PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

04 May 2013

SI BURUNG HANTU ~~lalalala

 Assalamualaikum sem0!
Kepada yang mengundi esok diucapkan selamat mengundi.. Diharap undi yang dibuang membawa manfaat kepada kita sem0 dengan memilih pemimpin yang adil kepada rakyat.. Yang boleh mebawa kita kepada kejayaan di dunia dan juga di akhirat..
Minta maaf jugak sebab lambat sikit update pasal kotak burung hantu.. Ramai dah yang ternanti-nanti dan tertanya-tanya macam mana nak buat burung hantu macam ni.. Sebenarnya sangat simple dan mudah.. Mak-mak kat rumah boleh duduk bersimpuh dengan anak-anak dan buat bersama burung hantu ni.. Hehe..

 Close up sikit burung hantu ni.. SUS gunakan felt lembut untuk hiasan pada badan burung hantu ni, tetapi felt keras untuk body burung hantu supaya tegap kerana burung hantu ni bukan sembarangan tau.. ^^ Matanya pulak SUS tempek je dengan button hitam..

 Dalam body beliau boleh diisi dengan gula-gula sebagai contohnya jika hendak dijadikan door gift untuk sesuatu majlis.. Untuk burung hantu biru ni, bodynya SUS gunakan kertas sahaja.. Korang boleh memilih apa sahaja jenis material asalkan dies yang digunakan mampu untuk memotong material tersebut..

Ini la jenis dies yang SUS gunakan untuk memotong pattern burung hantu.. Untuk gunakan dies ni korang mestilah mempunyai mesin big shot.. Untuk memudahkan korang, jenis-jenis dies yang digunakan adalah :

SUS dapat idea untuk buat burung hantu ni pun dari artis MFT sendiri iaitu Lisa Johnson.. Lisa menggunakan material kertas dan teknik stamping untuk burung hantunya.. Korang jugak boleh melawat blog MFT untuk dapatkan lebih idea dan inspirasi..

Selamat mencuba.. Enjoy!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...