PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852
Showing posts with label hp charm. Show all posts
Showing posts with label hp charm. Show all posts

13 December 2012

KELAS KRAF FELT PERCUMA!!!

 Hi sem0! Malam ni SUS hanya nak update sikit mengenai kelas percuma yang dibuat minggu lepas pada 7 Disember 2012.. Terima kasih yang tak terhingga kepada sem0 peserta yang sudi join kelas SUS ni.. Peserta sem0nya bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu dan tips yang diberikan untuk menghasilkan kraf felt yang cantik.. Mintak maaf banyak-banyak juga kepada yang tak berpeluang untuk join kelas ni.. SUS hanya ambil 10 orang peserta sahaja bagi setiap sesi.. Bukannya kedekut atau apa.. Tapi memandangkan ruang workshop yang agak terhad untuk menerima kedatangan peserta yang lebih ramai..

 Jangan berkecil hati tau.. Sebab SUS akan sentiasa menganjurkan kelas percuma seperti ini dari masa ke semasa.. Cuma korang perlu pantas bertindak untuk daftar secepat mungkin sebelum tempat penuh.. Hehehe..

 Untuk lihat lebih banyak lagi gambar sila la ke fan page facebook SUS n d FELT PRODUCT.. ^^

 Sem0 peringkat umur pun SUS terima.. Yang penting minat tu kena ada.. Sila-sila la cuci mata dengan gambar-gambar di bawah okiey!





 Peserta dengan hasil kraf felt mereka.. ^^

Okiey la.. SUS dah nak stop di sini.. Esok ada satu lagi sesi kelas percuma.. SUS kena tido awal bagi menjaga kecantikkan mata supaya bersinar-sinar tatkala mengajar nanti.. Ekeke.. Peserta-peserta untuk kelas esok jangan lambat tau.. Kita akan bermula tepat pada pukul 9 pagi.. Kepada followers Instagram dan Twitter, orang akan dapat update terkini mengenai kelas percuma esok.. Tata!!



27 October 2012

SALAM AIDILADHA

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada sem0!
Alhamdulillah.. Dah hari raya ke-2 pun.. Seronok dapat makan daging segar lagi manis di hari raya ni.. Daging lembu tempatan lagi.. Hehehe.. Macam mana dengan ibadah korban korang? Mesti meriah jugak kan? Dengan beraya di kampung bersama sanak saudara..

Untuk pengetahuan sem0.. Pek permulaan Kraftangan Felt telah pun berada di pasaran sekarang ni.. Jadi, korang boleh la dapatkannya sekarang sebelum kehabisan stok.. Harga pun lebih murah berbanding pek yang dahulu.. Hanya RM49.90 sahaja!!! Pek ni boleh dibeli secara online di e-store SUS atau pun datang beli terus di workshop SUS atau pun di kiosk kat Tesco Kota Bharu..

Dalam pek ini disertakan sekali buku tutorial dengan langkah-langkah bergambar.. Sangat mudah dan senang untuk diikuti oleh semua peringkat umur yang ingin belajar kraf felt ni..

Benang juga ada diberikan sekali.. ^^

Pelbagai jenis button..

Keychain, brooch, hp strap dan brad..

Ini lah bahan-bahan yang terdapat dalam pek ini..

 Dalam pek ini akan diajarkan 5 design seperti dalam gambar di atas.. CUTE kan??!!! Untuk info lanjut dan untuk membeli sila klik DI SINI..

Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan sekali lagi.. Sebenonya nak letak gambar ni kat atas sekali.. Nape ntah susah sangat plak hari ni nak alih gambar ni naik atas.. Hahaha.. MISZ LU'LU dan lembu korbannya.. Hahaha..

Enjoy!




08 January 2012

SEDANG MENYIAPKAN INI...

 Hi korang!
Sekarang ni SUS & INA tengah menyiapkan sepit rambut, hp charm, fridge magnet n brooch untuk sponsor suvenir sempena Karnival Karangkraf pada 27-29 January ini.. Kepada yang berdekatan boleh la pergi ke karnival tersebut yea..

 Tu la.. padan muka SUS.. Tetiba baik hati nak sponsor kan.. Terpaksa la bertungkus-lumus menyiapkan mende ni sem0.. Pada hal ada dateline penting pada 23 January ni.. Huhuhu..

 Tadi terang gambarnya.. Tetiba gelap pulak.. Hahaha.. Manik-manik iron-on yang cinonet tu SUS guna hot fix apllicator untuk lekatkannya..

 Untuk hair clip ni SUS gunakan felt lembut..

 Snap clip dibalut dengan felt berbentuk love.. SUS buat simple-simple dan cepat siap je.. Banyak kot.. Nanti tak terkejar pulak.. Sekarang ni pun tengah pening cari label untuk packaging.. SUS belum print lagi untuk SUS n d FELT PRODUCT berwajah baru.. Harap-harap sempat la siap printing.. Klu tak siap jugak print sendiri la jawabnya guna printer Canon ni.. Ekekeke..

