PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

27 December 2012

KELAS MINI PILLOW 21 DISEMBER 2012

Salam Pagi Khamis sem0nya!
Sekali lagi SUS kene tiggal sesorang kat hotel Melaka ni pulak.. Semalam duk chalet.. Hari ni duk hotel pulak sebab nak merasa dudu dalam bandar Melaka ni giteww.. Hahaha.. En. Suami ada briefing keje pulak pagi ni.. Harap-harap habis cepat la.. Boleh la bertolak cepat balik ke Kota Bharu.. Kan naya plak tak sampai Kota Bharu malam ni.. Esok dah la ada kelas Big Shot!!! Aduyaiii.. Moga-moga perjalanan kami lancar tanpa ada sekatan banjir.. Aminnnn!!!

Alhamdulillah.. Minggu lepas kelas mini pillow telah berjalan dengan lancarnya.. Dengan ada 2 orang asisstant yang pakar iaitu INA dan HIKMAH sem0nya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.. SUS harap sem0 peserta dapat kutip banyak ilmu dari kami bertiga..

Ada 11 orang peserta pada hari tersebut..

SUS taknak cite panjang hari ni.. Cukuplah korang mencuci mata dengan gambar-gambar yang ada pada post kali ni.. Hehehe..

Untuk lihat lebih banyak gambar dan aksi peserta sila klik DI SINI..

Peserta cilik yang sangat berbakat.. Sukeeee!!! ^__^







Mak saudara dan adik sepupu SUS menjoinkan diri sekali lagi masuk kelas SUS ni.. Terima kasih banyak-banyak yea.. Kepada sem0 peserta terima kasih juga diucapkan.. Minta maaf la jika ada terkurang masa mengajar tuuu.. SUS hanya la insan biasa yang tak terlepas daripada melakukan kesilapan.. Jumpa esok untuk peserta kelas esok okiey!

Enjoy!



26 December 2012

TUTORIAL BROOCH GARDENIA

 Salam Hari Rabu sem0! Adehh!! Lama betol tunggu En. Suami mockup test.. Sekarang ni SUS kat Melaka untuk menemani En. Suami.. Tapi, last sekali kene tinggal pulak sesorang kt chalet ni.. Hahaha.. Sambil tunggu beliau jom kita belajar buat brooch bunga gardenia!!! Mula-mula korang perlu potong 2 keping kelopak bunga menggunakan Die-namics Flower Medley.. Dies ini perlu digunakan bersama Big Shot yea.. Untuk cara-cara guna Big Shot bersama dies ini sila klik DI SINI.. Felt yang digunakan adalah jenis lembut..

 Kemudian, ambil gunting dan potong bulat di bahagian tengah kelopak bunga ini..

 Begini hasil guntingannya yang perlu dibuat oleh korang.. ^^

 Selepas itu, ambil satu kelopak bunga dan gulungkannya bermula dari salah satu hujung kelopak bunga yang telah digunting tadi..

 Gulung sedikit dan gamkannya menggunakan glue gun.. Kemudian, gulungkan lagi dan gam sehingga la habis digulung kelopak bunga tersebut..

 Kelopak bunga pertama yang telah siap digulung..

 Okiey! Boleh la ambil kelopak bunga yang satu lagi dan sambung menggulung dan gam sehingga habis seperti tadi..

 Inilah bunga gardenia yang telah siap digulung.. Korang boleh jugak tambah satu lagi kelopak untuk digulung.. So, bunga ini akan jadi lebih besar dan lebat.. ^^

 Ambil brooch bulat bersize 19 mm dan gamkan di bahagian belakang bunga tadi..

 Brooch yang telah siap digam..

Brooch bunga gardenia yang telah siap bersama kawan-kawannya.. Korang boleh juga hiaskan bunga ini dengan lekatkan manik di bahagian tengah bunga ini.. Kompem mengancam gitewww!!!

Selamat mencuba! Enjoy!

SUPPLIES :



23 December 2012

FOLLOW LERR INSTAGRAM ~~~

 Selamat Hari Ahad sem0! Korang dah ada Instagram ke belum? Kalau belum, cepat-cepat la register okiey! SUS n d FELT PRODUCT pun dah ada.. Sudah menjadi trend masa kini gambar-gambar diedit sedemikian rupa di Instagram bagi menambah nilai 'arts' dalam sesebuah gambar yang dirakam.. So, SUS pun taknak ketinggalan untuk meng'update' status terkini aktiviti SUS n d FELT PRODUCT dengan gambar-gambar yang menawan di Instagram.. Korang jangan la lupa follow SUS okiey! Nama Instagram rasmi kami adalah susndfeltproduct..

 Jangan lupa follow okiey! Kerana status kami di sini sememangnya terkini, spontan dan on the spot di'update' apa yang berlaku ketika itu.. Gambar-gambar dalam post kali ni sem0nya telah pun diInstagramkan.. ^^

 Selamat menjamu mata sem0!







Enjoy!



20 December 2012

KELAS PERCUMA KRAF FELT 14 DISEMBER 2012

 Selamat Hari Khamis sem0! Syukur alhamdulillah.. Kelas percuma kraf felt berjaya diadakan lagi pada hari Jumaat baru ni.. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada sem0 peserta yang sudi meluangkan masa untuk menyertai kelas percuma ini..

 Setiap peserta diajar step by step untuk menghasilkan kraf felt yang syomel..

 Yang baju color pink tu adalah warga baru SUS n d FELT PRODUCT iaitu Bella merangkap Sales Manager SUS.. ^_^

 Kalau tak tahu jangan malu-malu tanya semasa kelas.. Kami bersedia membantu korang dan memberi tips secukupnya..

 Ini pulak ibu saudara SUS.. Dia pun join jugak.. Hehehe.. Jauh datang dari KL.. Terima kasih yea..

