Salam Hari Rabu sem0! Adehh!! Lama betol tunggu En. Suami mockup test.. Sekarang ni SUS kat Melaka untuk menemani En. Suami.. Tapi, last sekali kene tinggal pulak sesorang kt chalet ni.. Hahaha.. Sambil tunggu beliau jom kita belajar buat brooch bunga gardenia!!! Mula-mula korang perlu potong 2 keping kelopak bunga menggunakan Die-namics Flower Medley.. Dies ini perlu digunakan bersama Big Shot yea.. Untuk cara-cara guna Big Shot bersama dies ini sila klik DI SINI.. Felt yang digunakan adalah jenis lembut..
Kemudian, ambil gunting dan potong bulat di bahagian tengah kelopak bunga ini..
Begini hasil guntingannya yang perlu dibuat oleh korang.. ^^
Selepas itu, ambil satu kelopak bunga dan gulungkannya bermula dari salah satu hujung kelopak bunga yang telah digunting tadi..
Gulung sedikit dan gamkannya menggunakan glue gun.. Kemudian, gulungkan lagi dan gam sehingga la habis digulung kelopak bunga tersebut..
Kelopak bunga pertama yang telah siap digulung..
Okiey! Boleh la ambil kelopak bunga yang satu lagi dan sambung menggulung dan gam sehingga habis seperti tadi..
Inilah bunga gardenia yang telah siap digulung.. Korang boleh jugak tambah satu lagi kelopak untuk digulung.. So, bunga ini akan jadi lebih besar dan lebat.. ^^
Ambil brooch bulat bersize 19 mm dan gamkan di bahagian belakang bunga tadi..
Brooch yang telah siap digam..
Brooch bunga gardenia yang telah siap bersama kawan-kawannya.. Korang boleh juga hiaskan bunga ini dengan lekatkan manik di bahagian tengah bunga ini.. Kompem mengancam gitewww!!!
Selamat mencuba! Enjoy!
SUPPLIES :