Hp charm love yang telah disiapkan oleh INA.. Sekarang ni INA tengah siapkan fridge magnet berhuruf pulak.. SUS pulak nak buat brooch.. Nanti SUS update lagi kalau dah siap nanti yea!

Workshop SUS sekarang ni tengah kelam kabut duk mempacking button yang baru sampai.. Rasanya hari-hari pun workshop SUS kelam kabut ngan penuh barang-barang.. Hahahahahaha.. Nasib lerr.. Nama pun workshop tempat orang duk buat kerja.. Sisa-sisa label Kedai SUS pun masih banyak lagi.. Perlulah dihabis guna dulu baru boleh print yang baru.. ^__^


SUPPLIES :



14 December 2011

MAJLIS SOLAT HAJAT PEMBUKAAN WORKSHOP

 Assalamualaikum readers!!! Aduhai.. Minta maaf yea kawan-kawan.. Baru sekarang ada mood untuk mengupdate blog SUS ini.. Ni sem0 gara-gara pencuri kabel yang telah memutuskan mood SUS untuk mengarang-ngarang di blog ni.. Ekekeke.. Alasan jerk ni.. Pada hal malas!!! Pada 3 hari bulan yang lepas SUS ada buat sedikit majlis kecil untuk solat hajat pembukaan workshop SUS ni.. Alhamdullillah kerana sem0nya berjalan dengan lancar.. Kerja-kerja pemasangan kabinet di workshop SUS pun sudah selesai semalam.. Sekarang ni boleh la SUS fokus utk hias-hias pulak workshop SUS yang kecik ni..

 Terima kasih kepada sem0 yang sudi hadir pada majlis solat hajat ini..

 Ada la jamuan makan-makan sket untuk santapan tetamu yang hadir.. Ni sem0 mama SUS yang masak okiey.. SUS tolong tengok jerk.. Kui3x..

 Geng-geng masjid yang hadir.. ^___^

 Terima kasih kepada Lillyciouss kerana hadiahkan cokelat yang cantik dan sedap ini.. Suke sangat3x!!!

 Ni la suvenir yang diberikan kepada tetamu solat solat hajat..

Yang ni plak begnya.. SUS dan INA telah pun sepakat untuk mengekalkan blog ini setelah website baru dilaunch nanti.. Blog ini akan terus menjadi inspirasi kepada korang sem0 untuk mencipta sesuatu yang kreatif sambil berbelanja di online shop SUS nanti.. Yeay!!!

Macam biasa la yea.. Kalau nak cuci-cuci mata dengan lebih banyak foto lagi boleh la ke fan page SUS n d FELT PRODUCT k.. ^____^

P/S : Update mengenai felt craft workshop yang dah lepas-lepas akan menyusul esok..



23 October 2011

HARI KEUSAHAWANAN DI HUSM KUBANG KERIAN

 Firstly, SUS nak ucapkan ribuan terima kasih kepada student medic USM Kubang Kerian iaitu Izzati, Amira, Reezal, Jane, Jocellyn dan Jaeson kerana sudi invite SUS untuk menjayakan Hari Keusahawanan korang pada 21 Oktober 2011 lepas.. SUS harap korang sem0 lulus dengan jayanya yea.. (^_^)v..

 Alhamdulillah.. Dengan berkat usaha korang booth ni jadi antara yang terhot gituu..

 Banner? Bunting? Pape je la.. Tapi yang penting memang dibawa ke mana saje untuk promosi.. 

 Tempahan keychain nama sememangnya mendapat sambutan yang luar biasa.. Tak sempat nak duduk budak-budak ni..

 Kempen dik.. Jangan tak kempen.. Ngeee..

 Antara barangan yang dijual..

 Happy dan bersemangat je dorang ni.. Siapkan tempahan sampai tak nak balik walaupun dah kena tutup kedai..

 Gambar kenang-kenangan.. Untuk lihat lebih banyak gambar lagi korang boleh la ke fan page SUS k..

 Turun padang jap.. Hehehe..

 SUS sangat senang hati bekerjasama dengan korang.. Kalau ada ape2 program lagi nak invite SUS.. SUS tak akan teragak-agak untuk join ngan korang lagi.. Tersangat la ENJOY!!! Terima kasih sekali lagi diucapkan..

Antara keychain yang berjaya disiapkan oleh mereka..

 Ni pulak antara ready made yang disiapkan oleh SUS dan INA seminggu sebelum event..

 Nak tahu tips macam mana nak lekat diamond blink-blink dengan senang dan kemasnya??? Tunggu entry SUS yang akan datang setelah stock barangnya sampai.. Ada barang baik punya akan masuk kedai tak lama lagi.. ^_^

 Sempat la buat sikit-sikit..

 
~~ LOVE ~~




~~ LOVE ~~

 Headband pun ada..

Rama-rama yang jadi rebutan..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...