Selamat Hari Khamis sem0nya!
Korang sem0 sihat-sihat tak? SUS batuk-batuk la sikit.. Kalau datang membeli di workshop bawakkan la sekali ubat batuk boleh tak? Hehehehe.. Mengada betol!!!
Sekarang ni SUS sangat enjoy cuba-cuba membuat kad ucapan sendiri untuk diberikan kepada kawan-kawan.. Dies yang berlambak-lambak kat workshop ni cuba digunakan sebaik mungkin.. SUS bukan la pakar sangat tapi boleh la sikit-sikit gituuu.. Gunakan bahan apa yang ada sahaja.. Tapi korang pun boleh cuba buat kad jugak.. Kerana ianya lebih istimewa kalau kita buat sendiri untuk diberikan kepada orang tersayang.. ^__-
Untuk siapkan kad ini SUS gunakan Dies Memory Box Vivienne Butterfly dan Dies Memory Box Darla Butterfly untuk buat bentuk rama-rama tersebut..
Huruf ni pulak SUS gunakan Dies Memory Box Classic Lower Alphabet.. Kad ni SUS buat khas untuk co-crafter SUS dari Aisyah Creative Studio.. ^__-
Kad yang cantik ni pulak semestinya bukan SUS yang buat.. Hahaha.. Kad ini adalah dari Miezcraftshoppe.. Untuk daun yang beralun cantik tuuu En. Namizam telah menggunakan Die-namics Vine Border.. Untuk belajar buat kad dengan cara yang betul korang boleh la contact beliau..^__-
Yang ini pulak 1st time SUS hiaskan sebuah buku.. Nasib baik jadi.. Hahaha.. Cikgu Siti telah meng'request' untuk SUS hiaskan buku nota ni.. Nak buat diary katanya..
Diary ni pulak nak ada tajuk 'My Heart'..
Bentuk love ini SUS gunakan Die-namics Heart a Plenty..
Untuk bunga yang tecik-tecik ni SUS gunakan pulak Dies Memory Box Fancy Blossoms..
Alhamdulillah kerana Cikgu Siti sukakannya.. Terima kasih yea Cikgu Siti kerana telah membuatkan SUS berhempas pulas mengeluarkan idea.. Hahaha..
Mungkin korang di luar sana yang merupakan crafter felt yang tegar tak perasan yang dies ni banyak kegunaannya.. Bukan sahaja boleh potong felt, tapi boleh potong macam-macam lagi seperti kertas, plastik nipis, aluminium nipis, dan gabus nipis.. Gunakan sahaja daya imaginasi korang yang tinggi untuk hasilkan sesuatu luar biasa..
Enjoy!