PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

02 June 2012

BENGKEL MENJAHIT MESSENGER BAG 25 MAY 2012

 Assalamualaikum sem0!
Minggu lepas workshop SUS telah selesai menjalankan bengkel menjahit messenger bag.. Kali ini cikgunya dijemput secara paksarela untuk menjayakan bengkel ini di atas permintaan Kak Nana.. Hahaha.. Nak tahu mana satu Kak Nana? Yang paling tinnggi sekali dalam gambar ni la Kak Nana.. Hahaha..

 Ni la Cikgu menjahit beg kami iaitu Kak Liza dari Little-iro-iro..

 Kali ni bengkel selesai dengan cepat dan setiap peserta dapat menyiapkan beg yang dipelajari pada hari tersebut.. ^__^

 Mesin jahit semuanya adalah milik peserta dan dibawa sendiri dari rumah..

Kak Nana bersama begnya yang hampir siap.. Kak Shida dari Cantek Kraft dah rilex-rilex sebab beg dia siap.. Ahaks!

 Hikmah seorang tukang jahit yang lemah gemalai dan juga seorang yang sangat pakar jahit seluar koyak.. Lalalala..

 Min dan mesin jahit barunya.. Hehehe..

Ni la beg SUS yang telah siap dijahit.. Sangat best dapat siapkan beg sebijik! Puas hati sangat! Terima kasih  kepada Cikgu Liza kerana sangat sabar mengajar kami yang baru terkedek-kedek nak belajar jahit beg.. Harap-harap suatu hari nanti boleh menjadi pakar seperti Kak Liza.. ^___-

Untuk lihat lebih gambar perjalanan bengkel ini sila ke fanpage SUS.. Tata..



28 May 2012

BANTAL UNTUK ANAK-ANAK SEPUPU

 Selamat Hari Isnin sem0nya!
Baru-baru ni MAMA SUS telah menyiapkan 3 biji bantal untuk cucu saudaranya.. Oooppss!! Silap-silap.. Bukan MAMA yang siapkan.. Tapi INA yang siapkan.. Hahahaha.. MAMA bagi idea je.. Nak jahit sendiri mata MAMA dah tak nampak.. Keh3x.. Bantal nama Putera ni untuk anak sepupu SUS yang lelaki..

 2 biji bantal color pink ni pula untuk anak sepupu yang perempuan.. Banyak pulak dapat anak sepupu tahun ni.. Nak dapat anak sendiri entah bila la pulak kan.. Hihihi..

 Body bantal ni dibuat dari kain flannel.. Untuk beli kain flannel sila ke Cantek Kraft.. Hurufnya pula menggunakan felt keras.. Huruf-huruf tersebut juga dipotong menggunakan Die-namics By The Letter..

 Bantal-bantal ni memang dibuat untuk tido sebab tu nama dijahit di hujung sebelah tepi.. Tak nak kepala baby-baby chumel tu sakit la pulak tertido atas button yang chumel-chumel tu.. ^__-

Plushie burung hantu ni pulak projek dan hobi terbaru SUS & INA dalam mengasah skill menggunakan mesin jahit.. Hahaha.. Body burung hantu ni SUS gunakan kain cotton sahaja.. Untuk beli kain cotton yang cantik-cantik boleh la beli di Little-iro-iro.. Untuk kepak, mata dan hidung burung hantu ni, SUS gunakan felt keras.. ^__-


Happy Reading!



21 May 2012

HANDMADE CARD COMEY!!!

Selamat Hari Isnin sem0!
Hari ni SUS nak kongsi handmade card yang dihasilkan oleh seorang crafter lelaki yang tidak asing lagi iaitu Namizam.. Kalau korang nak tengok pelbagai hasil kreativiti beliau sila-sila la ke blog beliau di http://miezam.blogspot.com/

Kompem mata korang tak berkelip walau sesaat pun melihat hasil kreativiti beliau.. Dan yang pompuan pulak kompem-kompem gigit jari disebabkan tahap kejelesan yang amat tinggi.. Hahaha.. 

Kad-kad yang dibuat oleh Namizam pulak biasanya adalah dibuat khas mengikut tempahan customer.. Kalau korang teringin nak tempah satu boleh la roger-roger Namizam k.. ^__^

Yang bergulung-gulung tu jangan tanya SUS.. SUS pun tak pandai.. Hahaha.. Kalau nak belajar kena belajar dengan yang pakar la yea.. Cuma, kalau nak buat rama-rama yang cantik tu boleh la gunakan Die Vivienne Butterfly dari Memory Box.. Boleh dapatkannya di e-store SUS.. ^__-

Takde orang yang nak bagi SUS kad ke? Hurmmm...

Happy Reading!!!



20 May 2012

BENGKEL MENJAHIT MESSENGER BAG

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada 25 May 2012 ini SUS n d FELT PRODUCT akan menganjurkan bengkel menjahit messenger bag.. Kepada yang berminat boleh la mendaftar sekarang sebelum 23 May 2012.. ^__^

TARIKH :
25 May 2012

MASA :
8.30 am - 1 pm : Bahagian 1
1 pm - 2 pm : Rehat
2 pm - 6 pm : Bahagian 2

TEMPAT :
Workshop SUS
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.

YURAN :
RM120
(Discount 10% diberikan kepada peserta yang telah menyertai bengkel sebelum ini)

TENAGA PENGAJAR :
Puan Nomaliza Azman
dari
Creative Cocoon Studio

Bahan-bahan adalah disediakan oleh pihak penganjur termasuk makan tengah hari. Peserta hanya perlu membawa :
- Gunting kain
- Jarum peniti
- Pen
- Mesin jahit portable jika ada


Cara-cara mendaftar :
1. Deposit RM60 untuk booking tempat diperlukan dan jika gagal hadir, deposit tersebut tidak akan dipulangkan.
2. Sila hubungi IDA di no. telefon 09-7470852 atau emailkan ke susndfeltproduct@gmail.com untuk mendaftar.
3. Sebarang pertanyaan juga boleh dibuat dengan menghubungi IDA di no. telefon 09-7470852 atau emailkan ke susndfeltproduct@gmail.com.


JOM!!! Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad!

 Bahagian dalam bag..

Tali bag yang akan diajar adalah adjustable.. ^ ^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...