PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852
Showing posts with label KELAS MENJAHIT BEG. Show all posts
Showing posts with label KELAS MENJAHIT BEG. Show all posts

02 June 2012

BENGKEL MENJAHIT MESSENGER BAG 25 MAY 2012

 Assalamualaikum sem0!
Minggu lepas workshop SUS telah selesai menjalankan bengkel menjahit messenger bag.. Kali ini cikgunya dijemput secara paksarela untuk menjayakan bengkel ini di atas permintaan Kak Nana.. Hahaha.. Nak tahu mana satu Kak Nana? Yang paling tinnggi sekali dalam gambar ni la Kak Nana.. Hahaha..

 Ni la Cikgu menjahit beg kami iaitu Kak Liza dari Little-iro-iro..

 Kali ni bengkel selesai dengan cepat dan setiap peserta dapat menyiapkan beg yang dipelajari pada hari tersebut.. ^__^

 Mesin jahit semuanya adalah milik peserta dan dibawa sendiri dari rumah..

Kak Nana bersama begnya yang hampir siap.. Kak Shida dari Cantek Kraft dah rilex-rilex sebab beg dia siap.. Ahaks!

 Hikmah seorang tukang jahit yang lemah gemalai dan juga seorang yang sangat pakar jahit seluar koyak.. Lalalala..

 Min dan mesin jahit barunya.. Hehehe..

Ni la beg SUS yang telah siap dijahit.. Sangat best dapat siapkan beg sebijik! Puas hati sangat! Terima kasih  kepada Cikgu Liza kerana sangat sabar mengajar kami yang baru terkedek-kedek nak belajar jahit beg.. Harap-harap suatu hari nanti boleh menjadi pakar seperti Kak Liza.. ^___-

Untuk lihat lebih gambar perjalanan bengkel ini sila ke fanpage SUS.. Tata..



20 May 2012

BENGKEL MENJAHIT MESSENGER BAG

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada 25 May 2012 ini SUS n d FELT PRODUCT akan menganjurkan bengkel menjahit messenger bag.. Kepada yang berminat boleh la mendaftar sekarang sebelum 23 May 2012.. ^__^

TARIKH :
25 May 2012

MASA :
8.30 am - 1 pm : Bahagian 1
1 pm - 2 pm : Rehat
2 pm - 6 pm : Bahagian 2

TEMPAT :
Workshop SUS
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.

YURAN :
RM120
(Discount 10% diberikan kepada peserta yang telah menyertai bengkel sebelum ini)

TENAGA PENGAJAR :
Puan Nomaliza Azman
dari
Creative Cocoon Studio

Bahan-bahan adalah disediakan oleh pihak penganjur termasuk makan tengah hari. Peserta hanya perlu membawa :
- Gunting kain
- Jarum peniti
- Pen
- Mesin jahit portable jika ada


Cara-cara mendaftar :
1. Deposit RM60 untuk booking tempat diperlukan dan jika gagal hadir, deposit tersebut tidak akan dipulangkan.
2. Sila hubungi IDA di no. telefon 09-7470852 atau emailkan ke susndfeltproduct@gmail.com untuk mendaftar.
3. Sebarang pertanyaan juga boleh dibuat dengan menghubungi IDA di no. telefon 09-7470852 atau emailkan ke susndfeltproduct@gmail.com.


JOM!!! Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad!

 Bahagian dalam bag..

Tali bag yang akan diajar adalah adjustable.. ^ ^



16 May 2012

KELAS MENJAHIT PATCHWORK BAG 11 MAY 2012

 Hye sem0! Alhamdulillah kerana kelas menjahit patchwork bag pada Jumaat lepas telah pun selesai dengan jayanya walaupun kelasnya tamat hampir pukul 12 malam.. Hahaha.. Disebabkan bilangan mesin jahit yang terhad, peserta terpaksa berkongsi-kongsi menggunakan mesin jahit.. ^__-

Apa-apa pun cikgu yang mengajar sangat sempoi.. Segala tips dan rahsia menjahit beg dengan kemas telah dicurahkan kepada kami para peserta.. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Kak Liza kerana sanggup datang dari jauh untuk menjayakan kelas menjahit bag ini..

 Kak Mie merupakan peserta pertama yang berjaya menyiapkan beg beliau..

 Proses menggosok interfacing.. ^__-

 Kak Za kite potong-potong pattern atas interfacing.. Kalau nak tengok pameran mesin jahit mahal-mahal sila la ke rumah Kak Za kite ni.. Kak Za merupakan pengumpul mesin jahit untuk memenuhi minat beliau dalam hobi jahit-menjahit.. Ahaks!

 Ni la cikgunya.. Kak Nomaliza Azman atau lebih mesra dengan panggilan Kak Liza.. ^__^

 Min tengah tunggu turn.. Bila nak bawak mesin jahit baru kamu ke workshop SUS ni? Hehehe..

 Pattern-pattern beg yang telah siap dipotong..

 Sampai ke malam kelas kami.. Sanggup habiskan setiap ajaran untuk dapatkan ilmu menjahit beg ni.. Bukan senang nak belajar jahit beg ni.. Cikgunya pun datang dari jauh.. Jadi, kami perlu ambil kesempatan ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin yang dapat.. ^ ^

Wristlet yang berjaya dijahit oleh SUS & INA.. Hahaha.. Tak berapa kemas lagi.. Akan cuba untuk jahit sekali lagi bagi memperkemaskan jahitan kami.. Beg patchwork kitorang pun dah siap.. Tapi tak ambil gambar lagi la.. Rajin-rajin la intai fan page SUS n d FELT PRODUCT untuk melihat beg yang berjaya dijahit oleh INA.. SUS tukang potong je.. Tu pun tak habis.. Wawawawa..

Harap-harap Kak Liza dapat turun Kelate lagi untuk ajar jahit beg design lain pula yea.. ^__-



05 May 2012

KELAS MENJAHIT PATCHWORK BAG

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera sem0!
Pada 11 May 2011 ini workshop SUS akan menganjurkan kelas menjahit patchwork bag seperti dalam gambar di atas.. Kelas menjahit ini akan diajar oleh Puan Nomaliza Azman dari Little-iro-iro.. Semasa kelas itu juga, anda berpeluang untuk melihat demo mesin jahit berjenama Elvira yang pertama di Malaysia! Rugi tau tak datang join class ni.. Puan Nomaliza merupakan ibu muda yang mempunyai pengalaman selama 4 tahun dalam bidang jahit-menjahit beg..

TARIKH :
11 May 2012 (Jumaat)

MASA :
2.30 pm - 6.00 pm

TEMPAT :
WORKSHOP SUS, KOTA BHARU

YURAN :
RM120

BAHAN-BAHAN YANG DISEDIAKAN :
-Fabrik
-Interfacing
-Cotton/nylon webbing (handles untuk beg)
-Cotton string untuk drawstring
-Wooden beads
-Zip
-Mesin jahit 
-Iron
-Nota buat beg


BAHN-BAHAN YANG PERLU DIBAWA SENDIRI :
-Mesin jahit (kalau ada)
-Gunting
-Benang (light brown) : kalau tiada boleh beli di workshop SUS
-Jarum peniti
-Snipper

** Minum petang adalah disediakan.

 Bahagian tali beg..

 Bahagian dalam beg ada poket berzip..

 Demonstrasi mesin jahit Elvira akan diadakan semasa kelas tersebut..

**Peserta juga akan diberikan bonus untuk belajar menjahit matching wrislet..

Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 8 May 2012.. Jom! Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad..

Untuk pendaftaran sila hubungi workshop SUS di no. telefon 09-7470852..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...