PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

10 October 2012

AKTIVITI TERKINI LAGI SENSASI ^__-

Selamat Hari Rabu sem0!
Dah hari Rabu pun hari ni.. Hari Rabu ada pasar malam kat rumah SUS.. Hahaha.. Sekarang ni SUS ada banyak buat baby headband je.. Sem0nya adalah untuk jualan secara offline.. Untuk online pula baru mula nak bergerak sikit-sikit.. DHIA HEADBAND telah pun mula dijual.. Kalau berminat boleh ke e-store SUS..

Ramai yang suka bertanya pada SUS nak guna felt jenis apa.. Kalau korang perasan, setiap entry SUS di blog ni SUS akan nyatakan felt jenis apa yang digunakan.. SUS harap ianya dapat membantu korang serba sedikit untuk memilih felt yang sesuai dengan kegunaan korang..

Yang ini adalah ERYNA HEADBAND.. Jualan borong untuk headband ini akan dibuka tidak lama lagi.. Bunga headband ni SUS gunakan felt keras.. Felt lembut juga boleh digunakan.. Tapi SUS lebih suka gunakan felt keras kerana pilihan warna yang lebih banyak..

QISYA HEADBAND ini pula SUS gunakan felt lembut.. Cantikkan warna pink ni?? Code color pink ni adalah Y03.. ^__-

Ni keychain kembar baby perempuan dan baby lelaki.. Untuk hasilkan keychain seperti ini SUS gunakan felt keras.. Button yang kecik-kecik tu SUS gunakan Tiny Mixed Button..

Baby lelaki..

Baby perempuan..

Hahahaha.. Sheep yang seperti lion.. Ramai kawan-kawan SUS sudah konpius dengan ini sheep.. Ramai yang cakap ni lion!!! Huhuhu.. Takpe-takpe.. Pembaikpulihan akan dilakukan.. Rama-rama kat sebelah tu masih tak siap-siap lagi badannya.. Adehhh!! Kalau korang nak buat rama-rama seperti ini boleh dapatkan July Felt Kit..

Ini merupakan sheep yang telah menjalani pembedahan plastik.. Camne? Korang rasa ok tak? Kalau tak ok SUS akan bawak sheep ni ke hospital lagi.. Wawawa.. Untuk body sheep ni SUS gunakan felt lembut.. Muka, kaki dan telinga pulak felt keras.. Matanya pulak guna Brads 8 mm.. Ribbon pulak jenis Pretty Blooms Grosgrain Ribbon.. Split ring pulak size 25 mm.. Button love yang tomey-tomey pula klik DI SINI.. ^__-

Hehehehe.. Yang ni pulak adalah projek kawen SUS.. Bukan untuk dijual yea.. SUS akan update kemudian pulak pasal mende ni.. Syhhhh..... Senyap-senyap dulu eh.. ^^

Tarraaaaaa!!!! SUS tau ramai yang dah tak sabar dengan pek permulaan kraf felt ni.. Sabar yea.. Sebab MR. ALIF tak buat delivery lagi.. InsyaAllah dalam masa seminggu lagi pek ini akan mula dijual.. Harganya pun masih RAHSIA lagiiii!!!!

Enjoy!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...