Selamat Hari Sabtu sem0!
Semoga ceria-ceria di hari Sabtu yang damai ini.. Hari ini SUS akan tunjukkan cara-cara nak membuat frame gambar dari bahan-bahan yang disediakan dari felt kit bulan Mac..
Mula-mula potong plastic transparent mengikut size tingkap frame gambar tetapi dilebihkan sedikit dari size asalnya untuk digamkan pada bingkai felt.. Felt keras digunakan untuk membuat frame gambar ini..
Untuk gamkan plastic ini, glue gun digunakan.. Gamkan di sekelilingnya hingga habis..
Kemudian, ambil gambar yang ingin diframekan dan gamkan juga di sekelilingnya di atas plastic tadi..
Setelah siap, ambil bahagian belakang frame dan cantumkan dengan bahagian depan.. Gamkan di sekelilingnya dengan kemas sehingga habis..
Sebagai hiasan korang boleh hiaskan dengan apa sahaja mengikut kreativiti korang.. SUS pulak gunakan bunga yang SUS buat 2 hari lepas untuk dilekatkan pada bahagian depan frame ini..
Kemudian, ambil kaki frame untuk ditampalkan pada bahagian belakang frame.. Bengkokkan kaki frame seperti dalam gambar terlebih dahulu..
Setelah itu, kuncikan kaki frame tersebut seperti ini..
Lekatkan kaki frame tadi menggunakan glue gun pada bahagian belakang frame..
Frame yang telah siap! SUS sebenonya nak letak gambar baby Qayyum yang tomey-tomey.. Tapi printer SUS buat hal pulak.. Sedih betul.. Printer asyik rosak jerr.. Nak buat project sikit pun susah.. Hurmmm.. Nasib baik ada gambar yang dah siap print dolu-dolu.. Takde la SUS nak kena pergi kedai gambar nak print bagai.. Memang tak kuasa ok! Hahaha..
SUS hanya tunjukkan yang simple-simple dulu sebgai warm-up gituu.. Takde la mematikan idea korang nanti.. SUS tau yang korang di luar sana mempunyai idea dan daya kreativiti yang lebih hebat lagi..
Apa-apa pun.. Selamat mencuba yea! Jika ada design lain yang ingin dikongsikan dari felt kit bulan Mac ini, SUS akan kongsinya bersama di blog ini.. Kalau korang ada buat satu seperti ini juga, jangan malu-malu untuk emailkan hasilnya dan dikongsi bersama.. Tak rugi tau.. Sebab ada hadiah yang menanti korang..^__^
Untuk info lanjut sila klik DI SINI..
SUPPLIES :