 Ni pulak adik sepupu SUS.. Anak kepada ibu saudara SUS tadi.. Esok kite jumpa lagi okiey!

 Untuk melihat lebih banyak gambar dan aksi peserta, korang boleh la ke fan page SUS n d FELT PRODUCT.. Rugi tak 'LIKE' tau..

 Tutorial bergambar juga diberikan kepada setiap peserta..

 Gambar kali ni sem0nya takde watermark.. SUS sudah tertinggal itu hard disk lahh.. Huhuhu.. Sekarang ni pun SUS on the way nak balik Kota Bharu dari Paka, Terengganu.. ^^


SUS harap sem0 peserta berpuas hati dengan kelas yang telah dijalankan ini.. Jika ada terlebih atau terkurang minta dihalalkan yea.. Esok pulak akan dijalankan kelas mini pillow.. Kepada peserta yang daftar tu jangan datang lambat tau.. Kita akan bermula tepat pukul 9 pagi.. Yang datang lambat tu akan start lambat.. Nanti balik pun lambat.. Hehehe..

Enjoy!



17 December 2012

BANTAL MUCUK UNTUK ADIK

Assalamualaikum & hi sem0! Memandangkan ramai yang bertanya mengenai bantal yang syomel ini, SUS akan story-mory sikit asal kejadian bantal ni.. Haha.. Bantal ni dijahit oleh adik angkat SUS iaitu SITI atau lebih dikenali sebagai Fizah Rubai di muka bukunya.. So, kalau ada sesiapa yang berminat untuk tempah bantal ni sila-sila la contact beliau okiey! Sebabnya SUS memang dah tak ambil tempahan macam ni.. Dah bersara gitu.. Bagi pulak peluang kat orang lain.. Hehe.. Nak kata bersara terus tu takde la.. Cuma SUS tak ambil tempahan custom made seperti ini.. SUS lebih banyak jual yang ready made sahaja.. ^__-

SUS tahu ramai di luar sana teringin jugak nak buat bantal macam ni sendiri.. Meh sini SUS story-mory lagi bahan-bahannya dan serba ringkas penerangan untuk hasilkan bantal macam ni.. Body bantal ini menggunakan felt lembut.. Sekeliling bantal ni pulak dijahit menggunakan mesin jahit..

Kepada yang berminat dengan design owl ni kena tunggu kelauaran DIY pack keychain owl untuk dapatkan patternnya.. Design owl ni menggunakan felt keras kerana sifatnya yang mudah dipotong untuk meghasilkan design owl seperti rupa ni.. Design owl ni dijahit tangan dengan jahitan sembat.. Untuk belajar jenis jahitan ini, sila dapatkan Buku Tutorial Pek Permulaan Kraftangan Felt di e-store SUS.. Sekeliling tepi bantal tersebut pulak digunting dengan gunting scallop.. Ada banyak dijual di kedai alatan menjahit.. Pastikan anda beli gunting scallop untuk kain tau.. Jangan salah beli untuk kertas sebab memang tak lut nak gunting sebarang jenis kain.. Harganya pulak memang area RM40 ke atas untuk jenis gunting kualiti yang bagus.. Takde gambar gunting tu SUS nak tunjuk kat sini.. Lagipun SUS kat KL sekarang ni.. Tak boleh la nak snap gambar gunting tuuu.. Next time yea kawan-kawan! Ngeee..

Lupa pulak nak inform yang bantal ni dijahit oleh Cik SITI untuk dihadiahkan kepada adik-adik kesayangan beliau.. Tulisan tu dijahit menggunakan mesin jahit yea.. Mesin jahit yang boleh diprogramkan untuk mejahit bentuk-bentuk huruf seperti sedemikian rupa.. Untuk info mesin jahit jenis apa yang digunakan sila KE SINI..

Sampai sini jerrr.. Enjoy! XOXO!



13 December 2012

KELAS KRAF FELT PERCUMA!!!

 Hi sem0! Malam ni SUS hanya nak update sikit mengenai kelas percuma yang dibuat minggu lepas pada 7 Disember 2012.. Terima kasih yang tak terhingga kepada sem0 peserta yang sudi join kelas SUS ni.. Peserta sem0nya bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu dan tips yang diberikan untuk menghasilkan kraf felt yang cantik.. Mintak maaf banyak-banyak juga kepada yang tak berpeluang untuk join kelas ni.. SUS hanya ambil 10 orang peserta sahaja bagi setiap sesi.. Bukannya kedekut atau apa.. Tapi memandangkan ruang workshop yang agak terhad untuk menerima kedatangan peserta yang lebih ramai..

 Jangan berkecil hati tau.. Sebab SUS akan sentiasa menganjurkan kelas percuma seperti ini dari masa ke semasa.. Cuma korang perlu pantas bertindak untuk daftar secepat mungkin sebelum tempat penuh.. Hehehe..

 Untuk lihat lebih banyak lagi gambar sila la ke fan page facebook SUS n d FELT PRODUCT.. ^^

 Sem0 peringkat umur pun SUS terima.. Yang penting minat tu kena ada.. Sila-sila la cuci mata dengan gambar-gambar di bawah okiey!





 Peserta dengan hasil kraf felt mereka.. ^^

Okiey la.. SUS dah nak stop di sini.. Esok ada satu lagi sesi kelas percuma.. SUS kena tido awal bagi menjaga kecantikkan mata supaya bersinar-sinar tatkala mengajar nanti.. Ekeke.. Peserta-peserta untuk kelas esok jangan lambat tau.. Kita akan bermula tepat pada pukul 9 pagi.. Kepada followers Instagram dan Twitter, orang akan dapat update terkini mengenai kelas percuma esok.. Tata!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...