PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

27 September 2012

TUTORIAL BUNGA ROS

Selamat Hari Khamis sem0nya!
Hari ni SUS nak kongsi bagaimana cara untuk menghasilkan bunga ros yang cantik.. Walaupun potong guna big shot, tapi masih ramai juga yang mengadu gulungan ros mereka tidak cantik dan kemas.. Gambar di atas merupakan size dies bunga ros yang ada dijual di e-store SUS.. Ada 4 size yang berbeza..

Cara untuk letak dies ini di big shot adalah seperti di dalam gambar di atas.. Jika dies korang tidak memotong sehingga habis, tambahkan metal plate adapator di atas dies tersebut sebelum dilapik dengan cutting pad..

Selepas itu, boleh la pusing handle big shot korang sambil menolak platform yang telah dilapik dengan cutting pad dan dies beserta felt tadi.. Dah berkurap big shot SUS ni disebabkan penggunaan yang terlampau.. Hahaha..

Okiey.. Yang ni adalah pattern bunga ros yang telah siap dipotong.. SUS gunakan felt lembut di sini.. Felt keras juga boleh digunakan untuk menghasilkan bunga ros ini.. Ianya terpulang pada citarasa korang..

Kemudian, ambil bahagian hujung di sebelah luar dan mula menggulung.. Ada ramai yang tersilap dengan mulakan gulungan dari hujung yang sebelah dalam..

Teruskan menggulung sehingga menjadi seperti ini..

Ini adalah bunga ros yang telah siap digulung..

Akhiri bahagian belakang bunga ros dengan menutup tapaknya dengan bahagian akhir felt di penghujungnya..

Gamkan di bahagian belakang atau tapaknya ini dengan menggunakan glue gun..

Inilah rupa dan size bunga rose yang telah siap digulung mengikut size diesnya..

SUS harap tutorial yang serba ringkas ini dapat membantu korang dalam menghasilkan bunga rose yang kiut-miut ini.. Dies ini perlu digunakan bersama big shot tau.. Ada jugak yang salah faham ingatkan dies ini untuk pattern ditekap pada felt.. Bukan yea.. Dies ni dah la mahal.. Rugi pulak kalau korang terbeli dies ni.. ^__-

Selamat mencuba! Enjoy!

P/S : Psssst..Yang takde big shot tu boleh la beli cepat-cepat yea..


SUPPLIES :




26 September 2012

KELAS AMAL BERSAMA IBU TUNGGAL

Selamat Hari Rabu sem0nya!
Comel tak lolipop-lolipop ni? Keychain lilipop ni sem0nya adalah order dari Pakcik Mail yang duduk di Sarawak.. Pakcik Mail ni merupakan jiran lama SUS semasa menetap di Johor dolu-dolu.. Tak sangka pulak Pakcik Mail datang turun Kota Bharu..

Terima kasih Pakcik Mail sebab sudi order dengan kami.. Banyak lagi Pakcik Mail order selain keychain lolipop.. SUS je yang malas nak amik gambar.. Hahaha..
Keychain lilipop ni sem0 dibuat dari felt keras..

Pada 15 September yang lalu SUS berpeluang untuk mengajar kursus amal kraf felt untuk ibu-ibu tunggal.. Kursus ini dianjurkan oleh Incube Technology (M) Sdn. Bhd. .. Seronok dapat berjumpa dengan ibu-ibu tunggal ni tau.. Dorang ni sem0 sangat ceria dan bersemangat untuk belajar sesuatu yang baru..

SUS mengajar 2 sesi pada hari tersebut iaitu pagi dan petang.. Ada 2 group ibu tunggal yang join kursus ini.. Sem0nya adalah 24 orang peserta.. Nasib baik la ada dua orang asisstant yang membantu.. Lain dan tak bukan INA dan Cikgu SITI.. Ekekeke..

Untuk lihat lebih gambar lagi apa yang berlaku semasa kursus boleh ke SINI..

Amboi.. Sukanya akak ni.. ^___^

Cikgu yang sedang mengajar.. =P
Terima kasih kepada Miss Dianah Goh kerana sudi menjemput SUS untuk menjayakan kursus ini..

Ini adalah HANA hairclip dari Miezcraftshoppe.. Cantikkannn???!!!! Kalau nak order boleh la contact En. Namizam.. Bunga felt yang cantik ini dibuat dengan menggunakan felt lembut.. Kalau korang nak cuba buat sendiri bunga ala-ala seperti ini boleh la klik DI SINI..


SUPPLIES :



18 September 2012

SUS BUAT HEADBAND LAGI...

 Assalamualaikum sem0!
Memperkenalkan DHIA HEADBAND yang telah mula masuk ke pasaran.. Cuma secara online je belum masuk lagi.. Nak buat headband bunga rose macam ni jugak ke? Kepada yang ada big shot tu cepat-cepat la beli dies bunga ros yea.. Ianya akan memudahkan kerja-kerja korang untuk menghasilkan bunga rose seperti ini..

