Assalamualaikum sem0!
SUS di sini cuma nak war-warkan mengenai photo contest yang dianjurkan SUS n d FELT PRODUCT masih berjalan dan korang belum terlambat lagi untuk menyertainya.. Tarikh akhir untuk menghantar gambar adalah 30 Oktober 2013.. Untuk info lebih lanjut sila klik DI SINI..
Hadiah yang ditawarkan pada kali ini sangat menarik iaitu Mesin Sizzix Big Shot Starter Kit yang bernilai RM650.. SUS dapati sem0 krafter pun berlumba-lumba menghantar hasil kraftangan mereka yang menarik.. Masing-masing juga berlumba menjalankan kempen untuk mengumpul bilangan 'LIKE' untuk photo mereka.. Kalau SUS pun tak kan lepaskan peluang untuk menyertai photo contest seperti ini.. Siapa tak nak kan?? Big Shot tuuuuu.. Tapi apakan daya.. SUS tak boleh nak join contest ini.. Sob3x..
TETAPI....!!!! Photo contest yang dianjurkan ini telah dicemari dengan insiden yang tak patut berlaku oleh insan-insan yang tidak bertanggungjawab dengan mencuri photo krafter lain bagi menyertai photo contest ini.. Kalau yea kot pun teruja sangat nak join contest ni, janganlah sampai ambil jalan singkat sebegini.. Perbuatan ini sangat memalukan SUS sendiri walaupun bukan SUS yang buat.. Sebabnya yang membuat kerja ini adalah orang Islam.. Kalau la menang, macam mana dengan status hadiah tu? Fikir-fikirkan la yea..
Mungkin insan ini beranggapan yang tembelangnya tak kan pecah.. Mungkin juga dia beranggapan pihak penganjur photo contest ini tak kan perasan sebab ramai yang join.. Mungkin juga dia beranggapan mana orang tahu tu gambar siapa kan? Mungkin juga dia tak tahu yang krafter-krafter saling berhubung dan mengenali antara satu sama lain baik dalam negara atau pun luar negara.. Mungkin juga dia beranggapan rakyat Malaysia tak kan ambil tahu.. Bermakna insan ini silap besar kerana rakyat Malaysia sememangnya kepoh lebih-lebih lagi dalam hal mencari silap orang lain.. SUS bukannya nak kata yang rakyat Malaysia ni jahat.. Tapi sebagai manusia biasa kita memang suka mencari silap orang dari memperbaiki diri sendiri.. Bukan sahaja di Malaysia, tapi di mana-mana sahaja..
SUS harap krafter-krafter dan korang di luar sana sama-sama memberi kerjasama untuk melaporkan kegiatan ini.. Pihak SUS tidak akan aibkan mana-mana pihak kerana ingin photo contest ini dijalankan dengan aman, adil dan telus.. Kepada sem0 peserta yang join contest ini, SUS ucapkan SEMOGA BERJAYA & SELAMAT BERKRAF!
Minggu lepas aktiviti SUS adalah menyiapkan barang jualan untuk kiosk je.. Adalah SUS buat sikit-sikit hairclip dan brooch..
Bow ni sem0 SUS gelek guna Big Shot je.. ^^
Brooch ni senang sangat nak membuatnya.. Ramai yang tanya SUS macam mana nak buat.. Kelopak-kelopak bunga ni sebenarnya bentuk love je.. SUS bantai gelek dengan Big Shot jugak.. Hahaha.. SUS gunakan dies Sizzix Bigz Hearts.. Tutorial cara-cara nak cerut bunga ni sila klik DI SINI..
Hairclip Wafa ni pula SUS gunakan felt tema oren dan senada dengannya.. Tetiba nampak banyak sangat felt color oren kat rak.. Terus je sambar tanpa fikir panjang..
Hairclip Wafa ni pun SUS gelek dengan Big Shot jugak.. Tak kuasa nak gunting satu-satu.. Muehehe.. Kesimpulannya, kalau korang nak memudahkan kerja lagi-lagi kalau nak buat kelopak bunga seeloknya korang ada Big Shot sebijik kat rumah.. Sangat-sangat membantu dalam pelbagai jenis kerja pemotongan yang rumit..
Enjoy!
SUPPLIES :