Assalamualaikum & Hi sem0! SUS harap korang sem0 dah pun beli felt kit bulan Mac kerana hari ini SUS akan ajar brooch bunga blossom dengan menggunakan material dari kit tersebut.. Jika korang ada big shot machine boleh la gunakannya untuk memotong kelopak bunga ini dengan menggunakan Sizzix Framelits Die Set 7-PK Flower.. Untuk buat brooch bunga ini, felt lembut digunakan..
Framelit die tersebut perlu diletakkan begini di antara cutting pad..
Selepas tu apa lagi.. Mari kita gelek.. Pusing.. Pusing.. Pusing.. Sampai la habis.. Hahaha.. ^__-
Kepada yang tidak mempunyai big shot machine jangan risau yea.. Korang masih boleh buat dengan menggunakan kaedah manual seperti biasa.. Trace dahulu pattern kelopak bunga tersebut pada felt menggunakan tracing pencil.. Pattern bunga ini ada diberikan dalam felt kit ini.. Kelopak bunga yang sudah siap dipotong juga ada diberikan.. Korang boleh la gunakan kelopak bunga tersebut..
Setelah pattern ditrace, korang boleh la gunting pattern bunga tersebut..
1. Lima kelopak bunga dan 1 bulatan felt perlu disediakan untuk siapkan bunga blossom kita.
2. Setelah itu, lipat dua kelopak bunga felt korang itu.
3. Ambil keratan bulat felt tadi dan tindankan kelopak bunga di atas keratan felt berbentuk bulat tersebut.
4. Kemudian, jahitkan kelopak bunga felt di bahagian tengah bersama keratan bulat felt tadi.
5. Ambil kelopak bunga felt yang kedua dan lipatkan dua seperti tadi juga. Selepes itu, tindankan kelopak bunga tersebut seperti dalam gambar.
6. Ulangi langkah yang sama seperti tadi untuk kelopak bunga yang ketiga dan tindankan kelopak bunga seperti dalam gambar.
7. Kelopak bunga yang keempat pula hendaklah ditindan dan disilangkan seperti dalam gambar dan jahit.
8. Untuk kelopak bunga yang terakhir, hendaklah dilipatkan empat seperti dalam gambar.
Selepas itu, jahit kelopak bunga yang terakhir ini di bahagian tengahnya juga..
Setelah kelopak bunga siap dijahit, ambil 2 keping daun dan gamkan di bahagian belakang bunga menggunakan glue gun. Jika daun tersebut panjang, boleh la dipotongkan sedikit di bahagian hujungnya..
Setelah daun siap digam, ambil brooch pula untuk digamkan..
Brooch yang telah siap digamkan di bahagian belakang bunga..
Tadaaaaa!!! Begini la rupa brooch bunga blossom yang telah siap.. Simple sahaja bunga blossom ini, tapi SUS percaya yang korang di luar sana lebih kreatif dengan idea yang lebih fresh.. Jika korang ada idea yang lebih baik daripada ini, cepat-cepat la hantar penyertaan korang untuk photo contest.. Untuk syarat-syarat contest sila klik DI SINI..
Kita jumpa lagi pada tutorial akan datang.. SUS akan tunjukkan cara untuk buat frame gambar pula dengan mengunakan material dari felt kit bulan Mac.. Sampai jumpa lagi.. Bubbye!!!
SUPPLIES :