PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

29 April 2012

CARA-CARA MEMBUAT FRIDGE MAGNET ICE CREAM

 Selamat malam Isnin sem0! SUS tau ramai yang dah tak sabar nak belajar macam mana nak buat fridge magnet ice cream ni kan? Mula-mula seperti biasa la.. Trace dan guntingkan pattern ice cream tersebut seperti dalam gambar.. Bahagian konnya gunakan felt keras, manakala bahagian atas ice cream pula gunakan felt lembut..

 Setelah siap digunting, pasangkan brad pada bahagian atas ice cream mengikut citarasa.. Untuk cara-cara memasang brad dengan lebih terperinci lagi sila klik DI SINI..

 Setelah brad siap dipasang, tangkupkan kedua-dua felt bahagian atas ice-cream ini dan dijahit sekelilingnya dengan jahitan backstitch.. 2 layer benang digunakan untuk jahitan ini.. Kepada yang belum mahir jahitan backstitich ini, korang boleh belajar melalui Buku Tutorial Starter Kit.. ^ ^

 Tinggalkan sedikit ruang sebelum jahitan dihabiskan untuk memasukkan fiber.. Fiber hendaklah diisi jangan sampai terlalu kembung.. Hanya sedang-sedang sahaja kerana kita tak mahu ianya terlampau gemuk sehingga bulat..

 Selepas bahagian atas ice cream siap dijahit, ambil benang cross-stitch dan ikatkan pada button seperti dalam gambar di atas.. Masukkan benang tersebut dari bahagian bawah button.. Korang tidak semestinya menggunakan benang cross-stitch.. Apa sahaja jenis benang yang tebal atau tali boleh digunakan untuk menjadi penyeri button ini..

 Ini merupakan bahagian atas button..

 Begini la hasilnya setelah benang tadi dimasukkan dari bahagian bawah button.. Ikatkan benang tersebut untuk membentuk bow.. Caranya sama sahaja seperti mengikat tali kasut korang.. =P

 Setelah ikatan bow siap.. Guntingkan bahagian hujungnya yang lebih dan jangan biarkan panjang seperti di dalam gambar ini.. Hahaha..

 Untuk bahagian konnya pula.. Lukiskan garis-garis kon menggunakan erasable marker sebagai penanda untuk menjahit corak kon ice cream..

 Jahitkan jelujur mengikut tanda garisan yang telah dibuat dengan empat layer benang untuk efek tebal..

 Apabila sudah siap dengan jahitan untuk corak kon, tangkupkan kedua-dua felt untuk bahagian kon tadi dan jahitkan pula sekelilingnya dengan jahitan backstitich.. SUS gunakan 2 layer benang sahaja..

 Panaskan glue gun dan gamkan bahagian kon ice cream dan bahagian atasnya..

 Gamkan bula button tadi yang telah siap diikat bow..

 Magnet pula digamkan di bahagian belakang ice cream..

Begini la fridge magnet SUS yang telah siap.. Korang boleh pelbagaikan lagi hiasan untuk topping ice cream ni.. SUS tunjuk yang simple je sebab SUS tak berapa pandai cam korang.. ^__-

Selamat mencuba!! SUS dah masuk tido ni.. Ngantooookkksss.....


SUPPLIES :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...