK EN. ABANG

 
Selamat hari khamis!
Hari ni SUS nak kongsi sedikit dengan minat baru SUS untuk menghasilkan kad-kad ucapan.. Disebabkan dah buat tapi tak tau nak bagi kat sape.. Yang menjadi mangsanya adalah En. Abang tercayang.. Hahaha.. Masa SUS buat kad ni memang dapat macam-macam kutukkan.. Yela.. Zaman sekarang ni mana ada orang main hantar-hantar surat dan kad ucapan bagai.. Sekarang ni kan zaman BBM, fesbuk dan twitter.. Huhuhu.. Lantak la nak kata apa pun.. Yang penting SUS suka!!! Wateber!

 Nasib baik la En. Abang SUS ni seorang yang jiwa-jiwa melayan pemberian kad dari orang tersayang.. Ekekeke.. Ada jugak orang yang nak menerima kad SUS ni.. Kad ni dah selamat sampai pun kat En. Abang.. Yang bestnya En. Abang SUKA!!!

 SUS punya kad musti ada guna felt.. Mana boleh tak guna felt.. Felt berlambak kot kat workshop ni.. Hahaha.. Ni pun SUS guna yang lebih-lebih je.. Ssyyhhh.. Jangan bagi tau kat En. Abang SUS k..

 Kat bahagian dalam kad..

 Hurmmm.. Kad yang ni INA cakap tak lawa.. Color dia pelik katanya.. SUS pun nampak pelik jugak sebenonya.. Korang pun sama jugak kerr?? Hehehehe.. Biasa la.. Kata orang baru nak belajar gituu.. SUS masih baru lagi buat kad dengan kaedah stamping macam ni.. Buat pun guna bahan yang mana ada je.. Maklum la harga barang-barang nak buat kad ni bukannya murah-murah.. Huhuhu..

 Felt butterfly.. SUS gunakan hot fix applicator untuk lekatkan manik iron-on pada rama-rama..

Lantak la.. Lawa ke tak lawa En. Abang tetap kena terima kad ni.. Lepas tu kena bagi feedback yang baik-baik je OK!

 Yang ni cantik kan3x??? Hahahaha.. Abang tunggu ayang pos yang ni pulak yea.. ^__^

 Felt rama-rama lagi.. Yang ni SUS potong guna big shot sengan die Cocoa Bean Butterfly..

 Kad ni ayang buat sendiri khas untuk abang tau.. Musti korang geli baca entry SUS kali ni kan? Ada aku kisah! 
Hahahahahaha.....

~~ Loving life with you by my side ~~


P/S : Moral cerita pada hari ini gunalah felt untuk bagi cantik lagi kad ucapan korang.. Keh3x....



SUPPLIES :



02 January 2012

BERLALU SUDAH FELT CRAFT WORKSHOP 2011

 Happy Monday!
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi berakhir jua felt craft workshop SUS pada Jumaat lepas penutup bagi tahun 2011.. Sampai terlebih-lebih pulak peserta pada hari tu.. Tapi tak pe.. Selagi muat SUS sumbat je.. Hahahaha.. Terima kasih yang tak terhingga SUS ucapkan kepada sem0 peserta yang sudi join workshop SUS.. Minta dihalalkan apa yang terlebih dan terkurang yea..
  


 Begini la suasana pada hari workshop tersebut dijalankan.. Nasib baik ada 2 orang cikgu tambahan.. Ekekeke.. Terima kasih eh korang kerana sudi tolong SUS.. Dorang adalah Hikmah dan Faizah..





 Ice cream, cupcake dan strawberry.. Menggunakan teknik yang sama tapi dapat hasilkan 3 mende.. Terbaekk!!!

 Adik Aina.. ^__^


SUS harap sem0 peserta berpuas hati dengan ilmu yang telah SUS kongsikan.. InsyaAllah takde aral melintang dan dikurniakan idea lebih oleh Allah S.W.T. SUS dan INA akan adakan workshop lagi untuk design baru.. Kepada adik-adik yang masih bersekolah, SUS ucapkan selamat memulakan sesi pembelajaran dengan semangat yang baru di tahun baru ini..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...