PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

23 March 2013

BANTAL MUCUK-MUCUK BABY

 Selamat Hari Sabtu sem0!
Alhamdulillah.. Bantal-bantal mucuk ni telah pun selamat dihadiahkan kepada Baby Akid & Baby Inas.. Baby-baby ni merupakan anak sepupu SUS.. Kedua-dua bantal ini adalah hasil jahitan INA.. Moga-moga baby-baby yang comel ini menjadi anak yang solehah dan berbakti kepda kedua ibu-bapa mereka..

 Disebabkan ramai yang bertanya bagaimana dan bahan apa yang digunakan untuk menghasilkan bantal ni, SUS akan ceritakan serba ringkas hari ni.. Sarung bantal ni menggunakan kain cotton je.. Cuma hiasan nama pada bantal ini menggunakan felt keras kerana ianya lebih tahan lasak untuk kegunaan harian dan dibasuh selalu.. ^^

 Semuanya menggunakan jahitan mesin jahit.. Kecuali huruf-hurufnya tu INA jahit menggunakan tangan satu-satu.. Sama jugak dengan butang.. Hehehe..

 Huruf-huruf ni dipotong menggunakan dies Memory Large Parker Uppercase Alphabet Set.. Dies ini perlu digunakan bersama mesin Big Shot yea.. Dies ni bukannya pattern atau template untuk korang main tekap-tekap.. BUKAN! BUKAN! dan BUKAN! Dies ni merupakan acuan mata pemotong mesin Big Shot..

 Untuk nampak lebih sweet lagi bantal ni, INA bubuh ribbon pada pintu masuk sarung bantal ni.. Hahaha..

 Butang-butang yang digunakan adalah dari koleksi Butang Simfoni..

Tak susah mana pun jahit sarung bantal ni.. Patternya kotak-kotak je.. Korang boleh buat ukuran mengikut kesukaan korang.. Kemudian, cantumkan dan jahit! Untuk bantal kecik kat dalam tu pun INA ibuat sendiri mengikut size yang dikehendaki.. Korang cari je kain cotton putih, lepas tu sumbat fiber sampai kembung dan muncit-muncit.. Senang kan??? INA yang jahit bantal ni.. Nape aku pulak yang kena bercerita ni.. Hish! Tak boleh jadi ni.. Kena ada slot untuk INA membebel sendirik kat sini..

Sampai sini sahaja dulu.. Enjoy!


SUPPLIES :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...