PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

30 November 2013

TAHNIAH KEPADA PEMENANG PHOTO CONTEST 2013!

 Salam Sabtu sem0!
Alhamdulillah kerana pemenang Photo Contest 2013 telah pun diumumkan.. Tahniah diucapkan kepada Kak Ja daripada Jaja Kraf yang telah memenangi hadiah utama berupa mesin Sizzix Big Shot + Set Permulaan yang bernilai RM750.. SUS harap dengan kemenangan ini Kak Ja lebih bersemangat untuk menghasilkan hasil kraftangan yang meletops!

 Tahniah juga SUS ucapkan kepada pemenang 'LIKE' terbanyak yang dimenangi oleh Aimie Hazerin.. Hadiah yang dimenangi oleh Aimie adalah berupa mesin Sizzix SophistiCut.. Hadiah ini telah diputuskan pada saat-saat akhir oleh pengadil-pengadil kerana ingin menghargai para peserta yang begitu gigih mengumpul bilangan 'LIKE' bagi photo mereka.. Semoga kemenangan ini memberi kegembiraan kepada Aimie yang sangat gigih mempromosikan photonya melalui laman sosial Facebook dan Instagram.. ^^

Okiey.. Ini la rupa mesin Sizzix SophistiCut yang dimenangi oleh Aimie.. Mesin ini merupakan produk terbaru keluaran Sizzix.. Designnnya sangat gojes seperti beg tangan gituuu.. SUS pun tangkap leleh tengok mesin ni.. Hehehe..

Bahagian landasannya boleh ditutup dan dibuka bagi memudahkan proses penyimpanan mesin ini.. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai mesin ini, SUS akan ceritakan lebih detail pada entry akan datang.. Sebelum tu korang boleh tengok video dahulu bagaimana mesin ini beroperasi berbanding Big Shot.. Klik DI SINI..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...