PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

19 April 2013

FEATURED DALAM MAJALAH NUR

 Assalamualaikum sem0! Selamat Hari Jumaat diucapkan..
Jumaat adalah hari yang sangat-sangat istimewa kepada umat Islam.. Dalam suatu hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud "Jumaat dinamakan sebagai 'Saidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)." Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jumaat.. Pada hari Jumaat ini jugalah Nabi Adam A.S. diciptakan dan diturunkan dari syurga.. Di sebelah pantai timur hari Jumaat merupakan hari minggu dan kitorang off day di sini.. Moga-moga hari cuti ini kita ambil kesempatan untuk melakukan amal ibadat yang lebih sedikit daripada hari biasa untuk memuliakan hari Jumaat ini dan mengejar ganjaran yang akan diperolehi..

 Disebabkan ramai yang request nak belajar buat bunga ros, SUS telah ambil kesempatan peluang yang diberikan oleh Majalah NUR untuk memaparkan tutorial eksesori felt dalam ruangan Buat Sendiri.. Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Kak Azza yang merupakan wartawan dari Majalah NUR..

 Cantik dan menawan kan bunga ros ni?? Cepat-cepat la beli Majalah NUR sekarang ok! Sebabnya dah tengah bulan ni.. Biasanya keluaran Mei dah pun keluar.. Ini bermaksud keluaran April ni dah ada di pasaran sejak bulan Mac lagi.. Ayouuurrkkk!!

 Bunga untuk hiasan headband dari fabrik cotton atau satin juga ada diajarkan..

Bunga headband yang ni menggunakan fabrik satin dan organza.. Materialnya bergantung pada korang mengikut kreativiti.. Tak semestinya ikut sebijik-bijik seperti yang telah ditunjukkan ini..

Inilah cover Majalah NUR keluaran April 2013.. Penghias covernya adalah novelis dan pengacara yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Rena & Damya Hana.. ^^

 Jom! Intai-intai sikit isi kat dalamnya..

Mesti tak puas tengok dalam gambar macam ni je kan? Jangan tunggu lama-lama lagi.. Terus start kereta dan terus beli di kedai buku berhampiran.. Kalau kat Kota Bharu ni boleh singgah je kat kedai-kedai 'kotak' (panggil kedai kotak sebab sem0 pun sepesen je bentuk berpetak-petak.. Ekeke..) yang jual surat khabar dan majalah di tepi jalan.. Hehehe..

Enjoy!


SUPPLIES :



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...