Assalamualaikum sem0! Minta maaf kerana agak lama jugak tak update blog ni.. Akhir-akhir ni team SUS agak busy dengan pembukaan kiosk kami di Tesco Kota Bharu.. Kepada yang berdekatan dengan Tesco boleh la terus ke sana untuk dapatkan supplies dan ready made handmade.. ^__^
Pada 4 & 5 Mei lepas, SUS telah pun menjalankan bengkel felt craft di USM Kubang Kerian di atas undangan pihak student di sana.. Seramai 10 orang peserta telah menyertai bengkel ini..
Pattern-pattern yang diajar adalah keychain lolipop, handphone case dan brooch bunga kemboja..
Ini adalah peserta termuda SUS pada hari tersebut.. Adik ni baru je darjah 4..
Shafiqa dan sarung handphone beliau.. Hahaha..
Ni pulak Kak Mie tokey tudung tersohor..
Adik Nabila menerima cenderahati dari SUS kerana menjadi peserta pilihan.. Baru darjah 4 tapi jahitannya sudah kemas.. Kalah dengan akak-akak USM lain.. Hehehe..
Hari terakhir bengkel..
Adik-adik dan akak-akak yang join bengkel ini.. ^__^
Ni pulak pada hari pertama.. Peserta dan keychain lolipop..
Terima kasih yang tak terhingga kepada pelajar-pelajar USM Kubang Kerian kerana sudi menganjurkan bengkel felt craft seperti ini.. Kalau ada rezeki lagi boleh la kita bekerjasama lagi.. ^__^