PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

17 February 2013

HAIRCLIP IESYA

 Salam Ahad sem0!
Moga-moga hari Ahad korang ceria lebih-lebih lagi yang berada di Pantau Barat sebabnya hari minggu.. Di sebelah pantai timur ni dah mula bekerja.. Agak terkejar-kejar sikit la kot sebab hari pertama bekerja setiap minggu.. Sudah pastinya dah tersusun senarai kerja yang nak disiapkan.. Hehe.. SUS pun sama la kat sini.. Bertungkus-lumus menyetelkan kerja-kerja yang perlu disetelkan dalam waktu pejabat.. Ayat apakah ini? Hahaha.. Diorang boleh paham kot..

 Dalam entry hari ini SUS nak share Hairclip Iesya yang telah SUS cuba-cuba buat dengan dies dan snap clip baru.. SUS baru buat sepasang je ni.. InsyaAllah akan di'produce'kan banyak-banyak lagi untuk dibuat stok jualan dalam masa 2-3 hari ni.. Dah siap nanti SUS akan share bersama korang di sini..

 Bunganya ini SUS gunakan felt lembut dan dipotong menggunakan dies design baru 2013 dari Memory Box Norrland Flower.. Di tengah-tengahnya SUS jahitkan dengan tiny button yang kiut-miut..

Setelah bunga siap dijahit dengan button, SUS tepekkan pulak di atas snap clip yang besalut lapisan plastik hitam di atasnya.. Yang bestya hairclip ni, di hujungnya dah siap ada tapak untuk kita tampalkan apa sahaja hasil kraf kita untuk dijadikan hairclip.. Okiey, sampai sini sahaja yea.. SUS nak cerita pasal hairclip ni je.. Hahaha.. Selamat mencuba! Sekian, terima kasih! Jumpa lagi nanti.. Bubbye..

Enjoy!

SUPPLIES :



15 February 2013

STOK MUSIM PERAYAAN

 Salam Jumaat sem0!
Alhamdulillah.. Cuti Tahun Baru Cina pun dah nak berakhir.. Ada yang dah start kerja pun.. Sekolah pun tak sem0 yang cuti.. Hari ni SUS nak kongsi sedikit stok headband yang telah disiapkan sempena musim cuti ni.. Memandangkan Kota Bharu menjadi tumpuan pelancong pada musim cuti, SUS dan INA berusaha menyiapkan stok ni.. Anak-anak jati Kelantan yang di perantauan jugak turut serta balik kampung.. Kota Bharu sememangnya jammm!! SUS memang tak keluar rumah kalau musim cuti-cuti macam ni.. Tapi, cuti kali ni SUS berehat di Terengganu mengikut En. Suami.. Hehehe.. ^^

 Bunga pada Azra Headband ni dibuat daripada felt lembut.. Di tengah-tengah bunga ini diserikan dengan manik mutiara separa bulat.. Untuk tali headband seperti ini akan mula dijual pada bulan depan di e-store SUS.. Jadi, korang tungguuuuuu ok.....

 Mayra Headband korang boleh beli secara online di e-store SUS.. Hanya RM19.00 sahaja.. Headband ini sesuai untuk bayi yang berumur 3 bulan sehingga 3 tahun.. Bunga ros ini, SUS menggunakan Die-namics Large Rolled Rose.. Bow pulak Die-namics Beautiful Bows.. Daunnya pulak korang potong tangan je.. Daun simple je ni.. Ekekeke.. ^__^ 

 Bunga Zarra ini untuk dibuat headband.. Nama bunga letak sendirik jerkk.. Haha.. Bunga ini sangat mudah dibuat.. SUS hanya gunakan Die-namics Large Royal Roses.. Daunnya yang cantik itu pulak SUS gunakan dies Memory Box Oak Leaf.. Mudah kan?? ^^ Untuk bunga SUS gunakan felt lembut, manakala daunnya SUS gunakan felt keras.. Bagi tau siap-siap.. Nanti ramai pulak yang tanya.. Hihihi..

 Zarra headband ini boleh didapati di workshop dan kiosk SUS.. Untuk belian secara online belum ada lagi.. Sowiii..

