Assalamualaikum sem0!
Apa khabar korang? Buat apa hari Rabu macam ni? Yang kerja tu teruskan lah bekerja.. Akak-akak yang surirumah pun sibuk bekerja jugak menguruskan rumah dan keluarga.. Adik-adik pulak sudah pastinya kena study!! Hehehe.. SUS dan team seperti biasa dengan kehidupan di workshop melayan pelanggan-pelanggan yang kami anggap cukup istimewa.. Kalau takde pelanggan yang datang rasa seperti tak lengkap je hidup hari ini.. Team SUS juga amat rindukan panggilan-panggilan telefon daripada pelanggan kami.. So, korang jangan malu-malu untuk contact team SUS melalui telefon jika mengalami sebarang masalah dengan order anda.. Jangan tinggalkan komen-komen di FB kerana SUS khuatir korang mendapat respon yang lambat dari SUS.. Sebab SUS layan FB time ada kelapangan sahaja.. SUS dah tubuhkan satu team di bahagian sales untuk menjaga order anda.. Jika ada sebarang masalah boleh la cari diorang.. Mereka sedia berkhidmat untuk anda.. ^^
Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah di sebalik tabir SUS n d FELT PRODUCT.. SUS akan update satu-satu yea.. Hari ni SUS mulakan degan co-crafter SUS dahulu iaitu Nurul Hikmah..
Nurul Hikmah merupakan seorang anak muda yang sangat berbakat dalam bidang kraf ini.. Beliau baru sahaja berumur 19 tahun.. Mula bersama team SUS sejak setahun yang lalu.. Beliau banyak membantu SUS menyiapkan kerja-kerja kraftangan sama ada untuk tempahan mahu pun jualan ready made.. Kali ini beliau tampil dengan design sendiri iaitu keychain SI BANI yang teramat comel dan kiut-miut..
Ini lah tuan empunya badannya.. Yang di sebelah kanan ni ok.. Cantik kan?? Yang gigi besi dan tak cantik tu INA.. Jangan tertukar yea.. Ekekeke.. Kalau ada yang nak berkenalan tu boleh la jenguk-jenguk FB beliau.. Rasanya masih single.. Tak tau la Hikmah nak approve ke tak.. Akak ko dah tolong promote ni.. Pilih yang hensem-hensem tau.. Ekekekeke..
Enjoy!