PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

22 September 2013

SUDAH LAMA TIDAK BERJUMPA...

Assalamualaikum sem0.. Apa khabar? Rasanya dah hampir dua bulan lebih SUS tak menulis di blog ni.. Ini disebabkan SUS alahan mengandung dan tak dapat bangun nak buat kerja.. Huhuhu.. Alhamdulillah.. Sekarang ni SUS dah semakin sihat dan bertambah kuat walaupun perut semakin membesar.. Hahaha.. Syukur alhamdulillah sekali lagi kerana SUS bersama INA telah berjaya menyiapkan photo shoot buku bersama Karangkraf walaupun masa tu SUS masih pening-pening lalat lagi..

 Terima kasih yang tak terhingga kepada editor Cik Noorshawati dan photographer Cik Elani kerana sudi melayan karenah kami ini.. Tidak lupa juga kepada ketua editor yang begitu ceria Puan Elana Khamis.. Peluang yang diberikan amat berharga sekali bagi kami berdua.. 

 Photo shoot memang agak memenatkan juga sebab nak kejar masa dalam 5 hari.. Maklum la.. SUS ni duduk di Kota Bharu.. Shoot pula di Studio Karangkraf, Shah Alam.. Kalau korang mengikuti Instagram SUS n d FELT PRODUCT info-info terkini memang SUS akan update terus di sana mengenai aktiviti kami..

 Masa tengah sibuk shooting tu SUS sempat jugak la berangan shooting gambar sendiri sana sini dalam studio.. Berangan nak jadi photographer gituuu.. Tapi guna camera handphone je.. Muehehehe..

 Ini adalah antara design keychain yang dimuatkan dalam buku yang masih dalam proses pembikinan..

Kenangan berada di Karangkraf tak akan dapat SUS lupakan sampai bila-bila.. InsyaAllah kita jumpa lagi di sana nanti.. Untuk buat buku kedua mungkin? Cewahhh!! Harapan besar gitu SUS ni.. ^^ 

Rasa-rasanya shooting untuk gambar penulis lagi memenatkan dari shooting jahit-jahit.. Macam-macam pose kitorang kena buat.. Habis lenguh-lenguh satu badan.. Muka pun dah kebas.. Asyik kena senyum je.. Hahaha.. Tapiiii.... Tembamnya SUS!!! Lepas beranak nanti mesti kena mulakan rejim senaman dan diet.. Uwaaaa!!!

Kalau korang nak belajar buat mini puppet macam ni.. Selalu-selalu la update mengenai buku kami yang akan dikeluarkan nanti melalui laman-laman sosial SUS n d FETL PRODUCT.. Sampai di sini sahaja dahulu.. Nanti SUS update cerita lain pula.. ^^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...