PETA LOKASI WORKSHOP SUS

Photobucket
Alamat :
5194-H, Lorong Taman Setia,
Batu 2, Jalan Kuala Krai,
15050 Kota Bharu,
Kelantan.
No. Telefon : 09-7470852

23 February 2012

PERSEDIAAN UNIFEST & FELT KIT BULANAN

 Selamat Hari Khamis sekali lagi diucapkan kepada korang sem0.. Dah macam aktiviti wajib pulak menulis blog setiap hari Khamis.. Tapi kali ni SUS meluangkan masa pada sebelah malam pulak untuk menulis di sini.. Di siang hari sangat sibuk dengan keje-keje di workshop.. Yang seben0nya makan hati nak tengok telemovie Patah Seribu yang Sharnaaz berlakon dengan Shila Amzah tuuu.. Sob3x.. Ni dah jadi patah berjuta namanya.. T__T.. Hari UNIFEST di USM Kubang Kerian dah tak lama lagi.. Persiapan barang jualan perlu disiapkan di samping tempahan handmade yang tinggal saki  baki sikit-sikit lagi.. Yihuuuuu!!! Boleh la SUS fokus sepenuhnya pada felt kit yang akan dikeluarkan pada setiap bulan pula lepas ni.. Ada sedikit kelegaan di situ.. Oh! Yea.. UNIFEST di USM Kubang Kerian akan diadakan pada 9 & 10 Mac 2012.. Jemput datang beramai-ramai yea..

 Poning kepala jugak nak pikirkan apa yang nak ajar kepada korang setiap bulan berdasarkan felt kit yang SUS & INA create berlainan tema setiap bulan tu.. Ni dah kes mencari kesusahan kepada diri sendiri.. Hahaha.. Takpe la.. Berfikiran positif je la kitorang ni.. Anggap je ini sebagai aktiviti untuk meningkatkan kreativiti bagi mengelakkan otak ni berkarat dan lembap semacam je.. Hahaha.. Diharap dengan adanya felt kit ini, korang dapat mereka satu rekaan yang gempaks lagi hevaaat daripada biasa dan luar biasa dari contoh idea yang SUS berikan setiap bulan.. Ini kerana hadiah berupa 100 point akan diberikan kepada pemenang photo contest.. SUS juga akan pilih 3 photo pilihan SUS untuk diberikan 20 point untuk shopping di e-store SUS.. Macam biasa la.. Pemenang utama 100 point akan dipilih berdasarkan 'LIKE' paling banyak di facebook.. Okeh! SUS tak mau cerita banyak-banyak lagi.. Info lanjut akan diterangkan oleh MISZ LU'LU di website pada ruangan NEWS.. SUS dah tugaskan MISZ LU'LU sebagai wartawan tak bertauliah untuk melaporkan berita terkini di sana.. Hahaha.. Dan SUS akan follow up di sini juga.. ^__^

 Brooch bunga kemboja yang akan dijual di UNIFEST nanti.. Harga sangat-sangat istimewa di UNIFEST.. Sem0nya dijual pada harga borong pada belian runcit..

 Felt kit sudah siap dipack sikit-sikit untuk dijual pada bulan depan..

 Label felt kit..

Nantikan felt kit ini pada bulan Mac yea!

Selamat berhari minggu!! Esok pagi SUS nak pergi pasar tani.. Aktiviti wajib di hujung minggu.. Suka!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...