PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

17 December 2012

BANTAL MUCUK UNTUK ADIK

Assalamualaikum & hi sem0! Memandangkan ramai yang bertanya mengenai bantal yang syomel ini, SUS akan story-mory sikit asal kejadian bantal ni.. Haha.. Bantal ni dijahit oleh adik angkat SUS iaitu SITI atau lebih dikenali sebagai Fizah Rubai di muka bukunya.. So, kalau ada sesiapa yang berminat untuk tempah bantal ni sila-sila la contact beliau okiey! Sebabnya SUS memang dah tak ambil tempahan macam ni.. Dah bersara gitu.. Bagi pulak peluang kat orang lain.. Hehe.. Nak kata bersara terus tu takde la.. Cuma SUS tak ambil tempahan custom made seperti ini.. SUS lebih banyak jual yang ready made sahaja.. ^__-

SUS tahu ramai di luar sana teringin jugak nak buat bantal macam ni sendiri.. Meh sini SUS story-mory lagi bahan-bahannya dan serba ringkas penerangan untuk hasilkan bantal macam ni.. Body bantal ini menggunakan felt lembut.. Sekeliling bantal ni pulak dijahit menggunakan mesin jahit..

Kepada yang berminat dengan design owl ni kena tunggu kelauaran DIY pack keychain owl untuk dapatkan patternnya.. Design owl ni menggunakan felt keras kerana sifatnya yang mudah dipotong untuk meghasilkan design owl seperti rupa ni.. Design owl ni dijahit tangan dengan jahitan sembat.. Untuk belajar jenis jahitan ini, sila dapatkan Buku Tutorial Pek Permulaan Kraftangan Felt di e-store SUS.. Sekeliling tepi bantal tersebut pulak digunting dengan gunting scallop.. Ada banyak dijual di kedai alatan menjahit.. Pastikan anda beli gunting scallop untuk kain tau.. Jangan salah beli untuk kertas sebab memang tak lut nak gunting sebarang jenis kain.. Harganya pulak memang area RM40 ke atas untuk jenis gunting kualiti yang bagus.. Takde gambar gunting tu SUS nak tunjuk kat sini.. Lagipun SUS kat KL sekarang ni.. Tak boleh la nak snap gambar gunting tuuu.. Next time yea kawan-kawan! Ngeee..

Lupa pulak nak inform yang bantal ni dijahit oleh Cik SITI untuk dihadiahkan kepada adik-adik kesayangan beliau.. Tulisan tu dijahit menggunakan mesin jahit yea.. Mesin jahit yang boleh diprogramkan untuk mejahit bentuk-bentuk huruf seperti sedemikian rupa.. Untuk info mesin jahit jenis apa yang digunakan sila KE SINI..

Sampai sini jerrr.. Enjoy! XOXO!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...