PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

10 April 2013

BUNGA-BUNGAAN DARI DIES ^_^

 Selamat Hari Rabu sem0!
Masih terfikir-fikir nak buat design bunga baru ke? Apa kata cuba dies dari Die-namics Poppy Builder.. Bunga yang cantik mekar boleh dihasilkan melalui dies ini.. Bergantung pada kreativiti korang la.. SUS buat simple-simple je ni.. Sebab baru nak try-try je dies ni.. Hasilnya agak mengagumkan juga la.. Hahaha.. Perasan sendirik..

SUS hanya hiaskan butang dari koleksi Simfoni sahaja di tengah-tengahnya.. Tapi sebelum tu SUS ikatkan dengan tali yang macam tali guni ni.. Korang boleh jugak cuba ikatkan dengan ribbon.. Cantik tauuu.. Kalau tak percaya boleh cuba sekarang.. Pastikan lebar ribbon tu yang bersize 5 mm dan ke bawah la.. Baru senang nak masukkan dalam lubang butang tu.. ^^

Di bahagian belakang SUS hanya tampalkan dengan 2 in 1 alligator clip.. Boleh pilih sama ada nak dijadikan brooch atau pun hairclip..

 Kelopak-kelopaknya hanya disilangkan dan digam begini sahaja.. Kalau korang tak nampak jugak jangan risau.. SUS ada linkkan video cara-cara nak siapkan bunga ni..

 Ada 5 size kelopak bunga yang disediakan.. Jadi, bergantung pada korang la nak guna size yang mana mengikut size bunga yang dikehendaki..

Klik sahaja gambar di atas ini untuk melihat videonya.. Dalam video ini, kertas digunakan untuk menghasilkan bunganya.. Materialnya bergantung pada korang.. Kalau korang sememangnya peminat tegar kertas, boleh la gunakan kertas.. Atau pun korang nak gunakan plastik nipis atau foam nipis pun boleh jugak.. Tidak menjadi masalah kerana dies ini mampu untuk memotongnya.. Peringatan juga kepada yang masih baru dengan dies ini kerana dies ini perlu digunakan bersama mesin Big Shot tau.. ^^

Enjoy!


SUPPLIES :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...