 Color soft pink memang sweeeettt gitewww.. ^^

Deena headband yang tomey-tomey ni pun korang boleh dapatkannya di workshop dan kiosk SUS..

 Pandangan dari dekat.. Kalau berkenan kena cepat-cepat la.. Dah hujung-hujung cuti ni SUS pun tak pasti stok ada lagi atau tidak sebab SUS tak dapat full report lagi dari staff-staff terchenta..

Color merah ni dibuat khas untuk sempena Tahun Baru Cina.. Setakat ni sahaja dulu.. SUS nak bersiap-siap bertolak ke Kota Bharu hari ini.. Aaaarrrggghhh!!! Banyaknya kerja menanti di sana.. Bubbye korang..

Enjoy!

SUPPLIES :



12 February 2013

BUTTON BROOCH WARNA-WARNI

Salam Selasa sem0nya!
Selamat bercuti diucapkan kepada korang.. Amacam cuti? Balik kampung ke.. SUS balik kampung sebelah mertua di Terengganu.. Nak kata cuti sangat tu takde la.. Sebab SUS masih bekerja jugak di sini.. Bisnes online la katakan.. Walaupun jauh dari office masih lagi boleh dipantau dari jauh.. Hehe.. Bajet rajin jerkk ni.. Baru-baru ni SUS ada siapkan sedikit stok button brooch untuk cuti perayaan tahun baru cina ini.. Nak buat pun sangat mudah.. Ibu-ibu kat rumah boleh jadikan aktiviti sampingan bersama anak-anak di musim cuti begini kalau tak sempat nak bercuti di luar.. Bahan yang paling penting sudah pastinya pelbagai jenis button yang berwarna-warni dan pelbagai pattern yang menarik..

 Button-button yang cantik dan kiut-miut ini ada dijual di e-store SUS.. Korang boleh dapatkannya di sana.. Untuk melekatkan button-button ini korang mesti gunakan gam E6000.. Begitu juga dengan brooch pin perlu dilekatkan menggunakan gam E6000 untuk daya lekatan yang tinggi dan kuat.. ^^

 Jom! Tengok beberapa contoh yang telah SUS siapkan.. Anda boleh pelbagaikan lagi jenis pattern button yang digunakan mengikut kreativiti korang..

 Button brooch yang telah siap dilabelkan..

Kepada yang berdekatan dengan Tesco Kota Bharu boleh la datang singgah ke kiosk SUS untuk dapatkan button brooch ini.. Kepada yang ingin mencuba buat sendiri, Selamat Mencuba diucapkan!

Enjoy!

SUPPLIES :



05 February 2013

SUPERMAN!!!

 Salam Selasa sem0!
MAAF! MAAF! MAAF! Minta maaf yea sem0.. T-shirt ini telah pun terjual.. Kalau aa yang nak tempah mintak maaf sangat-sangat sebab SUS memang tak ambil tempahan seperti ini.. Baju ni telah dijahit oleh INA.. INA hanya jahit bila mood datang jerkk.. Nak motong corak superman ni bukannya senang koooo.. Pengsan!! Buat sekali je seumor hidup kot.. Hehe..^^

 Ini gambar penuh t-shirt superman.. Felt yang digunakan untuk jahit di atas t-shirt adalah jenis keras.. Ianya boleh dibasuh.. Sebelum masuk mesin basuh silalah terbalikkan dulu baju t-shirt untuk memelihara corak felt lebih tahan lama..

Corak superman ni dipotong dengan menggunakan gunting yang digerakkan oleh tangan kiri INA.. Hahaha.. Jahitan pun dengan tangan 100%.. Jenis jahitan yang digunakan adalah jahitan sembat dan jahitan backstitch sahaja.. Asas-asas jahitan ini boleh dipelajari melalui Buku Tutorial Pek Permulaan.. Untuk pattern superman ni silakan google dan tekap je.. SUS memang takde jual pattern superman ni ok.. :P Jenis benang yang digunakan pun jenis benang jahit biasa cap nona.. Boleh dibeli di workshop SUS.. Untuk pembeli online mintak maaf banyak-banyak juga sebab takde jual.. Terlampau banyak pilihan warna benang.. SUS pun poning nak update camne.. Hahaha..

Enjoy!