 Buat masa ni SUS bersama Aisyah (pemilik AISYAH CREATIVE STUDIO) iaitu co-crafter SUS sedang memperbanyakkan kuantiti headband yang akan dijual di kiosk kami dan juga secara online.. Di kiosk telah pun mula dijual, cuma secara online masih dalam proses lagi.. TUNGGGUUUU!!!!

 Yang ni pula adalah DHIA HAIRCLIP.. 

 Hairclip yang telah siap dilabelkan..

Yang ini pula MALAEKA HEADBAND.. Headband ni sangat comel untuk dipakai oleh baby yang baru lahir dan berumur 1 tahun ke bawah.. Tak percaya?? Cuba tengok gambar kat bawah ni..

Baby Elia sedang memakai MALAEKA HEADBAND.. ^__-
Untuk lihat pelbagai lagi aksi Baby Alia dan kakaknya Erin boleh la klik di sini : PHOTOSHOOT HEADBAND..

Enjoy!


SUPPLIES :



08 September 2012

BABY ELIA YANG COMEY LOTE


 Assalamualaikum.....~~~~
SUS dan INA sangat enjoy petang semalam buat photoshoot dengan anak-anak Kak Hanim.. Ni 1st time kitorang buat photoshoot di white studio bersama anak-anak dara orang.. Sebelum ni culik anak-anak sepupu or adik sepupu untuk amik gambar.. Boleh la nak marah-marah or betindak ganas.. Ni dengan anak orang kena la bersopan-santun sikit.. Hahahaha.. Nasib baik la Kak Hanim memang sporting giler memberi support yang sepenuhnya kepada anak-anaknya.. Kalau tak, kitorang pun tak reti nak handle budak-budak kecik ni.. Hahahaha.. Maklum la.. Kurang pengalaman sikit.. Ekekeke..

 Ni la salah satu gambar yang dapat SUS tunjuk dulu.. Ni la Baby Elia yang comey lote.. Untuk kakaknya Kak Erin takde gambar lagi.. Abang cameraman tak bagi lagi softcopynya.. Tersilap transfer macam mane ntah semalam.. Balik rumah bukak pendrive takde la pulak filenya.. Hahaha.. Nanti SUS akan update kemudian k.. Kepada Kak Hanim diharap dapat bersabar.. SUS tau yang akak sememangnya dah tak sabar kan??? SUS pun sama jugak.. Hahahaha..

Kalau korang berminat nak posing-posing amik gambar yang cantek-cantek boleh la ke studio Foto Momento..

 Ni pun salah satu headband yang telah digayakan oleh Baby Elia.. Ada banyak lagi headband sebenarnya telah digayakan semalam.. Korang tunggu je la SUS update lagi k.. ^__-

Kepada yang minat gilerrr ngan brooch butang boleh la beli cepat-cepat di kiosk SUS kat Tesco Kota Bharu tuuu.. Yang ni memang takde jual online..

Kalau korang berminat nak buat sendiri brooch butang kayu yang sangat cantek macam ni boleh la beli bahan-bahannya di e-store SUS.. Senarai bahan-bahan sudah siap dilinkkan di bawah entry ini..

Enjoy!


SUPPLIES :



01 September 2012

MINTA MAAF BANYAK-BANYAK =P ~~~

 Hallo! Hallo! Halloooo!!!
Apa khabar sem0? Minta maaf la banyak-banyak sebab tak wish selamat hari raya pun kat korang di blog ini.. Huhuhu.. Memandangkan kita masih berada dalam bulan Syawal, SUS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.. ^___-

Di minggu-minggu terakhir puasa hari tu SUS sibuk bergelimpangan dengan bunga-bunga headband untuk jualan.. Tak cukup dengan kat workshop.. Balik rumah pun SUS usung buat balik felt.. Hahaha.. Buka puasa ngan sahur pun duk mengadap felt ni.. Adoooiii.. Sampai mimpi bawak tido.. Hahaha..

Ada yang berkenan nak belajar buat bunga macam dalam gambar kat atas tu ke??? Tunggguuuu kelas bulan 12 nanti k.. Ekekeke..

 Ini pulak headband rose yang comey lote dari Namizam Muda (bos Miezcraft).. Zam gunakan Die-namics Large Rolled Rose dan Die-namics Rolled rose untuk hasilkan bunga ros ini..

Berkenankah?? Boleh la order dengan beliau.. ^___^

 Ni pulak projek cupcake INA.. Yang dipaksarela untuk menerima tempahan.. Hahaha.. Kepada INA diharap tabah menyiapkan tempahan ini yea.. Kepada yang nak belajar buat cupcake seperti ini boleh la beli Pack Jom Buat Sendiri Keychain Cupcake..

 Yg ni pulak projek akan datang untuk korang sem0.. Masih dalam proses menyiapkannya lagi.. Tak lama lagi boleh la beli.. SUS sendiri pun dah tak sabar ni..

Enjoy!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...