PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

30 October 2013

RANA HEADBAND

 Selamat Hari Rabu sem0!
Alhamdulillah.. Dua minggu lepas umat Islam telah pun selesai mengerjakan ibadat qurban.. Mood cuti pun dah takde.. Sudah tiba masanya untuk kita bekerja keras! Hehehe.. Kata-kata semangat untuk diri sendiri..^^ Tapi sebelum cuti Hari Raya Qurban hari tu INA ada siapkan RANA HEADBAND ni.. Kepada yang berminat boleh dapatkannya di kiosk SUS yang bertempat dalam Tesco KB.. Untuk pembeli online pula SUS akan masukkan dalam e-store dalam beberapa hari lagi dan kuantitinya sangat limited.. 1 pcs je untuk setiap warna..

 Simple je Rana Headband ni tetapi menawan.. Sekuntum bunga besar dan sebijik bow besar beserta daun.. Sangat cantik untuk digayakan oleh baby yang baru lahir sehinggalah 4 tahun..

 Untuk headband ni felt lembut digunakan.. Potongan bunga, bow dan daun sem0nya dibantu oleh mesin Big Shot dan dies..

 Untuk mengetahui jenis dies mana yang digunakan, macam biasa SUS akan listkan supplies di bawah sebelah kiri entry ini untuk rujukkan korang sem0.. ^^

Antara stok jualan yang berjaya disiapkan..

 Bagi korang yang masih tercari-cari dies huruf yang fancy-fancy seperti ini, Sizzix Bigz XL Alpha Die - Word Play adalah pilihan yang tepat.. Dies ini boleh memotong 2-3 helai felt sekaligus..

 Menarikkan? Korang tak perlu lagi bersusah payah untuk gunting satu-satu jika memerlukan production yang cepat dan banyak.. Huruf-huruf ini juga boleh dijadikan alat bantu mengajar di rumah dan juga di sekolah-sekolah..

Sizzix Bigz Die - Petals, Dogwood/Rose ini pula boleh menghasilkan pelbagai design bunga yang menarik mengikut kreativiti korang.. Untuk bengkel hujung minggu lepas, SUS ada ajarkan cara-cara untuk buat bunga Naila Headband seperti dalam gambar di atas.. Kepada yang tak join bengkel melepas la.. Hehehe..

Enjoy!

SUPPLIES :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...