SUPPLIES :


04 February 2013

JAMBANGAN BUNGA PENYERI WORKSHOPKU...

Salam Isnin sem0nya!
Saje nak kongsi sikit di sini.. 2-3 hari lepas SUS berjaya siapkan sepasu bunga felt.. Perasaannya memang happy dan puas hati.. Hilang segala stress bila tengok bunga ni siap dan terpamer di workshop SUS.. ^____^ Senyum sampai ke telinga...

 Okiey! Okiey! Sabar ehhh.. Ramai yang nak tahu macam mane buat ni kan? Bunganya SUS guna kain felt lembut.. Daunnya pulak SUS guna felt keras.. Nak guna felt lembut pun boleh.. Tapi entah kenapa SUS nak guna felt keras.. Jadi, maksudnya di sini suka hati korang nak guna felt jenis mane.. Tidak berdosa di situ.. Hehehe..
Bunga dan daun SUS potong guna Big Shot je.. Untuk dies bunga yang besar macam ni tiada lagi di e-store SUS.. Kalau jenis yang kecil sedikit ada.. Pilihan dies yang digunakan korang boleh refer di bahagian SUPPLIES di akhir entry ini nanti.. Kalau korang suka dengan color hijau daun ni, kodnya adalah S39 Olive Green..

Bunganya ni gulung-gulung je.. Tak susah mana pun.. Butang yang di tengah tu pulak SUS guna yang lebih-lebih kawen hari tuuu.. Hehe.. Korang semestinya kena ada dawai bunga dan selotape bunga bagai untuk siapkan batangnya.. Material-material seperti ini boleh dibeli di kedai bunga.. ^^
Kepada yang duduk berdekatan dengan workshop SUS tu boleh la datang singgah tengok yea.. Moga-moga jambangan bunga ini dapat memberi inspirasi kepada korang untuk hasilkan jambangan bunga yang lebih cantik dari ini.. Perasan bunga sendiri cantik.. Hahaha..

Enjoy!

SUPPLIES :



03 February 2013

FEBRUARY FELT KIT ~ SI GEBU

FEBRUARY FELT KIT - SI GEBU
RM15 / PACK

Salam Ahad sem0!
Alhamdulillah.. Felt kit bulan Februari telah pun mula dijual sekarang ini.. Felt kit kali ni kita belajar buat keychain anak bebiri yang diberi nama Si Gebu.. Kalau bulan lepas kita belajar buat kucing Si Tompok.. Untuk Si Gebu, SUS ajar bagaimana nak guna kedua-dua jenis felt.. Iaitu  felt keras dan lembut.. Sebenarnya susah jugak SUS nak explain mengenai penggunaan jenis felt ini kerana ia bergantung pada design dan jenis hasil apakah yang korang ingin buat.. Disebabkan body Si Gebu ni banyak lekuknya dan nak berikan efek gebu, makanya kita perlu menggunakan felt lembut.. Bahagian-bahagian lain boleh guna felt keras.. Korang kena la rajin untuk bereksperimentasi dengan felt ni.. Barulah korang faham dengan penggunaan setiap jenis felt tersebut.. Kalau korang masuk kelas SUS boleh la SUS terangkan panjang lebar beserta contoh.. Ececece.. Promote masuk kelas nampak.. Ahaks!

 Bahan-bahan yang lengkap diberikan dalam pack ini.. Ianya cukup untuk hasilkan 2 ekor Si Gebu.. Cuma fiber tidak diberikan sekali.. Jadi, korang kena beli asing yea.. ^^

 Color kain felt yang cantik-cantik akan diberikan.. Tapi random tau color dia.. Mengikut stok semasa yang kami ada..

 Si Gebu yang telah siap.. Syomell kan?? Mata dia juling air sikit.. Hahaha..

 Tutorial bergambar langkah demi langkah yang lengkap beserta pattern disediakan dalam pack ini..

Button-button yang diberikan dalam pack ini.. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai pack ini boleh la hubungi workshop SUS di talian 09-7470852.. Waktu pejabat je tau.. Kalau telefon malam-malam takde orang angkat.. Staff sem0nya dah balik tidooo.. Hehehe..
Selamat mencuba diucapkan!

Enjoy!



