Assalamualaikum sem0!
Minggu lepas workshop SUS telah selesai menjalankan bengkel menjahit messenger bag.. Kali ini cikgunya dijemput secara paksarela untuk menjayakan bengkel ini di atas permintaan Kak Nana.. Hahaha.. Nak tahu mana satu Kak Nana? Yang paling tinnggi sekali dalam gambar ni la Kak Nana.. Hahaha..
Ni la Cikgu menjahit beg kami iaitu Kak Liza dari Little-iro-iro..
Kali ni bengkel selesai dengan cepat dan setiap peserta dapat menyiapkan beg yang dipelajari pada hari tersebut.. ^__^
Mesin jahit semuanya adalah milik peserta dan dibawa sendiri dari rumah..
Kak Nana bersama begnya yang hampir siap.. Kak Shida dari Cantek Kraft dah rilex-rilex sebab beg dia siap.. Ahaks!
Hikmah seorang tukang jahit yang lemah gemalai dan juga seorang yang sangat pakar jahit seluar koyak.. Lalalala..
Min dan mesin jahit barunya.. Hehehe..
Ni la beg SUS yang telah siap dijahit.. Sangat best dapat siapkan beg sebijik! Puas hati sangat! Terima kasih kepada Cikgu Liza kerana sangat sabar mengajar kami yang baru terkedek-kedek nak belajar jahit beg.. Harap-harap suatu hari nanti boleh menjadi pakar seperti Kak Liza.. ^___-
Untuk lihat lebih gambar perjalanan bengkel ini sila ke fanpage SUS.. Tata..