FEBRUARY FELT KIT - SI GEBU
RM15 / PACK
Salam Ahad sem0!
Alhamdulillah.. Felt kit bulan Februari telah pun mula dijual sekarang ini.. Felt kit kali ni kita belajar buat keychain anak bebiri yang diberi nama Si Gebu.. Kalau bulan lepas kita belajar buat kucing Si Tompok.. Untuk Si Gebu, SUS ajar bagaimana nak guna kedua-dua jenis felt.. Iaitu felt keras dan lembut.. Sebenarnya susah jugak SUS nak explain mengenai penggunaan jenis felt ini kerana ia bergantung pada design dan jenis hasil apakah yang korang ingin buat.. Disebabkan body Si Gebu ni banyak lekuknya dan nak berikan efek gebu, makanya kita perlu menggunakan felt lembut.. Bahagian-bahagian lain boleh guna felt keras.. Korang kena la rajin untuk bereksperimentasi dengan felt ni.. Barulah korang faham dengan penggunaan setiap jenis felt tersebut.. Kalau korang masuk kelas SUS boleh la SUS terangkan panjang lebar beserta contoh.. Ececece.. Promote masuk kelas nampak.. Ahaks!
Bahan-bahan yang lengkap diberikan dalam pack ini.. Ianya cukup untuk hasilkan 2 ekor Si Gebu.. Cuma fiber tidak diberikan sekali.. Jadi, korang kena beli asing yea.. ^^
Color kain felt yang cantik-cantik akan diberikan.. Tapi random tau color dia.. Mengikut stok semasa yang kami ada..
Si Gebu yang telah siap.. Syomell kan?? Mata dia juling air sikit.. Hahaha..
Tutorial bergambar langkah demi langkah yang lengkap beserta pattern disediakan dalam pack ini..
Button-button yang diberikan dalam pack ini.. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai pack ini boleh la hubungi workshop SUS di talian 09-7470852.. Waktu pejabat je tau.. Kalau telefon malam-malam takde orang angkat.. Staff sem0nya dah balik tidooo.. Hehehe..
Selamat mencuba diucapkan!
Enjoy!