PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

07 March 2012

HARI-HARI PUN HEADBAND BABY... ^__^

 Hi korang! Sekarang ni SUS & INA banyak buat baby headband.. Alhamdulillah kerana sambutan agak menggalakkan.. Makanya, kitorang pun bersemangat la nak buat banyak-banyak dan banyak lagi! Hahahahahahaha.. Biji mata bersinar-sinar.. Ka-ching! Ka-ching!

 Headband bunga rose tetap menjadi pilihan orang ramai..

 Headband cokelat coffe latte + vanilla sikit! Wahh!! Jadi perisa apa ni..

 SUS ada jugak buat headband ribbon sikit-sikit.. Mula-mula buat saja nak try suka-suka.. Tetiba ter'addicted' la pulak.. Nasib la.. SUS memang suka main combine color dan corak sana sini.. Memang tak puas dengan satu je.. Dah banyak-banyak macam ni apa lagi.. SUS pun promote la untuk jual.. Hehehehe.. Ada banyak lagi tapi malas nak ambil gambar.. ^__-

 Aktiviti membuat kad ucapan pulak adalah untuk me'release'kan tensen-tensen yang ada.. Memang sangat berkesan sampai terbawak-bawak dalam mimpi.. Hahaha.. Kad ucapan tahniah ini dibuat khas untuk adik sepupu SUS yang nak kahwin hari Sabtu ni.. Tahniah yea adik Nurul.. Semoga berbahagia sehingga ke anak cucu..

 Ini adalah headband baby jugak.. Tapi tak tau nak letak nama apa bunga ni.. Ada cadangan tak?? Nanti SUS bagi cokelat.. Ahaks! Hahaha.. Hurmmmm.. Mula berpikir kembali mengenai nama bunga ini..

Headband yang sudah siap dipacking.. Kepada yang berminat nak beli headband baby SUS ni boleh la dapatkan di kedai ibu dan anak MOM 2 MOMS di Pasir Tumboh.. Untuk belian secara online pulak, harap bersabar yea.. Kitorang tengah berhempas berpulas-pulas untuk menambah stock..

Jangan lupa yea kawan-kawan.. Hari Jumaat ni UNIFEST di USM Kubang Kerian bermula.. Kalau nak check darah percuma ke.. Check gigi percuma ke.. Check tahap kesihatan percuma ke.. Ni la masanya.. Kalau nak datang jumpa SUS pun boleh jugak.. Sebab SUS ada menjual kat sana.. Keh3x.. Bajet popular je ada orang nak jumpa..

Thanks for reading!


SUPPLIES :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...