Selamat Hari Khamis sem0!
Minggu yang lalu-lalu (tak ingat minggu bila..hahaha..) SUS ada siapkan hairclip bow yang besar amat ni untuk jualan online.. Korang pun boleh cuba buat jugak sebab SUS potong menggunakan Big Shot bersama Die-namics Jumbo Beautiful Bow.. Dies ni sememangnya sangat menarik kerana korang dapat menghasilkan bow bersize besar dengan mudah.. Bow besar ini juga boleh menjadi pelengkap kepada home decor dan scrapbook korang.. Kepada yang suka bergaya boleh la buat hairclip macam SUS buat ni.. SUS percaya ramai hijabista di luar sana gemar menggayakan bow yang besar bersama hijab mereka sebagai pelengkap gaya..
Kali ni SUS hiaskan dengan kilauan besi stud corak bintang, bulat dan petak untuk gaya ala-ala punk sikit giteww.. Hahaha..Stud ni adalah jenis iron-on dan amat kukuh melekat pada fabrik atau pun kulit PVC..
Di bahagian tengah bow ini SUS hiaskan sahaja dengan butang dibalut felt yang berwarna senada..
Kalau korang berkenan dengan bow ni, jangan segan-segan ke e-store SUS ok!
Close up sikit stud bintang ituuu.. ^^
SUS menggunakan alligator clip..
SUS juga hiaskan bow ini dengan penutup botol leper silver dengan kertas berpaten untuk gaya yang lebih sweet seperti gula.. Hahaha..
Sekian.. Enjoy!
SUPPLIES :