Salam Ahad sem0!
Moga-moga hari Ahad korang ceria lebih-lebih lagi yang berada di Pantau Barat sebabnya hari minggu.. Di sebelah pantai timur ni dah mula bekerja.. Agak terkejar-kejar sikit la kot sebab hari pertama bekerja setiap minggu.. Sudah pastinya dah tersusun senarai kerja yang nak disiapkan.. Hehe.. SUS pun sama la kat sini.. Bertungkus-lumus menyetelkan kerja-kerja yang perlu disetelkan dalam waktu pejabat.. Ayat apakah ini? Hahaha.. Diorang boleh paham kot..
Dalam entry hari ini SUS nak share Hairclip Iesya yang telah SUS cuba-cuba buat dengan dies dan snap clip baru.. SUS baru buat sepasang je ni.. InsyaAllah akan di'produce'kan banyak-banyak lagi untuk dibuat stok jualan dalam masa 2-3 hari ni.. Dah siap nanti SUS akan share bersama korang di sini..
Bunganya ini SUS gunakan felt lembut dan dipotong menggunakan dies design baru 2013 dari Memory Box Norrland Flower.. Di tengah-tengahnya SUS jahitkan dengan tiny button yang kiut-miut..
Setelah bunga siap dijahit dengan button, SUS tepekkan pulak di atas snap clip yang besalut lapisan plastik hitam di atasnya.. Yang bestya hairclip ni, di hujungnya dah siap ada tapak untuk kita tampalkan apa sahaja hasil kraf kita untuk dijadikan hairclip.. Okiey, sampai sini sahaja yea.. SUS nak cerita pasal hairclip ni je.. Hahaha.. Selamat mencuba! Sekian, terima kasih! Jumpa lagi nanti.. Bubbye..
Enjoy!
SUPPLIES :