Assalamualaikum sem0!
Hari ini SUS akan tunjukkan bagaimana untuk menggunakan Vario Plier daripada PRYM ni.. Produk PRYM merupakan produk daripada German dan berkualiti tinggi.. Vario Plier ini bukan sahaja boleh memasang eyelat, tapi boleh jugak memasang snap button.. Apa yang korang perlukan adalah tapak snap button yang berwarna putih seperti dalam gambar di atas..
Untuk dapatkan tapak tersebut, korang perlu membeli starter pack untuk snap button mengikut size yang korang kehendaki.. Tapak ini boleh ditukar-tukar pada plier mengikut size snap button korang..
Sebelum menggunakan plier ini, buka dahulu besi yang memegang plier ini.. Kegunaan besi ini adalah untuk menetapkan kedudukan kepala plier.. Takde la terkangkang je nanti.. Jimat space untuk disimpan.. Ekekeke..^^
Kemudian, pasangkan tapak snap button pada kepala plier seperti dalam gambar di atas..
Letakkan snap button pada ruang tapak yang disediakan.. Untuk permukaan tapak yang rata, hendaklah diletakkan snap button yang permukaannya rata jugak dan begitu la sebaliknya..
Untuk mengelakkan button yang dipasang nanti senget, korang dinasihatkan untuk menanda dahulu kedudukkan button yang ingin diletak terlebih dahulu..
Setelah selesai menanda, korang boleh la terus 'ngap' button tersebut pada bahagian yang ditanda tadi.. SUS harap gambar di atas jelas dan mudah difahami oleh korang..
Begini lah hasil snap button yang telah siap dipasang.. Mudah kan?? Selamat mencuba!
SUPPLIES :