PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

10 December 2012

SELAMAT SEM0NYA...

Assalamualaikum sem0! Apa khabar?? Dah lama SUS tak update blog ni.. Mintak maaf banyak-banyak yea.. SUS sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan SUS.. Alhamdulillah kerana sem0nya telah pun selamat dan berjalan dengan lancarnya.. Terima kasih banyak-banyak kepada sem0 sedara-mara, rakan-rakan dan customer yang banyak membantu dan hadir ke majlis paling bermakna buat SUS ini.. ^__^ Hanya Allah sahaja la yang dapat membalasnya..

Untuk majlis perkahwinan SUS ni, adalah SUS koya-koya buat candy buffet sendiri.. Simple je tapi syomel la jugak.. Ekekeke.. Menjadi port yang paling hot sekali untuk budak-budak.. Mak budak pun tak nak kalah jugak singgah di candy buffet SUS ni.. Hahaha.. Design untuk label candy buffet SUS ni telah didesign oleh Jiya dari Little Colour Shop.. Kad kawen pun sama jugak.. Bunting pun sama jugak.. Mekaseh yeaaa!!! 

Untuk guestbook pulak SUS tempah dengan En. Namizam dari Miezcraftshoppe.. Bunga dada pulak SUS buat sendirik jeee.. Pen tu pun curi kat workshop je.. Yang SUS buat bila entah.. Dah lama gilerr.. Tak sangka berguna untuk meja guestbook SUS ni.. Hahaha..

Ni la En. Suami SUS yang encem.. Encem la sangat.. Hahaha..

Muka happy giler selepas selamat diijabkabulkan.. Hilang segala nerbes.. Lega-seleganya.. Hahaha.. Kami selamat diijabkabulkan pada 10.11.12.. Cantik tak date ni?? Hehehe.. Bunga tangan yang cantik ni SUS tempah dengan Kak Norlie dari SekociNorlie.. Kalau korang nak tempah boleh la hubungi beliau yea.. Ada pelbagai design menarik untuk dipilih..

Hasil keje tangan SUS yang sempat SUS tayang semasa majlis.. Kalau korang berminat boleh la buat sendiri okiey! Sebab SUS tak ambil tempahan.. Hehehe.. Barang-barang boleh beli di www.susndfeltproduct.com !!!

Ingatkan seronok main sanding-sanding.. Rupanya penat cam nak mati.. Hahaha.. Pape pun tetap seronok jugak endingnya.. Sebabnya ditemani sedara-mara dan sahabat handai yg sporting dan supportive.. Mekaseh semo!!! Bunga tangan dari felt yang cantik tu pun tempah dengan Kak Norlie okiey! SUS malas nak buat sendiri.. Dan sememangnya masa amat mencemburui SUS untuk mengadap sem0 mende.. Candy buffet je SUS sempat buat sepenuhnya..

Ni bekas gula-gula dari felt untuk candy buffet..

Gojes-gojes sungguh dayang-dayangku.. Terima kasih kerana melengkapkan lagi hari bahagia SUS ni.. Gelang-gelang dayang yang cantik ni dibuat oleh SUS ngan INA.. Nak tempah ke? SORRY!!! Memang kitorang tak terbuka hati lagi nak ambil tempahan.. Kalau kitorang dah ready nanti akan diberitahu kelak.. ^__-

Time ni memang verangan habis cam model gitewww.. Veil yang cantik ini telah dijahit oleh En. Namizam dari Miezcraftshoppe.. Kalau nak tempah juga untuk hari bahagia korang boleh la contact beliau k..

Kepada Miss Pengapit terima kasih banyak-banyak diucapkan sebab berungkus-lumus menjaga kecantikkan kakakmu sehari suntuk.. Hehehe.. SUS harap korag sem0 doakan perkahwinan SUS ini kekal sehingga akhir hayat.. Aminnn!!!

XOXO!! =P




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...