Assalamualaikum sem0!
Alhamdulillah.. Ramai yang bertanya macam mana nak gunakan alat pembalut butang yang dijual di e-store SUS.. Sebenarnya tak susah pun nak gunakannya.. Cara-caranya pun ada disediakan sekali di dalam packaging alat tersebut.. Mungkin kepada yang masih baru belum biasa melihat alat ini dan tidak nampak cara penggunaannya..
Dengan alat pembalut butang ini, korang boleh membalut butang korang utk dipadankan dengan hasil kraf korang.. Contohnya hairclip bow yang telah SUS siapkan ini.. SUS padankan dengan butang daripada fabrik felt yang dibalut sendiri..
Korang juga boleh membalut butang dengan fabrik cotton yang mempunyai pelbagai design yang menarik dan dijadikan brooch..
Alhamdulillah.. Ramai yang bertanya macam mana nak gunakan alat pembalut butang yang dijual di e-store SUS.. Sebenarnya tak susah pun nak gunakannya.. Cara-caranya pun ada disediakan sekali di dalam packaging alat tersebut.. Mungkin kepada yang masih baru belum biasa melihat alat ini dan tidak nampak cara penggunaannya..
Dengan alat pembalut butang ini, korang boleh membalut butang korang utk dipadankan dengan hasil kraf korang.. Contohnya hairclip bow yang telah SUS siapkan ini.. SUS padankan dengan butang daripada fabrik felt yang dibalut sendiri..
Bahagian belakang hairclip bow SUS.. ^^
Butang balut juga sangat menarik dijadikan penyeri bunga-bunga hiasan yang dihasilkan.. Jom! Kita belajar macam mana nak gunakan alat ini.. ^^
Mula-mula korang mesti ada alat pembalut butang.. Ada 4 jenis size yang dijual di e-store SUS.. Korang boleh pilih mengikut kesesuain hasil kraf yang korang inginkan.. Di sini SUS gunakan felt lembut.. Potong felt tersebut berbentuk bulat mengikut size acuan yang diberikan di dalam packaging.. Kemudian, letakkan kedudukan felt dan alat seperti di dalam gambar di atas..
Ambil alat penekan yang berwarna biru dan letakkan di atas butang tadi.. Tekan alat tersebut sehingga butang besi termasuk ke dalam sarangnya yang berwarna putih..

Jika terdapat banyak lebihan felt yang terkeluar, korang boleh trim sedikit.. Lebihan yang sedikit tadi hendaklah ditekan masuk ke dalam menggunakan hujung gunting atau apa sahaja yang runcing untuk kemasan..
Setelah siap, ambil penutup butang besi dan tekan menggunakan alat penekan yang berwarna biru tadi.. Jika korang tidak mampu menekannya menggunakan jari atau telapak tangan, hammer/tukul boleh digunakan untuk mengetuk sedikit supaya penutup besi itu masuk ke dalam.. Tapi korang jangan ketuk sepenuh hati macam nak tukul paku pulak yea.. Sekadar untuk memasukkan penutup butang tu je ok! ^^
Alat pembalut butang ini korang boleh dapatkannya di e-store SUS.. Refillnya juga ada dijual.. So, apa tunggu lagi?
Enjoy!
Enjoy!
SUPPLIES :