Selamat malam semo!
Minta maaf sebab ambil masa yang lama untuk update blog ini.. Akhir-akhir ni agak busy menyiapkan barangan ready made dan beberapa tempahan.. Buat masa ni SUS berusaha untuk menyiapkan barangan ready made untuk jualan di tapak booth dan di workshop SUS sendiri.. SUS juga berusaha untuk memberikan inspirasi kepada korang sem0 dengan menghasilkan tutorial ringkas atau pun menghasilkan sesuatu yang simple dan cute untuk korang refer bagi menghasilkan sesuatu yang lebih cute dari yang SUS hasilkan..
Ada beberapa lagi design headband baru yang akan dibawa masuk ke e-store SUS.. Cuma tak sempat nak ambil gambar je lagi.. Jangan marah yea.. ^__^
SUS dan INA juga telah menyiapkan 3 jambangan bunga tangan kawen untuk dipamerkan di pameran photoghrapher perkahwinan pada 13 & 14 April ini.. Adakah jambangan bunga ini akan bertambah? Kita sama-sama tunggu dan lihat je la eh.. SUS pun tak pasti dapat siapkan banyak lagi atau pun tak.. Stamina dah takde ni.. Hahahaha..
Bantal cincin kawen ni pun baru siap takat ni jugak.. Belum dihias dengan bunga-bungaan lagi..
Yang ni pulak keychain memek-memek muka yang tomey akan dijual di pameran tersebut..
Keychain love ni pun adalah bahan pameran yang akan dijual kalau ada orang nak beli.. Hahaha..
Yang ni pula adalah brooch bunga-bunga.. Brooch bunga ni akan dijual pada harga promosi di pamaeran nanti..
Nak tengok apa lagi yang ada di sana.. Jom! Ramai-ramai ke Hotel Rebana untuk ke pameran tersebut.. Kebanyakkan barangan handmade SUS akan dijual pada harga promosi.. Kepada bakal-bakal pengantin memang amatlah sesuai untuk korang datang ke sini.. Yang tak bakal pengantin pun boleh datang jugak tau.. Sila-sila la datang ke booth SUS yea.. Tu yang paling penting.. Keh3x..
Nampaknya demam keychain burung hantu masih belum surut lagi.. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh korang sem0.. Kepada korang yang sudah order felt kit ini.. Kit anda akan diposkan pada 14 April 2012 ini.. Kalau nak masuk photo contest pula sila klik DI SINI untuk syarat-syaratnya..
Lalalalala.. May Felt Kit dah on the way.. Simpan siap-siap duit untuk kit ni pulak yea.. Hari masuk gaji je team SUS akan launch! Wink! Wink! Wink!