PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

16 May 2012

KELAS MENJAHIT PATCHWORK BAG 11 MAY 2012

 Hye sem0! Alhamdulillah kerana kelas menjahit patchwork bag pada Jumaat lepas telah pun selesai dengan jayanya walaupun kelasnya tamat hampir pukul 12 malam.. Hahaha.. Disebabkan bilangan mesin jahit yang terhad, peserta terpaksa berkongsi-kongsi menggunakan mesin jahit.. ^__-

Apa-apa pun cikgu yang mengajar sangat sempoi.. Segala tips dan rahsia menjahit beg dengan kemas telah dicurahkan kepada kami para peserta.. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Kak Liza kerana sanggup datang dari jauh untuk menjayakan kelas menjahit bag ini..

 Kak Mie merupakan peserta pertama yang berjaya menyiapkan beg beliau..

 Proses menggosok interfacing.. ^__-

 Kak Za kite potong-potong pattern atas interfacing.. Kalau nak tengok pameran mesin jahit mahal-mahal sila la ke rumah Kak Za kite ni.. Kak Za merupakan pengumpul mesin jahit untuk memenuhi minat beliau dalam hobi jahit-menjahit.. Ahaks!

 Ni la cikgunya.. Kak Nomaliza Azman atau lebih mesra dengan panggilan Kak Liza.. ^__^

 Min tengah tunggu turn.. Bila nak bawak mesin jahit baru kamu ke workshop SUS ni? Hehehe..

 Pattern-pattern beg yang telah siap dipotong..

 Sampai ke malam kelas kami.. Sanggup habiskan setiap ajaran untuk dapatkan ilmu menjahit beg ni.. Bukan senang nak belajar jahit beg ni.. Cikgunya pun datang dari jauh.. Jadi, kami perlu ambil kesempatan ini untuk menimba ilmu sebanyak mungkin yang dapat.. ^ ^

Wristlet yang berjaya dijahit oleh SUS & INA.. Hahaha.. Tak berapa kemas lagi.. Akan cuba untuk jahit sekali lagi bagi memperkemaskan jahitan kami.. Beg patchwork kitorang pun dah siap.. Tapi tak ambil gambar lagi la.. Rajin-rajin la intai fan page SUS n d FELT PRODUCT untuk melihat beg yang berjaya dijahit oleh INA.. SUS tukang potong je.. Tu pun tak habis.. Wawawawa..

Harap-harap Kak Liza dapat turun Kelate lagi untuk ajar jahit beg design lain pula yea.. ^__-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...