PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

02 February 2013

MR. CRAFTER ~ akulelakisukabuatkraft

Salam Sabtu sem0nya!
Korang dah tengok belum page miezcraftshoppe?? SUS memang suka melawat ke sana.. Hasil-hasil yang dihasilkan oleh En. Namizam memang tervaeeekkk! Kalau korang perasan banner page beliau telah pun ditukar kepada MR. CRAFTER aku lelaki suka buat kraft disebabkan ramai yang tersalah anggap yang beliau ni seorang wanita.. Ekeke.. Kepada yang belum jenguk ke sana, sila-silakan lah yea.. Beliau sememangnya mempunyai gaya yang tersendiri dalam hasil kraf yang beliau hasilkan.. Baik dari kraf kertas, kraf felt, kraf mengait dan pelbagai lagi hasil yang telah dihasilkan oleh beliau..
Contohnya kad yang telah dihasilkan oleh beliau ini.. Teknik quilling dan digital stamp disatukan dalam custom made kad yang ditempah khas oleh customer beliau.. Bentuk hexagon tu pulak beliau telah menggunakan Die-namics Hexagon bersama Big Shot..

Ini pulak bunga tangan untuk hari bersanding atau pun bertunang.. Bunga dan daunnya dibuat daripada kertas sepenuhnya.. Sangat gojes kann?? Aaaaargghhh!! Rasa nak bersanding sekali lagi je.. Hahaha.. Kalau korang nak tempah bunga tangan seperti ini boleh la contact En. Namizam yea..

Bunga yang kiut-miut ni pun dihasilkan daripada kertas.. En. Namizam telah menambah seri bunga ini dengan  Rhinestone Pearl di tengah-tengahnya.. Kalau korang nak belajar seni kraf kertas sila-sila la berhubung dengan En. Namizam untuk menyertai kelas yang dianjurkan oleh beliau.. SUS pandai sikit-sikit je.. Kalau nak buat yang marbeless cam En. Namizam tidak lerrr.. Sikit-sikit tu boleh la.. Ekekeke..
Jangan lupa singgah page beliau tau! Boleh cuci-cuci mata hilangkan stress dengan hasil kraf beliau gitewww.. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada En. Namizam yang membenarkan SUS memaparkan hasil kerja beliau yang fabulous ini.. Pastikan anda singgah juga di blog beliau untuk lebih inspirasi.. ^^

Enjoy!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...