PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

06 November 2013

OWLIE BAM2...~~~

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera sem0!
Memandangkan ramai yang minat dan suka dengan owlie bam2 ni.. Kali ni SUS akan story-mory sikit macam mana nak buat owlie ni.. ^^

 Caranya tak susah.. Pattern owlie ni SUS potong menggunakan mesin Sizzix Big Shot bersama Sizzix Bigz Die-Owl.. Jahitan di keliling owlie ni pula SUS gunakan mesin jahit kali ni.. Mesin jahit dah lama beli tapi takde apa-apa projek lagi dibuat dengan mesin jahit tu.. Untuk sesi warm-up SUS buat la owlie ni.. Hahaha..

 Bagi yang takde mesin jahit tak perlu risau kerana korang masih boleh jahit tangan dengan jahitan backstitch atau pun blanket stitch di sekeliling owlie.. Buat macam biasa seperti sebelum-sebelum ni.. Cuma size owlie ni agak besar, senang la sikit nak jahit menggunakan mesin..

 Okiey! Bagi yang masih tak tahu macam mana rupa mesin Sizzix Big Shot boleh la refer gambar di atas.. Di sebelah kiri itulah mesinnya.. Di sebelah kanannya pula adalah dies atau pun mata acuannya untuk memotong pattern owlie..

Setelah sesi warm-up selesai barulah SUS cuba menjahit detail owlie ni untuk mata dan perutnya menggunakan mesin jahit.. Maklum la.. SUS ni jarang guna mesin jahit.. Skill pun kurang.. Muehehe..

 Owlie bam-bam ni SUS letakkan ballchain dan suction cup.. Boleh dijadikan keychain atau gantung pada cermin kereta.. Atau pun cermin tilik.. Atau pun pada sliding door.. Atau pun pada cermin tingkap.. Atau pun pada mana-mana permukaan licin yang boleh dilekatkan suction cup tu.. Hahaha..

Untuk buat owlie ni SUS gunakan felt lembut kecuali hidung dan kakinya SUS gunakan felt keras.. Apa tunggu lagi? Jom! Cuba buat owlie ni jugak.. Bahan-bahannya boleh didapati di e-store SUS.. ^^

Enjoy!

SUPPLIES :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...