Selamat Hari Khamis sem0nya!
Hari ni SUS nak kongsi bagaimana cara untuk menghasilkan bunga ros yang cantik.. Walaupun potong guna big shot, tapi masih ramai juga yang mengadu gulungan ros mereka tidak cantik dan kemas.. Gambar di atas merupakan size dies bunga ros yang ada dijual di e-store SUS.. Ada 4 size yang berbeza..
Cara untuk letak dies ini di big shot adalah seperti di dalam gambar di atas.. Jika dies korang tidak memotong sehingga habis, tambahkan metal plate adapator di atas dies tersebut sebelum dilapik dengan cutting pad..
Selepas itu, boleh la pusing handle big shot korang sambil menolak platform yang telah dilapik dengan cutting pad dan dies beserta felt tadi.. Dah berkurap big shot SUS ni disebabkan penggunaan yang terlampau.. Hahaha..
Okiey.. Yang ni adalah pattern bunga ros yang telah siap dipotong.. SUS gunakan felt lembut di sini.. Felt keras juga boleh digunakan untuk menghasilkan bunga ros ini.. Ianya terpulang pada citarasa korang..
Kemudian, ambil bahagian hujung di sebelah luar dan mula menggulung.. Ada ramai yang tersilap dengan mulakan gulungan dari hujung yang sebelah dalam..
Teruskan menggulung sehingga menjadi seperti ini..
Ini adalah bunga ros yang telah siap digulung..
Akhiri bahagian belakang bunga ros dengan menutup tapaknya dengan bahagian akhir felt di penghujungnya..
Gamkan di bahagian belakang atau tapaknya ini dengan menggunakan glue gun..
Inilah rupa dan size bunga rose yang telah siap digulung mengikut size diesnya..
SUS harap tutorial yang serba ringkas ini dapat membantu korang dalam menghasilkan bunga rose yang kiut-miut ini.. Dies ini perlu digunakan bersama big shot tau.. Ada jugak yang salah faham ingatkan dies ini untuk pattern ditekap pada felt.. Bukan yea.. Dies ni dah la mahal.. Rugi pulak kalau korang terbeli dies ni.. ^__-
Selamat mencuba! Enjoy!
P/S : Psssst..Yang takde big shot tu boleh la beli cepat-cepat yea..
SUPPLIES :