Salam Isnin sem0nya!
Saje nak kongsi sikit di sini.. 2-3 hari lepas SUS berjaya siapkan sepasu bunga felt.. Perasaannya memang happy dan puas hati.. Hilang segala stress bila tengok bunga ni siap dan terpamer di workshop SUS.. ^____^ Senyum sampai ke telinga...
Okiey! Okiey! Sabar ehhh.. Ramai yang nak tahu macam mane buat ni kan? Bunganya SUS guna kain felt lembut.. Daunnya pulak SUS guna felt keras.. Nak guna felt lembut pun boleh.. Tapi entah kenapa SUS nak guna felt keras.. Jadi, maksudnya di sini suka hati korang nak guna felt jenis mane.. Tidak berdosa di situ.. Hehehe..
Bunga dan daun SUS potong guna Big Shot je.. Untuk dies bunga yang besar macam ni tiada lagi di e-store SUS.. Kalau jenis yang kecil sedikit ada.. Pilihan dies yang digunakan korang boleh refer di bahagian SUPPLIES di akhir entry ini nanti.. Kalau korang suka dengan color hijau daun ni, kodnya adalah S39 Olive Green..
Bunganya ni gulung-gulung je.. Tak susah mana pun.. Butang yang di tengah tu pulak SUS guna yang lebih-lebih kawen hari tuuu.. Hehe.. Korang semestinya kena ada dawai bunga dan selotape bunga bagai untuk siapkan batangnya.. Material-material seperti ini boleh dibeli di kedai bunga.. ^^
Kepada yang duduk berdekatan dengan workshop SUS tu boleh la datang singgah tengok yea.. Moga-moga jambangan bunga ini dapat memberi inspirasi kepada korang untuk hasilkan jambangan bunga yang lebih cantik dari ini.. Perasan bunga sendiri cantik.. Hahaha..
Enjoy!
Kepada yang duduk berdekatan dengan workshop SUS tu boleh la datang singgah tengok yea.. Moga-moga jambangan bunga ini dapat memberi inspirasi kepada korang untuk hasilkan jambangan bunga yang lebih cantik dari ini.. Perasan bunga sendiri cantik.. Hahaha..
Enjoy!
SUPPLIES :