02 February 2013

MR. CRAFTER ~ akulelakisukabuatkraft

Salam Sabtu sem0nya!
Korang dah tengok belum page miezcraftshoppe?? SUS memang suka melawat ke sana.. Hasil-hasil yang dihasilkan oleh En. Namizam memang tervaeeekkk! Kalau korang perasan banner page beliau telah pun ditukar kepada MR. CRAFTER aku lelaki suka buat kraft disebabkan ramai yang tersalah anggap yang beliau ni seorang wanita.. Ekeke.. Kepada yang belum jenguk ke sana, sila-silakan lah yea.. Beliau sememangnya mempunyai gaya yang tersendiri dalam hasil kraf yang beliau hasilkan.. Baik dari kraf kertas, kraf felt, kraf mengait dan pelbagai lagi hasil yang telah dihasilkan oleh beliau..
Contohnya kad yang telah dihasilkan oleh beliau ini.. Teknik quilling dan digital stamp disatukan dalam custom made kad yang ditempah khas oleh customer beliau.. Bentuk hexagon tu pulak beliau telah menggunakan Die-namics Hexagon bersama Big Shot..

Ini pulak bunga tangan untuk hari bersanding atau pun bertunang.. Bunga dan daunnya dibuat daripada kertas sepenuhnya.. Sangat gojes kann?? Aaaaargghhh!! Rasa nak bersanding sekali lagi je.. Hahaha.. Kalau korang nak tempah bunga tangan seperti ini boleh la contact En. Namizam yea..

Bunga yang kiut-miut ni pun dihasilkan daripada kertas.. En. Namizam telah menambah seri bunga ini dengan  Rhinestone Pearl di tengah-tengahnya.. Kalau korang nak belajar seni kraf kertas sila-sila la berhubung dengan En. Namizam untuk menyertai kelas yang dianjurkan oleh beliau.. SUS pandai sikit-sikit je.. Kalau nak buat yang marbeless cam En. Namizam tidak lerrr.. Sikit-sikit tu boleh la.. Ekekeke..
Jangan lupa singgah page beliau tau! Boleh cuci-cuci mata hilangkan stress dengan hasil kraf beliau gitewww.. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada En. Namizam yang membenarkan SUS memaparkan hasil kerja beliau yang fabulous ini.. Pastikan anda singgah juga di blog beliau untuk lebih inspirasi.. ^^

Enjoy!



01 February 2013

HEADBAND BUNGA-BUNGA SELAMANYA

 Salam Malam Jumaat sem0!
Mintak maaf sebab lama takde entry di sini.. SUS agak busy sikit ngan INA menyiapkan pelbagai headband untuk stok Tahun Baru Cina.. Kalau korang follow FB dan Instagram, SUS selalu je update aktiviti terbaru kami.. Kalau rajin tu bleh jugak tweet SUS di Twitter.. ^^

 Yang ni namanya Mayra Headband.. Kalau ada yang berminat nak beli borong sila ke SINI..

 Yang ni pulak diberi nama Mellina Headband.. Sem0nya SUS gunakan felt lembut utk hasilkan bunga-bunganya..

 Kepada pelanggan di Kota Bharu boleh la dapatkan headband-headband ni sem0 di Tesco Kota Bharu.. Di workshop SUS takde lagi.. Tengah megusahakan untuk tambah stok lagi ni.. Hehe..

Ros-ros sem0 ni SUS potong gunakan big shot je.. Untuk pilihan dies yang digunakan korang boleh refer di penghujung entry ni di bahagian SUPPLIES.. Biasanya SUS akan listkan setiap bahan yang digunakan untuk hasilkan apa sahaja ciptaan yang dihasilkan dalam setiap entry pada waktu itu..

 Dhia Headband..

 Marya Headband.. Lebih kurang pulak rasanya nama mereka.. Hahaha.. Habis idea nak bagi nama sebenonya.. :p


Alhamdulillah.. Petang tadi, label baru untuk headband dah pun sampai.. Boleh la headband-headband SUS ni melaram dengan label baru diorang.. Yippie!!

Enjoy! Sudah malam.. SUS mahu lipat baju pulak before tidooo.. Ekekeke..


SUPPLIES :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...